RESPON
Berikut disiarkan catatan sdr MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF salah seorang dari puluhan ribu rakyat Kelantan yang 'bergalabut' mengenai royalti petroleum yang sepatutnya dibayar. Penulis ini rajin memberi pandangan dan melontarkan kritikan sosial di media massa. Setiap kali beliau mencoret sesuatu akan dikirimkan kepada saya. Syabas atas kerajaan sdr tanpa mengenal penat dan jemu. Ikutilah pandangan dan komenter beliau;
Dengan desakan langsung dari rakyat
terhadap kerajaan pusat agar membayar royalty kepada kerajaan Kelantan
sebagaimana perjanjian 9 Mei 1975, nyata ia membuka kesedaran pelbagai pihak
kepada banyak isu di sebaliknya. Apa yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda
dalam gerakan yang disebut R terus mendapat sambutan lantas membuka kesedaran
yang lebih meluas.
Kini ramai yang menantikan satu prosiding
rayuan yang dijadualkan pada 3 Oktober. Dalam pada itu juga, dijangka satu
prosiding memohon pengishtiharan mahkamah terhadap ketidakesahan perjanjian
tersebut turut akan dikemukakan.
Dalam suasana inilah, saya suka menarik
perhatian kepada pemahaman kita kepada satu prinsip asas dalam undang-undang
kontrak. Harapan saya dengan pemahaman tersebut seluruh rakyat umumnya dan
rakyat Kelantan khususnya akan terus berdiri teguh di belakang keputusan yang
akan diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani isu royalty ini.
Undang-undang paling asas dalam sesuatu
kontrak menyatakan bilamana salah satu pihak gagal memenuhi tanggungjawab dalam
perjanjian, ia dikatakan telah pecah kontrak atau “repudiate”.
Tindakan ini membangkitkan hak kepada pihak yang satu lagi untuk “rescind
the contract” iaitu mengambil tindakan untuk membatalkan terus perjanjian
yang dipersetujui.
Dalam hal ini, Petronas yang gagal membayar
royalty sebagaimana dipersetujui telah memecah janji “repudiate the
contract” dan kerajaan Kelantan dalam hal ini berhak membatalkan dan
menamatkan perjanjian tersebut atau “rescind the contract”.
Justeru, pihak-pihak iaitu Petronas dan
Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan
dalam perjanjian 1975. Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk
memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka minyak di sana.
Kerajaan Kelantan pula berhak untuk
memutuskan dengan apa jua cara bagi meneroka dan mencari gali minyak di kawasan
daratan dan perairan Kelantan dengan cara mereka sendiri. Tentunya suasana ini
amat menguntunkan rakyat Kelantan kerana hasil bumi mereka boleh diuruskan oleh
kerajaan yang mereka pilih melalui pilihanraya yang sah.
1 comment:
Tuan MSO,
Isu pecah janji oleh Petronas sudah jelas. Perjanjian tersebut adalah antara Kerajaan Negeri dengan sebuah syarikat bernama Petronas. Kerajaan menjadi pemegang saham terbesar Petronas bukan isu yang ada hubungkait dengan perjanjian tersebut.
Isunya senang je, telaga-telaga minyak yang dituntut oleh Kelantan itu berada lebih dekat dari telaga-telaga minyak yang menjadi hak Terengganu. Soalannya, kalau terengganu dibayar royalti mengapa kelantan tidak?
dalam perjanjian itu, kerajaan pusat berhak juga mendapat 5% royalti keatas minyak yang dikeluarkan oleh Petronas di Kelantan. Soalan kedua, selama ini adakah Kerajaan pusat menerima/mengambil hasil royalti 5% itu sejak dulu. ko dia xambil jugak sebab negeri kelantan tokleh ambil?
dato Pa cuba pusing cerita dengan mengatakan telaga-telaga minyak milek Kerajaan terletak di kawasan perkongsian dengan Thailand. Hok ni ambo tak mahu ulas lah, sebab alasan Tok Pa tu gong sangat.
Satu perkembangan yang paling jahat sedang berlaku ialah sekarang ini Petronas sedang memasang paip dalam laut bagi mendaratkan hasil gas dari perairan Kelantan ke Pekan Pahang. Ni bukan kerja mencuri lagi...ini dah jadi kerja merompak.
Semua kena faham, Kelantan menyertai Persekutuan tanah Melayu dulu sebagai negeri bebas dan berdaulat berdasarkan syarat-syarat tertentu. Kelantan bukan negeri yang ditaklok oleh mana-mana negeri lain, jauh sekali negeri Pahang.
jadi apo cerita kalau hak kita tidak dihormati, apatah lagi jika hak kita dinafikan atau dirompak, bukan sikit duit yang kita dinafikan.....semata-mata atas permainan politik kotor!
bat8
Post a Comment