ULASAN PERISTIWA
Pengkhianatan dan serangan ke atas bas dua tingkat 'JelaJah Kemerdekaan' milik PKR yang berlaku menjelang Subuh pagi tadi telah mecemarkan kenvas politik Malaysia amnya dan Kelantan khasnya. Walaupun tragedi itu tidak melibatkan kehilangan nyawa atau tertitiknya setetes darah tetapi ia cukup untuk mengotorkan bumi dan menganggu kedamaian politik Kelantan. Kejadian itu memberi petanda yang cukup membimbangkan.
Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyata rasa malu di atas kejadian itu dan menyifatkan ia dilakukan oleh mereka yang jahil mengenai dosa dan pahala.
Nik Aziz ikut sama melihat keadaan bas. |
Anwar bukan mudah kecut perut tetapi gangguan dan tragedi seperti itu makin membakar semangatnya dan juga semangat para penyokong. Mengulas mengenai kejadian itu Anwar terus mengarahkan mereka yang terlibat dengan siri jelajah kemerdekaan tidak gentar dengan kejadiaan bersifat provokasi itu sambil menyatakan ia sudah biasa baginya.
Sebelum ini pernah terjadi kereta yang membawa Anwar dibaling batu dan ditendang sehingga kemek. Sambil itu Anwar dilempar dengan kata-kata kesat yang tidak tergamak untuk didengari. Kejadian ini berlaku ketika Anwar berceramah di Padang Perdana yang terletak di tengah-tengah Kota Bharu. Menjadi tanda tanya kenapa kenjadian tidak beradab itu tidak berlaku di daerah luar Kota Bharu tetapi ia berlaku di Kota Bharu?
Apakah sudah berubah nilai manusia di luar Kota Bharu lebih baik dari manusia yang tinggal dalam bandar Kota Bharu? Atau sememang para samseng itu diimport dari daerah luar? Apapun orang di Kota Bharu akan bertanggung jawab di atas kejadian itu. Pemimpin Umno Kota Bharu harus merasa malu kerana ia berlaku di kawasan mereka. Walaupun mereka tidak terlibat namun tanggapan umum boleh merasakan demikian.
Mereka yang melakukan serangan dan pengkhianatan itu bukan boleh dimaafkan mereka layak disifatkan sebagai Zionis Israel.
Di Gua Musang semasa kunjungan Anwar ke daerah itu beliau hanya disambut dengan dua tiga helai sepanduk yang tertulis kata-kata jelek dan jijik. Namun keretanya tidak dilontar batu dan tiada kata-kata kesat yang dilantunkan semasa Anwar berceramah.
Tetapi apabila bas dua tingkat PKR itu yang baru pertama kali digunakan telah dipecahkan cermin dan sebahagian badannya dilumur dengan cap merah ia sudah melampau. Ia sudah sampai ke peringkat perang fizikal sudah boleh diangkat. Rasanya sudah sampai untuk para tentera Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk ikut bersama kasar sama?
Mengenai kejadian yang sangat dikesalkan ini saya tidak mahu menuduh kepada sesiapa termasuknya pihak musuh tradisi Pakatan Rakyat iaitu BN. Dalam konteks Kelantan ialah Umno. Saya tidak kira Umno yang mengarahkan perbuatan itu. Saya merasakan ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk menunjukkan 'kegedebean' mereka dan dalam masa sama mengharap Umno menyokong mereka.
Saya percaya Umno di bawah Mustapa Mohamed dan Awang Adek Husein tidak tergamak untuk bermain secara jahat. Mereka tidak ada bakat dan sejarah untuk berbuat demikian. Saya cukup yakin ada anasir di luar Umno yang berbuat untuk menarik perhatian Umno dan kerja-kerja ala komunis begitu mesti dilakukan oleh orang yang pernah melakukannya dan percaya kepada politik provokasi. Justeru kejadian malam tadi boleh dianggap si pelaku itu mahu sabotaj Pakatan Rakyat dan juga UBN Kelantan.
Sebenarnya kejadian malam tadi bukan saja setakat bas dipecahkan dan disimbah dengan cap. Khabarnya bilik penginapan Anwar Ibrahim di hotel berdekatan bas itu di parking juga cuba diganggu. Ada sumber memberi tahu ada orang yang cuba masuk ke bilik Anwar sekitar jam 3:00 pagi? Katanya menjelang petang sudah ada sekumpulan anak muda yang memasuki di coffe house hotel berkenaan dengan menunjukkan lagak meletakkan kaki di atas meja.
Kalau ia benar berlaku keadaan ini sudah sampai ke peringkat bahaya. Ia sudah mengancam keselamatan dan nyawa Anwar. Kemungkinan ini jangan dipandang rendah. Kawalan keselamatan terhadap Anwar perlu diperketatkan. Dalam dunia hari ini apa-apa saja boleh berlaku termasuk pembunuhan. Sekiranya polis tidak bersedia memberi kerjasam atas sebab-sebab tertentu mungkin ahli PKR boleh mengambil inisiatif untuk membentuk pasukan kawalan sendiri. Unit seperti Unit Amal mungkin boleh diwujudkan.
Dalam pada itu pihak keselamatan juga perlu peka dengan keadaan ini. Menjadi tanggungjawab polis keselamatan setiap rakyat negara ini. Mereka tidak boleh bersikap berat sebalah dan perlu memberi jaminan keselamatan untuk semua. Jangan sampai sudah terjadi perkara buruk baru hendak bertindak. Kita tidak mahu melihat darah 'sengoti' akan mengalir ke bumi atau pun 'berlembe' di atas karpet hotel baru hendak bertindak. Manakala ahli PKR pula jangan nanti berlaku sesuatu yang buruk baru mereka hendak menyesal.
Anwar dan Wan Aizah melihat bas yang menjadi mangsa pengkhianat. |
Justeru mereka hanya ditahap itu mereka tidak perlu dimarahi dan diburu. Yang perlu diburu ialah manusia yang menjadi guru kepada samseng itu dan memberi wang untuk membeli cap dan menyediakan batu untuk melontarkan bas berkenaan. Saya cukup yakin walaupun di Kota Bharu ada orang gila tetapi perbuatan itu bukan dari orang yang hilang akal yang merayai di kaki lima di sekitar Kota Bharu.
Diharap dalam masa terdekat diketahui siapakah dalang di sebalik kejadian itu. Saya cukup yakin lambat laun pasti ia akan terdedah. Dan kalau polis pula serius pasti ada orang yang akan ditangkap. Kegagalan mengesan pengkhinat itu akan menyebabkan orang beranggapan polis mungkin bersubahat dengan kejadian itu. [wm.kl.4:01 pm 01/09/12]
No comments:
Post a Comment