Wednesday, September 19, 2012

Syabas Suaram Kerana Tegas Dan Berani

SUSUPAN TENGAH MALAM

Ngo Suaram yang kini sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh kerajaan Malaysia kerana didakwa cuba mendedahkan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene melibatkan rasuah RM400 juta menegaskan mereka akan terus melakukan siasatan dan tidak gentar dengan tindakan undang-undang itu.

Pihak Suaram juga membayangkan tindakan ke atas Ngo memperjuangkan hak asasi itu mungkin lebih keras lagi.

Penegasan pendirian Suaram dengan kerja amal siasatan itu, dinyatakan oleh salah seorang anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel.

Menurut Cynthia tindakan ke atas Suaram itu tidak akan memberi kesan ke atas kes yang sedang dipantaunya di Perancis itu.

Seharusnya tindakan dan keberanian Ngo itu perlu didokong oleh setiap individu ataupun badan-badan bebas memperjuangkan hak kebebasan rakyat termasuk parti politik. Usaha Suaram itu perlulah dilihat berasingan dengan tindakan undang-undang yang cuba dikenakan dalam usaha menghalang atau menutup mulut Ngo berkenaan.

Apa yang perlu difaham usaha membawa kes rasuah Scorpene ke pertimbangan mahkamah adalah usaha untuk kebaikan bersama dan satu khimdat kepada negara. Manakala tindakan yang cuba dikenakan oleh kerajaan UBN ke atas Suaram itu adalah tindakan mengikut undang-undang berhubung dakwaan dibawa ROS.

Tidak nampak apakah keuntungan (material) yang diperolehi Suaram atas usaha itu melainkan berdepan dengan kesusahan menerusi pelbagai tindakan.

Bagaimana pun agak malang sedikit apa dihadapi oleh Suaram hari ini tidak mendapat simpati daripada Ngo kemasyarakatan lain dan juga termasuk badan politik yang telah mendapat manfaat (isu) dari apa dilakukan Suaram itu.

Secara peribadi saya mengucapkna tahniah kepada Suara dan salute atas keberanian dan ketegasannya. Ngo seperti inilah yang kita mahu dan harap-harapkan bukannya yang tahu menjerit, baling batu, lontar cat merah kemudian ramai-ramai minum tea bersama ketua di gerai mamak bawah pohon ketapang.

Bagi saya apa dilakukan Suaram terhadap isu skandal Scorpene itu lebih muni dan terhormat daripada perjuangan atas nama Islam dan kepentingan Melayu yang dibawa oleh Ngo beras kampit dan Ngo ikan perkasam atau pun Ngo diketuai si jubah poket cari yang kini sudah terjahit. [wm.kl. 12:51 t/malam 19/09/12]

No comments: