Friday, September 14, 2012

Musa Sudah Bertindak, Halau Azmin Dari Masuk Sabah?

TERKINI MALAM

[kemaskini] Catatan dibawah ini mengelirukan sedikit yang ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah hanya pegawai Azmin, Hilman dham. Azmin buat masa ini bersama Anwar Ibrahim dalam majlis di Labuan.

Kerajaan UBN Sabah tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka dengan perkembangan politik yang berlaku di negeri berkenaan sekarang ini. Serangan Pakatan Rakyat benar-benar menggelisahkan para pemimpin UBN negeri berkenaan. Ternyata kunjungan Najib Razak ke Sabah yang kerap ke belakangan ini tidak dapat menyekat arus kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan UBN.

Mohamed Azmin Ali
Hari ini tindakan menerusi undang-undang sudah mula dilakukan sebagai menghadang arus itu. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama 14 orang rombongan telah ditahan di lapangan terbang Kota Kinabalu dan dilarang daripada memasuki Sabah.

Azmin dan rombongan yang dalam rangka untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia esok diarah pulang ke Kuala Lumpur.

Azmin Ali yang dihubungi menerusi sms sekejap tadi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Kata pegawai Imigresen mengesahkan tindakan itu adalah atas arahan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

"Pegawai Imigresen mengesahkan arahan Ketua Menteri. Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab takut orang Sabah mendapat maklumat," demikian bunyi sms Azmin.

Adalah diyakini tindakan itu tidak akan melemahkan semangat pimpinan Pakatan Rakyat dan juga rakyat Sabah yang kini bangkit untuk menumbangkan kerajaan UBN. Bahkan tindakan berbentuk politik itu akan membakarkan lagi semangat rakyat Sabah.

Esok hampir semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan bersama rakyat Sabah dalam majlis countdowm menejlang 12:00 tengah malam 16 September di Tuaran, Sabah. Antara mereka yang hadir, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Ismail, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Tidak dapat dipastikan apakah mereka sudah berada di Sabah atau belum. Nasib mereka juga menjadi tanda tanya sama adakah mereka akan 'lepas' ataupun ditahan seperti Azmin dan rombongan. [wm.kl.10:35 pm 14/09/12]
Post a Comment