Sokong Pas, Kapir..
[kemaskini] LEWAT malam tadi saya bersama Ahli Parlimen, Ketereh Abdul Aziz Kadir minum di sebuah kopitiam dekat rumah. Kami hanya minum saja tanpa mengambil apa-apa makanan. Status halal dan haram makanan disajikan di kedai berkenaan masih meragui saya. Sijil halal yang diperagakan tidak sama dengan sijil halal yang disebutkan Jakim sebagai sahih.
Saya tidak tahu pula sejauh manakah sijil halal Jakim itu sahih dan sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak lain tidak halal. Apakah ianya halal kerana ia dikeluarkan oleh institusi agama - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)? Padahal banyak juga hal-hal dilakukan Jakim meragukan.
Selalunya pihak pemantau Jakim akan membuat pemeriksaan dari masa ke semasa untuk memastikan apakah ia dipatuhi atau tidak. Soalnya apakah ada dibuat? Atau selepas keluar sijil halal dan dipamerkan Jakim lepas tangan. Selepas itu terserah kepada kedai berkenaan nak sajikan makanan suci atau pun kotor.
Sebelum ini saya memasuki ke sebuah kompleks beli belah, juga dekat rumah. (Katanya kompleks berkenaan ada kepentingan Zulhasnan Rafique) Teringin nak makan wantan mee - sejenis mee diperbuat dari tepung dan dimasukan inti ayam dan ikan. Saya panggil mee keriput.
Saya bertanya kepada jurujual, halal ke haram kedai ini, mana dia sijil halal? Katanya dalam proses. Dalam proses? Sedangkan kedai itu sudah beroperasi sejak lima bulan lalu. Sudah bercepuah mulut orang Melayu menghirup kueh mee di kedai berkenaan, tapi status halal haramnya belum diketahui. Aduhai Jakim?
Berbalik kepada pertemuan dengan Abdul Aziz Kadir malam tadi; beliau juga tak makan kerana baru lepas menghadiri majlis makan malam punggut derma untuk rampas Putrajaya, Tiram di Shah Alam Selangor. Katanya Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim yang menjadi tetamu istimewa tidak hadir. Banyak juga pemimpin Pas termasuk wakil rakyat Kelantan tak hadir. Kenapa tak sokong ke tabung berkenaan kerana penasihatnya Husam Musa?
Aziz ada menceritakan perihal Umno di tempatnya yang ligat mengatur program untuk tawan semula kerusi Ketereh yang dimenanginya dalam pilihan raya lalu. Aziz menang mengalahkan bekas bosnya Annuar Musa. Ramai tak sangka Aziz dapat menjatuhkan Annuar Musa secara KO?
Katanya dua tiga malam lepas, Umno Ketereh ada anjurkan ceramah. Yang handlenya timbalan ketua bahagian, Alwi Che Amat yang kini hangat digosipkan telah berkawhin seorang lagi. Katanya Alwi menyembunyikan isteri di Bukit Antarabangsa. Moleklah kalau Alwi kahwin satu lagi boleh daftar jadi ahli Penshawat bersama wakil rakyat Pas. Jangan ambil alih jawatan presiden sudahlah. Sapa-sapa nak jadi presiden Penshawat mesti mempunyai isteri paling ramai.
Ketua Umno bahagian Ketereh, Annuar Musa sudah sibuk dengan bola sepak. Bukan sibuk... sedang membuat pelan untuk come back dalam politik. Penglibatan Annuar Musa dalam bola sepak ada serampang dua mata. Semalam juga ada seorang kawan baik Annuar Musa. Secara tak sengaja kawan Annuar ini menceritakan perihal Annuar semasa menjadi menteri belia dan sukan dulu. Kawan ini menceritakan bagaimana Annuar Musa bergaduh dengan isterinya si Ros, bukan Rosmah, tetapi Rosiah kerana Ros dapat kesan dalam bilik Annuar ada bau perempuan. Ah..
Annuar Musa aktif dalam bola sepak kerana dia nak build up imej politiknya yang kini pudar. Jadi dia kena cari wang. Kejayaan pasukan bola sepak Kelantan kini menaikkan imejnya. Tengok dia sudah jadi timbalan presiden FAM. Semua itu berkat kehebatan pasukan Kelantan dibawah pimpinannya. Di samping itu dia juga berjaya punggut duit. Bola sepak kalau ramai penonton akan dapat banyaklah duit.
