Monday, September 17, 2012

Majlis Rumah Terbuka Perakan Kuching Meriah

PERISTIWA

Semasa di Sarawak kelmarin saya sempat menghadiri rumah terbuka anjuran Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan Malaysia) Cawangan Kuching yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM). Majlis itu walaupun ringkas tetapi ia tetap meriah dengan kehadiran lebih 200. Apa mengkagumkan saya ialah kerja sama dan pemaufakatan yang wujud di kalangan ahli dan anak beranak Perakan cukup kental.

Kedatangan Husam dan Fatah disambut Hamzah.
Ukhwan dan persaudaraan di kalangan anak-anak Kelantan terserlah dalam majlis tersebut. Benarlah kata orang di mana ada kesatuan dan maufakat ia akan membawa keberkatan. Walaupun berada jauh dari kampung dan daerah sendiri namun untuk mengadakan majlis seperti itu tidak menjadi masalah jika tiada kerjasama mantap.

Siti Zailah duduk bersama sebahagian wanita yang hadir.
Rakyat Kelantan begitu utuh menjalani kerjasama di mana saja mereka berada dan inilah menjadi rahsia kenapa rakyat Kelantan dilihat sebagai mempunyai perasaan keakuan yang menebal sehinggakan menimbulkan rasa irihati masyarakat negeri-negeri lain.

Majlis itu turut sama diraikan oleh pemangkau Presiden Hamzah dan penaung Perakanan Abdul Fatah Mahmod yang juga merupakan anggota Exco kerajaan Kelantan.

Hadirin berbaris untuk mengambil menu disediakan.
Pemangku Perakan Hamzah serta penasihat Perakan Malaysia sanggup hadir walaupun mereka penuh dengan acara lain semata-mata merai atau pun berjumpa mata dengan anak buah di Kuching.

Husam yang sempat memberi sepatah dua kata menasihat anak-anak Kelantan yang berada diluar supaya mengambil berat mengenai negeri walaupun berada di mana saja. Katanya salah satu mekanisme dalam hal ini ialah dengan mengambil bahagian dalam mengundi pada pilihan raya.

"Kuasa undi yang dimilik setiap orang penting kerana ia bakal menjadi penentu bukan saja kepada kuasa politik tetapi menjaga hak-hak rakyat Kelantan seperti pembangunan, keselamatan dan sebagainya," ujarnya.

Justeru beliau mengingatkan supaya mereka tidak akan mengsia-siakan kuasa undi yang ada dan jika tidak sempat atau mahu mengundi di Kelantan tetapi daftarlah di mana tempat mereka bermukim.

Fatah dalam ucapannya pula mengingatkan supaya ahli Perakan khasnya dan anaka Kelantan yang berada di luar senantia menjaga keunikan orang Kelantan yang erat bergaul dan mereka diharap agar menjadi duta Kelantan yang membawa apa-apa juga kebaikan yang dimiliki rakyat Kelantan.

Pemimpin Kelantan lain yang turut sama hadir Dr Mohd Hata Ramli (MP Kuala Krai), Siti Zailah Yusuf MP Rantau Panjang) dan Apandi Mohamad (bekas MP Jeli). [wm.kl.6:01 pm 16/09/12]

No comments: