POJOK MURAI 89
Dua tiga hari lepas Murai ternampak Selantia di perkarangan rumah mayat HKL. Murai ingat dia hendak pegi tengok mayat siapa. Tidak terfikir dia pergi untuk sama-sama menziarahi jenazah Dr Azmi Setapa setiusaha politik Mustapa Mohamed. Murai perhati dari jauh, wah lagak jalannya bukan main setail lagi. Dengan mengena spek mata hitam, baju kemeja putih terlengak-lengak jalannya macam pengantin lelaki naik bisul, terkangkang kangkang...
Dia berjalan selamba sahaja terus masuk ke bilik mayat. Murai tidak tahu apa yang dia buat di depan mayat itu, atau dia tidak tengok pun. Sekejap kemudian Murai nampak dia keluar, jalan macam tu juga macam pengantin lelaki naik bisul. Dia menuju ke arah Mustapa Mohamaed dan dengan tangan tercekak di pinggang dia berkata sesuatu kepada Mustapa yang kesedihan.
Tangannya tertunjuk-tunjuk macam orang kena pakinson. Entah apa yang diarahnya. Mungkin Salentia minta dia nak baca talkin kok. Murai perhatikan Mustapa selamba sahaja, anggup tidak eleng pun tidak. Ada bersama dua tiga orang, sementara orang politik lain memerhati dari jauh. Tidak siapa peduli atau datang untuk bersalaman dengannya. Orang semacam tenguknya dengan perasaan pesimis saja.
"Uh... mari juga dia ni." begitulah Murai terdengar salah seorang menyebut tatkala melihat Salentia.
"Dia ni macam lalat, singgah mana saja...," kata yang disebelahnya. Orang itu ternaman juga.
Yang paling Murai teruja ialah tidak ada siapa pedulikan dia. Tidak ada siapa masuk nak bersalam dan bertanya khabar. Mungkin kerana dia merasakan tidak ada pedulikannya, seketika kemudian dia pun berlalu begitu saja. Tidak ternampak pula Murai masa mana dia berlalu. Yang pastinya kehadirannya ke bilik mayat itu semacam tidak dihargai oleh sesaiapa, semacam dia tersalah lorong saja.
Jauh didalam hati Murai berbisik sendiri, kesian kepada Salentia, tidak lagi menjadi pujaan seperti mana Mustapa. Begitulah kalau tak ada pangkat dan kuasa ditambah lagi dengan bau badan yang semacam. Lalu Murai menyimpulkan rupanya busuk Salentia bukan saja menyocok hidung orang Pas dan PKR serta DAP, tetapi orang Umno juga turut merasa busuk si Salentia ini.
Murai: Pakai minyak attar setiap hari Jumaat kaliwon.
No comments:
Post a Comment