Punggutan jualan tiket tidak berapa banyak. Yang banyak ialah apabila cadangannya untuk bina stadium di Kelantan diluluskan. Katanya stadium berharga RM100 juta itu akan dibina atas tanah Felcra yang dulu dibuat projek telor emas. Di sinilah Annuar akan kaut pitih. Bak cari duit ini memang Annuar bijak dan ligat. Orang lain berpolitik habis duit, Annuar himpun duit. Macam Hussein Serama jugaklah.
Itu kepandaian dan kebijaksanaan Annuar dalam cari duit. Tetapi kelemahan Annuar ialah dalam politik. Dan jiwa jantannya juga mudah relai dan hancur dengan para dayang-dayang. Ini sudah menjadi sebutan di mana-mana saja. Satu brand atau cap yang ditaboo kepada Annuar ialah BUDU. Bukan budu cap ketereh...
Berbalik kepada kisah Umno Ketereh tadi, kata Aziz, Umno panggil seorang ustaz pondok yang kini 'cas ligah' dalam Umno. Cakap dan kata-katanya sudah diterima pakai oleh Utusan dan RTM. Kalu dulu bibirnya merah kerana sepah pinang dimulut.. kini sudah bersih. Iyalah bila banyak bercakap, mulut akan jadi bersih dari air sireh dan pinang. Tetapi timbul masalah lain pula, air liur basi banyak meleleh.
Menurut Aziz kata ulama pondok usang itu, sesiapa sokong Pas akan jadi kafir. Pulak? Jadi kafir bermakna tidak masuk syurga, akan masuk neraka! Orang Pas yang sokong Pas akan masuk neraka. Ulama ini marah sangat dengan Nik Aziz kerana Nik Aziz tolak untuk berbaik dengan Umno. Anihnya ulama pondok usang ini baru kini bercakap soal perpaduan Melayu. Mungkin sudah dapat sebungkus dua jabil dirham atau dinar. Lagaknya ilmu setampok pinang nak lawan pendekat Jembal, mana boleh.
Fatwa ulama pondok usang itu teruk sangat. Kata Aziz macam mana Umno nak pulihkan keadaanya kalau panggil orang macam itu. Lagi teruk Umno jadinya bukan tambah baik.
Saya terheran-heran mendengar hal itu. Takkan Alwi Che Amat yang lahir dan luruh pusat di Makkah tidak tahu bahasa poltik dan agama. Kalau nak peralatkan tok guru pondok usang pun janganlah sampai mengeluarkan kata-kata itu. Orang tidak boleh terima kata-kata tok guru pondok sebegitu kalaupun memang ada perangai orang Pas macam kafir.
Selamanya Umno tidak akan memang kalau menggunakan ustaz dan tok guru pondok usang untuk lawan Nik Aziz. Nik Aziz suka tak suka dah diterima sebagai agamawan. Dia mursyidul am Pas. Kejayaannya mengekalkan Kelantan ditangan Pas menambahkan nilai kehebatannya.
Umno patutnya taktik reverse psikologi. Puji Nik Aziz melangit kemudian tunggu dia jatuh tergolek. Kan ada bidalan politik mengatakan kalau kamu tidak boleh lawan musuh kamu, kamu hendaklah menyertainya. Makan dalam baiklah.
Saya tidak marahkan kepada ulama pondok usang itu. Tetapi yang dikesalkan ialah orang yang jadi 'tolol (mediator) yang mengambil guru pondok berkenaan. Fikir dan selidiklah dulu macam kita nak ambil dahan kayu nak buat ulu kapak bagi tebang pokok. Jangan cari kayu yang berbulu dan gatal tetapi cari kayu yang lembut dan kukuh. Nanti belum apa-apa, belum tebang tangan dah gatal. Pokok tak tumbang, kapak pula dibuang dan kita akan dikatakan tolol.
Perjumpaan dengan Aziz Kadir semalam kerana kawan kepada kawan Annuar Musa itu ingin memberi zakat untuk diagihkan oleh Aziz Kadir di kawasan parlimen Ketereh. [wm.kl. 12:00 t/hari 08/10/100]
1 comment:
MSO: betul ke cerita tentang TS Nuar n Haji Alwi - jgn sampai bawa fitnah pula. Stadium itu jika lulus akan diberi secara tender - kawasan pun belum tahu - mungkin di bina di Tunjung krana peranan stadium perlu ada dlm kawassan bandar..apa pun i sentiasa puji penulisan MSO yang memang paling hebat ...tq
Post a Comment