Wednesday, September 5, 2012

Mahadzir Khir Kembali Ke Rahmatullah

TERKINI 

Allahyarham Mahadzir Khir
[kemaskini] Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Mahadzir Khir telah kembali ke Rahmatullah lewat petang ini. Allahyarham meninggal di hospital Perubatan Universiti Malaya Petaling Jaya kira-kira jam 5:00 petang ini kerana serangan jantung. 

Allahyarham meninggal dalam usia 67 tahun. Beliau lahirkan di Yan Kedah dan pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani selama dua penggal 1999 dan 2004. Menurut laporan berita jenazah Allahyraham akan dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sebelum menceburkan diri dalam politik beliau merupakan seorang guru sebelum menjadi pensyarah di Universiti Malay. Beliau juga minat dalam dunia fotografi dan merupakan seorang penganalisa politik tanah air.

Saya akan mencatat kenangan bersama beliau dalam 'belasungkawa' khas. Kali terakhir berjumpa dengan beliau ialah semasa majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh Hamzah tahun lalu kami duduk semeja. Sementara dalam satu pertemuan untuk mewawancara beliau tiga tahun lalu untuk akhbar Siasah, beliau ada menyebut tentang kebimbangannya mengenai politik Melayu dan Umno yang menurutnya sudah kehilangan arah dan matlamat perjuangan.

Kepada keluarga Allahyarham diucapkan takziah dan al fatihah untuk roh Allahyarham. [wm.kl. 9:11 pm 06/09/12]
Post a Comment