Friday, September 14, 2012

Himpunan Hijau: Melegakan Hati Pas

PERISTIWA

Buat sementara waktu para ahli dan penyokong Pas bolehlah tidur lena dan tidak perlu lagi bimbang dengan kedudukan kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang. Kejayaan Himpunan Hijau mengumpulkan lebih 40,000 malam tadi di padang Majlis Bandaran Machang menjadi pelena tidur ahli dan penyokong Pas.

Himpun Hijau - menuju ke Putrajaya peringkat Kelantan berjaya mencapai sasaran dan sekaligus melenyapkan kebimbangan saya sebelum ini.

Antara pimpinan Pas Kelantan yang hadir.
Jelas sambutan hangat terhadap himpunan itu rakyat Kelantan terutamanya dari kalangan penyokong Pas memberi kepercayaan kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz dan bersedia untuk berdepan apa saja ancaman dari Umno. Kehadiran yang ramai itu juga mencerminkan aspirasi mereka untuk menawan Putrajaya bukan sesuatu yang omong kosong.

Ribuan sedang mendengar ucapan Tok Guru.
Banjiran manusia yang sebahagiannya berpakaian berwana hijau juga yang datang dari pebagai pelusuk dan lapisan masyarakat menjelaskan bahawa 'tubaan' wang dan pelbagai bantuan yang diberikan Umno tidak membuahkan hasil seperti diharapkan. Segala peruntukan yang merupakan umpan itu ditelan tetapi tidak bisa menambah kaki tangan mereka untuk memberi sokongan kepada Pas.

Penyerhan borang menyertai Pas oleh sembilan orang termasuk lima bekas pegawai tinggi kerajaan dan empat pemain bola sepak kebangsaan memberi petanda bahawa golongan kerajaan dan mereka yang selama ini tidak pedulikan politik sudah mulai menyakini terhadap keupayaan Pas untuk memipin negara ini.
Mengiringi Tok Guru masuk menuju pentas.

Beberapa program disediakan sempena himpunan itu yang bermula Rabu dan berakhir hari ini, Jumaat. Walaupun masih ada beberapa program sempena himpunan itu tetapi solat hajat, munajat dan ceramah perdana malam tadi adalah kemuncak. Hari ini berlangsung berberapa program lain termasuk expo perdagangan dan jualan.

Saya yakin 90% yang hadir malam tadi terdiri dari ahli dan penyokong Pas tanpa melibatkan penyokong rakan-rakan pakatan Pas dalam Pakatan Rakyat. Majlis itu adalah spesifik untuk ahli dan penyokong Pas.

Kejayaan malam tadi juga menyebabkan Umno yang sebelum ini merasa 'sedap hati' mungkin terpaksa mencari helah lain untuk membangkitkan semangat rakyat Kelantan agar berpaling kepada meereka.

Di bawah ini diambil pakai beberapa keping gambar di sekitar sambutan itu disebelah petang yang dirakam oleh sdr Zam Zamani Mohd Zain menerusi Fbnya yang turut diselitkan ke dalam Fb saya. Terima kasih kepada Zam Zamani atas pengiriman gambar-gambar ini. [wm.kl.9:21 am 14/09/12]

No comments: