PIDATO DINI
Bila diasak dan ditejel (termasuk oleh mereka yang berkawan dengan syaitan dan meninggalkan malaikat yang yang tidak dikenali) Anwar Ibrahim menjelaskan yang jet beliau naiki itu diberi pinjam oleh kawannya. Anwar tidak menyebut siapa kawan yang baik hati itu cuma beliau ada mengatakan kawan itu tidak mengharapkan apa-apa dari budi baik itu.
Anwar: Apa dia ingat dia saja ada jet...? |
Wei... kalau nak buat jahat pun biarlah cerdik sikit. Rakyat negara ini tidak akan menerima atau mudah terpesona dengan politik puter belit (spin) yang bodohnya nampak sampai ke atas belakang.
Hari ini sama-sama kita membuat pemeriksaan siapakah yang memiliki jet berkenaan. Soal apaklah jet itu diberi pinjaman atau dibayar tidak timbul. Walaupun Tian Chua dan salah seorang yang menumpangi jet itu menyebut kepada saya, ianya dibayar... tidak kisah. Saya percaya jet itu diberi percuma. Sebenarnya kalau diberikan pinjam lagi baik dari dibayar atau disewa kerana bayar dan sewa itu menunjukkan Pakatan Rakyat ada banyak duit.
Persoalan pokok ialah siapakah tuan punya jet itu? Apa yang saya diberitahu tuan jet itu semasa hendak memberi pinjam kepada Anwar ada menyebut; you kena pastikan jadi PM, kalau tidak teruklah I. Aduh... inilah politik Malaysia, sesiapa yang membantu pembangkang walaupun secara halal akan dikenakan tindakan. Orang yang tidak bodoh sampai ke atas belakang faham dengan ayat dan kata-kata berkenaan.
Pemilik pertama yang saya dengar semasa di Sabah jet itu kononnya kepunyaan Tony Fenendez ... tuan punya Airasia itu. Tetapi selepas dibuat pemeriksaan menerusi seorang kawan, di Johor Bharu dia kata tidak. Jet itu kepunyaan orang Kelantan? Wah orang Kelantan ada jet peribadi. Dalam pengetahuan pula saya dan juga orang umum, di Kelantan hanya ada dua orang saja yang ada jet peribadi... yang lain sama ada naik bas cepat ataupun Airasia atau pun firefly.
Kedua-dua mereka ada ahli perniagaan. Ahamd Zahid Hamidi katanya pernah menaiki jet milik orang Kelantan itu untuk ke Makkah. Mulanya Zahid hendak jelaskan jet siapa yang beliau naik pergi ke Makkah tetapi sampai sekarang tidak dijelaskan. Namun orang sudah tahu yang jet itu milik orang Kelantan yang baik sekali dengan Zahid dan keluarganya.
Lupa pula saya nak tanya Husam Musa takut-takut dia tahu apakah jet yang diberi pinjamkan kepada Anwar itu sama dengan jet yang dia tengok ke Jeddah yang dinaiki oleh Zahid? Ada cerita mengatakan Husam ternampak jet berkenaan di parking di Jeddah.
Kalau sama, ertinya besar kemungkinan jet yang dinaiki Zahid Hamidi itulah juga yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak berani hendak mengatakan Zahid Hamidi yang rokmenkan kawannya itu beri pinjam kepada Anwar kerana kita tahu Zahid kini tidak bersama Anwar lagi. Tetapi bila mana Anwar kata jet itu jet kawannya... boleh jadi juga. Sebab bagi Anwar walaupun kawan-kawannya melarikan diri kerana hendka menyembunyikan harta benda dalam perut, dia tetap menganggap orang itu sebagai kawannnya.
Itulah keperibadian Anwar.
Semua itu andaian dan kemungkinan berlaka tetapi boleh dijadikan asas untuk mengenal pasti siapakah tuan punya jet berkenaan. Manakala masalah Anwar naik jet ke bas tidak dia punya hal. Adalah domba --- iaini bonggok atas punggung kibas, kalau ada yang mempertikaikan atau mengatakan Anwar bermewah. Pemimpin seperti Anwar memang layak bermewah begitu hatta kalau Mahathir Mohamd ditakdirkan Allah menjadi borak, Anwar wajar menunggangnya kerana apa diperlakukan itu untuk rakyat bukan sekadar berseronok. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan? Walahu'alam. [wm.kl.9:27 am 25/09/12]
1 comment:
Assalamu alaikum tuan. Bertolak dari isu jet peribadi ini, timbul beberapa persoalan dalam diri saya"
1. Sebagai ketua pembangkang Malaysia adakah Datuk Sri Anwar tidak berhak untuk menggunakan kemudahan perjalanan seperti perdana menteri termasuk penggunaan jet peribadi?
2. Kalau di negara lain taraf ketua pembangkang adalah sama dengan perdana menteri, apakah saya silap dengan pernyataan ini?
3. Seandainya ketua pembangkang sama taraf dengan perdana menteri, kenapa Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah tidak mendapat kemudahan jet sebagai mana yang Najib dan Rosmah dapat. Kalau Najib dan Rosmah dapatnaik jet peribadi dengan jerit perih cukai rakyat termasuk petani dan nelayan melalui cukai tak langsung maka sewaarnya jugalah ketua pembangkang boleh naik jet macam Najib dan Rosmah dengan keringat dan penat rakyat walau pun guna pesawat TUDM.
4. Kalau seandainya UMNO-BN telah dengan angkohnya mengenepikan hak ketua pembangkang tanpa izin rakyat, kenapa mesti sibuk kalau ada orang bagi jet peribadi dia.
5. isu jet peribadi ini sama dengan isu pembinaan lebur raya di Kelantan, kalau UMNO-BN tak nak buat, rakyat boleh buat sendiri dengan pimpinan pemimpin yang bijak dan berjiwa rakyat.
Post a Comment