Monday, September 3, 2012

Siasat Ketua-Ketua Bahagian Umno Kelantan

RESPONS

Seorang yang mengakui dirinya sebagai ahli veteran Umno telah menghubungi saya apabila beliau membaca posting blog ini lewat malam tadi berhubung cerita pegawai SPRM sedang 'menyiasat' kedudukan akauan salah seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang dikatakan berjumlah RM10 juta.

Menurut veteran itu beliau tidak merasa harian kalau ada ketua-ketua bahagian yang memiliki wang jutaan ringgit kerana mereka hari ini terdedah dengan pelbagai sumber kewangan mudah. "Ti saya tidak hairan dengan apa yang you tulis itu," katanya menerusi telefon.

Katanya peruntukan diberikan oleh parti menerusi ketua-ketua bahagian adalah antara sumber yang mudah dieksploitasikan untuk kemudahan sendiri dan peluang melakukan penyelewengan begitu besar. Semua peruntukan parti bagi tujuan kegiatan parti disalurkan menerusi ketua-ketua bahagian. Ketua bahagian pula katanya diberikan kuasa besar tanpa pemantauan untuk mengagihkan peruntukan berkenaan.

Pemberian tander atau kontrak kepada sesama ahli Umno tanpa diadakan tander terbuka memudahkan lagi penyelwengan itu dilakukan tanpa diketahui oleh mana-mana pihak. Di dalam Umno hari ini wujud seakan-akan penyangak dengan penyamun, ujarnya.

Beliau juga tidak pelik kalau sesebuah bahagian disalurkan peruntukan berjuta-juta dalam tempoh tertentu tetapi peruntukan itu tidak merata kepada rakyat. Kerana Umno tidak pernah menghitung soal kewangan dan disalurkan berapa saja asalkan ada janji peluang Umno menang cerah di kawasan-kawasan berkenaan.

Sehubungan itu beliau berharap Umno memperbetulkan semula kaedah penyaluran peruntukan ini untuk memastikan ia telus dan memberi kesan kepada ahli. Beliau lantas memberi contoh bagaimana teknik berlaku penyewelengan terhadap peruntukan diberikan itu.

Katanya kebanyakan projek atau pembelian untuk diberikan kepada rakyat tidak dibuat secara tander terbuka dan kontrak dianugerahkan begitu saja. Selalunya ketua bahagian akan memilih kroni untuk menerima kontrak berkenaan.

Keadaan ini memudahkan berlaku penyelewengan. Bayangkan untuk membeli sebuah mesen jahit harganya tidak sampai RM3,000 tetapi ditambah sehingga RM10,000. Begitu juga dengan pembelian lembu untuk korban harganya ditambah sehingga mencecah RM8,000 hingga RM10,000 seekor sedangkan harga dan proses penghantarannya hanya sekitar RM5,000 dan RM6,000 sahaja. Itu boleh tahan lagi ujarnya ada juga tuntutan-tuntutu dibuat tanpa melakukan kerja dan invois kosong saja.

Kejadian ini semua diketahui oleh pemimpin atasan Umno tetapi didiamkan sahaja kononya untuk menjaga maruah dan air muka Umno. Tetapi katanya Tuhan kita Allah tahu akan dosa-dosa ini semua.

Dalam pada itu beliau berharap untuk membenteraskan perkara ini sudah sampai masanya pihak berkuasa dalam Umno membuka pintu Umno untuk disiasat oleh SPRM. Atau pun Umno mengadakan odit khas ke atas semua peruntukan yang diberikan.  Setiap pembelian dan perbelanjaan hendaklah dipantau oleh odit khas.

"Saya bukan dengki mengenai peruntukan ini, tetapi saya mahu peruntukan itu dibelanjakan dengan telus dan rakyat memperolehinya serta ketua bahagian tidak berkuasa penuh," katanya.

Dalam perbualan selama lebih 20 minit itu veteran itu juga sempat menyebut bagaimana wang untuk diberikan kepada pengundi luar dalam tahun 2008 itu tidak sampai ke sasarannya. Berjuat-juta wang diperuntukan Umno yang dipunggah dari pelbagai sumber menjadi rebutan kalangan pemimpin Umno manakala pengundi luar pula tidak diberikan peruntukan itu.

"Seorang pemimpin Umno yang berkuasa ketika itu, dia sendiri telah ambil RM4 juta untuk dirinya sendiri tanpa dicatat... manakala selebihnya dibahagi-bahagikan kalangan ketua Umno," katanya.

Beliau sangat percaya kenapa sesetengah ketua bahagian berhempas pulas untuk tidak melepaskan jawatan itu walaupun mereka tahu kapasiti dan kebolehana mereka kerana ingin kaya mudah dengan jawatan itu. Sekiranya sistem menyalurkan peruntukan ini diubah - tidak memberi kuasa penuh kepada ketua bahagian sudah pasti penyelewengan ini dapat diatasi.
Tentang perangai ketua-ketua bahagian katanya, mereka kadang kala sudah ditolak oleh ahli bahagian tetapi kerana segala tektik, politik wang mereka akhirnya dipilih. Mereka sanggup membelanjakan seberapa banyak untuk menang jadi ketua bahagian dan itu tidak merugikan mereka kerana dengan berkedudukan sebagai bahagian mereka akan mendapat balik wang rasuah dibelanjakan itu.

Caranya ialah mereka songlap peruntukan yang disalurkan menerusi mereka di peringkat bahagian.

Ahli veteran itu yang mengakui sudah 54 tahun menjadi ahli Umno sangat berharap Umno mengizinkan seluas-luasnya untuk SPRM membuat penyiasatan ke atas semua ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan khasnya mereka yang tidak ada sumber pendapatan tetap atau pun kedudukan di tahap menjadi menteri atau timbalan menteri.

Mana-mana ketua bahagian yang sebelum ini pernah diintip oleh SPRM termasuk yang pernah ditahan dan harta beruba kereta disita haruslah dibenarkan SPRM menyiasat membersihkan mereka seluas-luasnya. Kalau perlu katanya Umno juga perlu meminta mereka menyenairkan harta milik mereka.

"Melihat kepada corak dan stail kehidupan mereka meragukan kerana sesetengahnya memiliki rumah lebih dari satu begitu juga dengan kereta mewah dan hartanah lainnya." Sambungnya.

Sekali katanya dia mengungkitkan ini bukan kerana dengki dan irihati tetapi demi untuk menyelamatkan Umno. Ujarnya lagi sambil menambah kenapa sesetengah ketua Umno Kelantan tidak dihormati rakyat ialah kerana sikap mempamerkan kemewahan hidup melampau.

"You tulis dan ceritalah apa yang I laporkan ini kerana niat I adalah ikhlas," katanya penuh berharap agar saya membuat catatan mengenai isi hatinya ini. Beliau tetap yakin Umno tidak akan menjadi kemegahan rakyat kalau masalah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ini terus berlaku. [wm.kl.6:42 pm 03/09/12]


Post a Comment