Thursday, September 13, 2012

Penjelasan Penggunaan Kereta Oleh Pegawai Kerajaan

RESPONS

Catatan mengenai seorang pengarah jabatan awam (Persekutuan) di Kelantan yang kehilangan kereta Perdana V6 dua hari lepas mendapat reaksi beberapa orang penjengok. Ramai yang ingin mengetahui siapakah gerangan Pengarah berkenaan yang tinggal di Machang itu.
Kereta posting berkenaan.

Hari ini saya menerima sms dari seorang menjelaskan berhubung penggunaan kereta kerajaan oleh kakitangannya. Menurut individu berkenaan tidak menjadi kesalahan bagi seorang pengarah berstatus Jusa ke atas menggunakan kereta kerajaan yang dikhaskan kepadanya bersama seorang driver dan elaun minyak.

Menurutnya kereta itu boleh dibawa ke mana-mana bahkan kereta itu bakal menjadi miliknya apabila berhenti kelak kerajaan akan menawarkan kepada pegawai berkenaan dengan harga murah.

Menurut invidiu itu juga ada bezanya di antara kereta kerajaan (jabatan) dengan kereta yang dikhasnya kepada pegawai kerajaan bergred Jusa ke atas.

Berikut sms yang dihantarkan kepada saya; "Salam.. merujuk kepada blog sdr berkaitan kereta kerajaan disalah guna. Sdr perlu bezakan antara kereta jabatan dengan kereta khas jawatan. Ulasan sdr dalam blog merujuk kepada kereta jabatan. Bagi pengarah Jabatan yang bergred Jusa ke atas, memang diperuntukan kereta Perdana V6 dengan elaun minyak dan pemandu khas.

"Kereta ini menjadi milik pengarah tersebut boleh dibawa pulang ke rumah. Apabila pengarah pencen kerajaan akan menawarkan kepada pengarah dengan tawaran yang rendah (tanpa cukai) sama seperti menteri dan Exco. Saya mohon sdr ...betulkan faktakan ini dalam blog sdr. Tq".

Persoalannya kenapa individu berkenaan bersedia menjelaskan perkara ini dan meminta saya meralatkannya. Kekeliruan itu di sini tidak penting. Yang pentingnya apakah kereta berkenaan benar hilang, dan siapakah pegawai berkenaan?

Saya akan cuba mendapatkan pengesahan berhubung kejadian ini dan mengenali pasti siapakah Pengarah yang kehilangan kereta Perdana V6 itu yang khabarnya pernah dibawa ke majlis-majlis anjuran Umno. Bagaimana pun terima kasih kepada individu yang mengirimkan sms meminta saya perbetulkan mengenai kekeliruan pemakaian kereta oleh pegawai kerajaan. [wm.kl.6:32 pm 13/09/12]
Post a Comment