Rumah Terbuka Syed Abdul Rahman Undang Najib dan Rosmah
KONSUL Kehormat Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabsi (SAR) akan mengadakan rumah terbuka hari raya Ahad ini di padang bola sepak Seri Malaysia, Cheras. Rumah terbuka itu mungkin perkara biasa dan menjadi amalan dan budaya Melayu.
Tetapi apabila rumah terbuka itu bakal diadakan secara grand termasuk memanggil Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi tetamu kehormat ia sudah menjadi perkara agak luar biasa.
Apa lagi bila dilihat kepada aturcara majlis rumah teruka itu ia persis program yang diaturkan oleh sebuah kerajaan yang lengkap dan begitu sistemetik sekali. Apakah program ini mempunyai motif dan tujuan tertentu?
Antara aturcara yang tertera dalam kad jemputan majlis berkenaan lengkap dengan majlis sambutan serta persembahan kebudayaan tiga kaum, silat (Melayu), tarian naga (Cina) dan tarian India. Sempena dengan kehadiran Perdana Menteri itu juga penyampaian bantuan akan diberikan kepada mereka yang miskin.
Persoalan kini apakah Najib akan hadir? Umum tahu Syed Abdul Rahman Alhabsi juga seorang ahli Umno dan berstatus hanya sebagai ketua cawangan dalam bahagian Cheras, Selangor. Ralat: Bukan bahagian Cheras tetapi Bandar Tun Razak - MSO. Apakah tujuan rumah terbuka itu bagi menunjukkan beliau baik dan intim dengan Najib dan dia perlu mempamirkan demikian kerana mempunyai agenda politiknya di Cheras?
Buat masa ini Umno bahagian Cheras tidak ada ketua. Ketuanya, Mokhtar Samad digantung kerana didapat bersalah dengan politik wang. Keadaan itu menyebabkan orang akan membuat berbagai tanggapan di sebalik majlis rumah terbuka Syed Abdul Rahman itu.
Bukan itu saja, orang juga boleh melebarkan tanggapan negatif dengan beranggapan antara keduanya Syed Abdul Rahman dan Najib mungkin ada perkiraan lain. Sebagai Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman mungkin banyak mengetahui hal ehwal Mongolia.
Pengetahun itu sedikit sebanyak boleh digunapakai Najib untuk keperluan negara bagi meredakan hubungan Malaysia - Mongolia ekoran kes pembunuhan Altantuya Sharibbu. Pembunuhan kejam yang menimpa Altantuya menyebakan hubungan diplomatik Malaysia - Mongolia terjejas.
Apabila Najib dan Rosmah menghadiri rumah teruka berkenaan ianya tidak dapat lari dari timbul persepsi demikian. Bahawaya Najib, Rosmah dan Syed Abdul Rahman 'berkerjasama' dalam mengatasi isu Altantuya berkenaan. Begitukah?
Tengoklah apakah Najib dan Rosmah akan hadir atau tidak ke rumah terbuka Syed Abdul Rahman Alhabsi itu. Sebaik-baiknya kalau untuk mengelakkan mereka berdua dituduh ada perkiraan demi kepentingan bersama, Najib dan Rosmah perlu menghindarkan diri dari menghadiri rumah terbuka berkenaan. [wm.kl. 11:20 am 09/10/09]
4 comments:
Salam Tuan Hj MSO,
Pada hari Sabtu 10 Oktober sekitar jam 2 petang DS Najib turut akan menghadiri Majlis Jamuan Raya di kawasan Lembah Pantai KL bersempena acara penyerahan kunci kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai.
Wasalam.
Tuan Haji
Nampaknya tuan suka sangat membuat fitnah seperti juga Tuan Guru Nik Aziz yang tuan telah dewakan itu. Bertaubatlah , jangan jadi seperti bekas ketua tuan Allahyarham Fadhil Noor yang mati tanpa taubat. Terima Kasih.
Salam hormat!
Olih kerana itu, atas dasar hubungan perikemaknusian kami disini telah mengambil anisiatif sendiri mengumpulkan sedikit dana hasil kutipan derma sambil sambil menjamu selera dalam majlis rumah terbuka menyambut hari raya dan diserahkan kepada "orang orang tertentu" untuk membolihkan beliau membuat satu kertas kerja memorundum bantahan bagi diserahkan kepada pehak pehak yang berkaitan untuk menangani masaalah bekalan air difelda sendayan kerana kami difahamkan terdapat penyalahgunaan kuasa telah berlaku disana.....
Sdr andakmaon, boleh perincikan apa fitnah yg sdr maksudkan itu. Menyamankan saya sama dengan Nik Aziz, Fadzil Noor atau sesiapa tidak tepat. Saya adalah saya. Tolong sdr jelaskan untuk membolehkan saya menjawabnya. Salam.
Post a Comment