Monday, October 19, 2009

Nasib Marhaen

Ini Cerita: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Di Kuantan!


BUKAN barang kali lagi semuanya Allah s.w.t. aturkan. Sore semalam saya singgah di Taman Pelancungan Kuantan (TPK) untuk makan tengah hari. Di sinilah saya menerima telefon dari pemanggil memaklumkan berlaku insiden Exco tumbuk tetamu raya Pas di Taman Melawar, Selangor.


Inilah pertama kali saya memasuki ke taman ini. Dikahbarkan oleh seorang teman, makanan di sini enak dan sedap. Lagipun makan di sini rilek di hadapannya ada sungai Pahang terbentang luas dan tenang. Pemandangan indah. Sambil makan dapat menjamun selera serta melihat jambatan yang menghubungi Kuantan dengan Tanjung Lupur. Iras-iras seperti di Kucing katanya.




Takkala memasuki ke taman berkenaan dan memerhati keadaan sekitarnya hati saya mula berbisik. Iya ke ini taman pelancongan? Kawasan sekitarnya macam tempat kucing beranak atau ayam bertelor sahaja. Bersepah sepah macam rumah ditimpa gempa bumi. Sampah merata dan baunya juga menjadikan hidung kembang kempis.

Perlantaian, dataran simennya juga sudah pecah dan bongkeh di mana-mana saja. Tambok yang dibina untuk melingkungi pohoh kayu juga sudah terbongkeh dan dibiarkan berselerakkan. Kawasan itu seakan sudah dibiarkan bertahun dan. Rumah kedainya persis drakula.

Kawasan 90 peratus tidak terjaga dan kotor. Bertul-betul di hadapan sungai penuh dengan semak samun. Ada sebatang tunggul yang terbongkeh dan dibiarkan. Di banirnya penuh dengan serangga dan nyamuk! Mungkin anak babi juga berlindung di situ. Melihat itu saya teringat kepada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaacob. Tidak percaya saya kalau apa yang saya saksikan itu berada dalam negeri Pahang Darul Makmur.

Sebelum makan saya sempat merakam beberapa sudut di taman berkenaan untuk dikongsi dan dinilai oleh pejenguk blog ini. Biar penjenguk membandingkan tempat seumpama itu dengan tempat-tenpat di negeri lain. Selalunya bila lokasi atau tempat menjadi destinasi pelancongan yang bersih, sistemetik dan kemas. Namun berlain dengan kawasan ini.

Saya cadang nak tulis mengenai kecacatan ini. Harapnya biarlah Majlis Bandaraya Kuatan (MBK) tahu dan mengambil kepedulian tentangnya. Kawasan itu perlu dibersih dan peliharakan. Ia bukan saja huduh tetapi menjatuhkan imej Kuantan yang dikenali sebagai bandar dalam taman. Warganya juga turut malu dengan keadaan itu.

Bagaimana pun hasrat untuk menulis itu tidak jadi apabila mengetahui kedudukan terkini mengenai nasib taman itu. Khabarnya taman itu akan dib0ngkar tidak lama lagi. Satu projek pembinaan hotel mwah akan dibangunkan dikawasan itu oleh Majlis Bandaran Kuantan (MBK) dengan Pasdec - anak syarikat Perbadanan Ekonomi Negeri Pahang.

Ekoran pembanguna itu menyebabkan kira-kira 50 orang peniaga yang menyewa atau berjualan di gerai makanan disitu sejak tahun 1970an diminta berpindah dan mencari kawasan baru sebagai gantian. Katanya mereka diberikan sedikit pampasan untuk berbuat demikian.



Menurut seorang peniaga (rujuk video diatas), peniaga diberi notis hingga Selasa (esok) untuk berpindah. Bangunan dan gerai di situ akan dirobohkan.

Arahan perpindahan dan pampasan yan diberikan itu tidak mencukupi dan ia juga tidak adil. Mereka yang sudah hampir 40 tahun berniaga di situ mendapat pampasan sama dengan mereka yang baru berniaga.
Selain itu apa yang dikesalkan, tidak sepatutnya mereka diminta pindah tanpa menyedikan tempat yang baru. "Kalau ya pun nak minta dipindah carilah tempat untuk kami. Di mana kami nak cari tempat dalam masa singkap!" rintih seorang peniaga lain.

