Monday, September 24, 2012

Kalau Tidak Menipu Bukan....

SUSUPAN MALAM 

MasyaAllah semuanya hendak tipu dan main palsu. Bukan saja mengenai liwat ponggek seseorang, masalah air juga hendak ditipu. Mungkin semua yang ada hari ini adalah palsu dan barang tipu, daripada daftar pengundi sampailah kepada bahan kempen.Boleh jadi juga ringgit yang kita gunanya juga palsu?

Hari ini terdedah pula satu penggambaran mengenai masalah air di Selangor. Untuk tujuan itu 200 orang penduduk rumah pangsa telah dikerah dan diupah sebanyak RM50 untuk berlakun kononnya tempat mereka menghadapi masalah air. Apa mesej yang hendak dibawa ialah negeri Selangor berdepan dengan masalah air.

Bolehkan hidup dengan hayat menipu? Barang kali itulah hasil didikan dan amalan orang yang berkawan dengan syaitan yang dikenali dan meninggalkan malaikat yang tidak dikenali. Kerja-kerja menipu, memalsu itu adalah kerja dan kesukaan syaitan.

Pihak yang membuat penggambaran itu tidak menyebut pihak mana yang mengupahnya. Tetapi cara dia (producer) menjawab jelas bahawa pihak itulah, yang berkawan dengan syaitan yang mengupahnya.

Hari ini juga beberapa ahli serkas negara telah mempertikikan Anwar Ibrahim naik jet peribadi. Diceritakan yang jet berkenaan berdaftar di Amerika. Sekali lagi fitnah dan tipu. Orang jenis ini tidak sah kalau ia tidak bercakap bohong dan tipu. Dia tidak akan rasa selesa dan hidupnya tidak bermakna. Maka kena menipu.

Walhal Anwar sudah jelaskan jet itu kepunyaan kawannya, berdaftar dengan JPA Malaysia. Namun kerana dasar menipu sejak dari dalam tembuni lagi dia akan bercakap bohong selamanya kerana syaitan dikenali sudah ada di dalam mulutnya.

Dasar manusia hati busuk sampai ke ekor. Dia tidak boleh tengok orang senang. Ahli politik bebas konon, bebas kepala bapak dia.

Salahkah kalau Anwar naik jet? Kadang-kadang otak puak-puak ini lebih bengong dan gong dari haiwan yang tidak tahu menilai erti kehidupan. Biarkanlah kepada mereka kerana sudah Tuhan jadikan dia sebegitu rupa, dengki, bohong dan pefitnah. [wm.kl.11:11 pm 24/09/12]

Kalau dikatakan penipu, pemiftnah marah, tapi itulah hakikatnya.

1 comment:

Bosan said...

Salam Tuan,

Emo nampak kali ini. Tidak salah anwar naik jet kawannya cuma yang dibimbangi ada udang disebalik pemberian tersebut. Dalam keadaan yang penuh dengan tipu muslihat setiap pemberian pasti dilihat ada habuan menunggu sama sekarang atau pada masa hadapan. Tiada yang percuma. Itulah yang berlaku pada ahli politik sebelah sana yang dikelilingi golongan oportunis. Nampak gaya makin ramai yang nak tabur budi.