Mereka mendakwa sikap demikian dianggap sebagai kontras dengan slogan kerajaan yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Mohd Najib Razak yang mahu memastikan agar rakyat didahulukan. "Apakah dengan meminta kami pindah tanpa menyediakan tempat baru ini ia menempati slongan yang diseru oleh Datuk Seri Najib Razak?" tanya seorang peniaga yang terlibat dengan perpindahan itu.
Para peniaga sangat berharap semoga tindakan mencorohkan kawasan itu ditangguhkan ke satu ketika sehingga mereka semua mendapat tempat gantian baru. Mereka juga berharap supaya pampasan sebanyak RM1.5 juta untuk perniaga terlibat juga diagihkan secara telus dan sama rata. [wm.kl. 5:00 pm 19/10/09]

7 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Mana ada "1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", yang ada adalah "1 UMNO, ahli dikenyangkan, kuasa dipertahankan"

abu muaz said...

Rakyat akan dicakna bila kuasa kerajaan negeri bertukar tangan dari UBN ke PR.

Ayiem said...

Tempat yang tuan maksudkan itu adalah MEDAN PELANCUNG yang satu ketika dahulu agak masyur kerana barangan kraftangan dan makanannya yang enak dan harga berpatutan.

Lot-lot kedai tersebut disewakan kepada peniaga dengan harga yang agak murah.

Dahulu memang tempat tersebut agak terkenal dan ramai pengunjung,tetapi apabila stesyen bas (terkenal dengan stesyen bas tepi sungai) dipindahkan ketapak baru berhampiran pasar besar iaitu Terminal Makmur sekarang,dan stesyen bas tepi sungai cuma dijadikan perhentian untuk bas dekat sahaja,maka tempat tersebut mulai sunyi dan kurang pengunjung.

Dikabarkan tanah untuk dijadikan Terminal Makmur adalah dimiliki oleh seorang yang agak berkedudukkan di Kuantan,maka itulah kerajaan negeri membeli tanah tersebut dengan harga yang mahal untuk dijadikan terminal.

Ura-ura untuk merobohkan Medan Pelancung telah lama kedengaran,cuma masalahnya peniaga tidak diberikan ruang niaga baru yang sesuai untuk mengantikan tapak lama yang telah diduduki sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Gambar vidoe diatas memang peniaga makan di Medan Pelancung tersebut,tetapi gambar lelaki tua itu adalah peniaga kedai pakaian disebelah depan dekat parking kereta.

Peniaga menuntut supaya diberikan tempat ganti yang sesuai,namun tuntutan tersebut langsung tidak dilayan......

Ayiem said...

Tambahab :

Masalah sebenar di Medan Pelancung adalah sikap mementingkan diri dan tidak sepakat sesama kalangan peniaga.

Pampasan diberikan mengikut lama bertapak disitu.Ramai peniaga yang terus mengambil wang ehsan yang diberikan tanpa berunding dengan peniaga-peniaga lain.

Cuma beberapa peniaga sahaja yang tidak bersetuju dan masih bertahan disitu.

Ralat : Medan Pelancung mula beroperasi pada sekitar tahun 1973...

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

tidak dinafikan Kuantan adalah satu bandaraya besar dan sedang meningkat maju,kadangkala barangan jualannya tidak ada diK.terengganu tetapi mudah didapati disekitar bandar kuantan.

maka tidak hairanlah ramai dikalangan anak anak muda terengganu lebih suka membeli belah sampai keKuantan walaupun terpakasa mengeluarkan kos tambang yang lebih,malah saya sendiri pun jika ada keperluan dapur untuk tujuan perniagaan akan memandu membeli dikekuantan,sebabnya banyak pilihan disini.

sehingga bila agaknya bandar K.Terengganu akan terus ketinggalan berbanding Kuantan? sama samalah kita mencarikan jawapannya...

ysnizam said...

bukan sungai pahang...
tapi sungai kuantan...
betul kate en. ayiem..

-orang kuantan-

sketsa sebuah perjuangan said...

lebih baik kalau uncle mso dedahkan tentang pub n disco yg begitu berlambak di bumi kuantan.

mohon dengan kekuatan idea n investigating