Thursday, September 20, 2012

Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar

SINTAK MALAM

 Mahathir I C Kandar Mohamad, terus mengulik dirinya sendiri dengan memberi keyakinan UBN akan menang dan tetap menguasai Putrajaya. Sudah semacam tidak 'berapa sara' bekas PM ini dalam mempengaruhi orang ramai supaya mengekalkan kerajaan UBN pimpinan Najib. Kerana keacapan itu kalau kita selami dalam-dalam jiwa Mahathir apa yang dilakukan memberi gambaran yang beliau dalam keketaran. Keyakinan yang UBN akan menang bukan untuk ahli Umno dan Najib sebenarnya untuk dirinya sendiri.

Dari segi psikologi apabila orang itu kerap bercakap mengenai sesutau topik, berulang-ulang ternyata dia obses dengan topik itu. Pemerhatian dan prihatin itu ada dua kemungkinan, sama ada dia seronok atau bimbang dengan apa yang dicapkkan itu. Dalam hal ini saya menyuluh Mahathir takut dengan apa yang bakal terjadi kelak.

Mahathir: Aku masih berkuasa?
Hari ini dia mengulangi sekali lagi pernyuataan untuk menyakinkan dirinya. Dia kata UBN akan menang dan satu-satu parti yang mampu untuk mentadbir. Dalam masa sama beliau terus memperkecilkan pembangkang. Isu yang dibawa kali ini katanya, Karpal Singh akan bergaduh dengan Nik Aziz dalam isu hudud.

Sinisnya, Nik Aziz kata potong tangan, Karpal Singh kata jangan. Bila berlaku begitu katanya maka pembangkang akan kelam kabut dan parlimen akan dipenuhi dengan hujah-hujah begitu, mengenai hudud.

Wah begitu sekali Mahathir menghina dan merendah daya fikir dan muslihat politik Karpal Singh dan Nik Aziz. Dia fikir hanya dia saja yang bijak dan orang lain semuanya haprak.

Mahathir masih belum sedar-sedar lagi dan terus masih tidak berpijak di bumi nyata. Atau dia sedar akan kebijaksanaan pembangkang tetapi sengaja diremeh-remehkan untuk menyedapkan hatinya sendiri.

Saya yakin Mahathir sedar malaikat yang beliau tidak kenali yang ditugas untuk memacung leher UBN sudah kian mara ke arahnya. Makanya kerana beliau terlalu ketakutan dan sudah tidak ada obat untuk menenangkan jiwanya maka beliau terpaksa mengeluarkan pandangan dan kritikan yang merendahkan martabatnya sebagai negarawan seperti mana diangkat dan dinobatkan oleh media massa PB.

Sejujurnya dia yang bimbang dan cemas kalau BN kalah bukan orang Melayu. Ia bukan juga para pemimpin Umno, tetapi dirinya sendiri. Mahathir ada sebab kenapa dia perlu mempertahankan agar UBN menang. Kemenangan UBN bukan untuk membela rakyat tetapi melindungi dirinya. Mahathir reti dan faham kalau UBN tidak lagi menjadi penguasaan kedudukannya, penguasaannya ke atas kekayaan yang dihimpun sejak 22 tahun lalu akan hilang.

Peluang untuk beliau megumpul dan mencipta kekayaan bersama keluarganya dan waris politiknya Mukhriz juga akan terlepas. Itu masih lagi boleh ditelan, tetapi apa yang menakutkan ialah kalau kerajaan baru akan bertindak ke atasnya, membuka fail siasatan dan mengutip segala bentuk jenayah yang disorot selama 22 tahun lalu. Apakah di zaman Najib saja ada skandal manakala di zaman Mahathir bersih dan putih? Oh la la...

Sebagai seorang mungkin melakukan jenayah Mahathir tahu akan segala rekod jenayah yang dibuatnya kalau ada. Mungkin bahan bukti beliau sembunyi dan hilangkan, tetapi beliau sedar masih ada saksi hidup yang bila-bila masa sedia tampil ke mahkamah untuk menceritakan segalanya. Inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia akan menggunakan apa saja helah, ikhtiar dengan apa saja untuk memastikan Pakatan rakyat tidak menang.

Boleh jadi Mahathir percaya kepada kata-kata Anwar yang telah memaafkannya, untuk tidak mendakwa atas setiap jenis jenayah yang mungkin Mahathir lakukan. Tetapi Mahathir tidak percaya rakyat yang membenci dan kecewa dengannya selama ini berdiam diri. Mereka (rakyat) akan menuntut kerajaan agar mengheretnya ke mahkamah. Ini menyebabkan Mahathir jadi 'terkaba' waktu tidur.

Mahathit tahu ketika itu Anwar tidak akan boleh berbuat apa-apa untuk tidak melaksanakan kehendak rakyat. Adalah bahaya kalau Anwar mengambil sikap 'waafu hu rahim', ke atas Mahathir kerana kalau pendirian itu diambil Anwar pula akan dimurkai rakyat. Jadi hendak tidak hendak Anwar akan merestui tindakan ke atas Mahathir.

Anwar pun selalu berkata, saya sudah maafkan Mahathir atas segala dosa beliau kepada saya, tetapi saya tidak boleh menghalang rakyat untuk bertindak ke atasnya. Jadi saya akan serahkan kepada rakyat.

Ha... inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia tidak memanjangkan tidurnya untuk mencari helah dan muslihat bagi memastikan UBN menang. Adalah berbaloi kalau beliau tetap berusaha dan mencari ikhitiar itu kerana demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan keluarganya.

Di sini saya tengok kehidupan Mahathir terseksa dibandingkan dengan Abdullah Badawi. Benar Pak Lah tidak seorang perdana menteri hebat, tetapi hari ini jiwa dan hati Pak Lah tenang. Pak Lah tidak jadi seresah dan serisau Mahathir yang masih berhutang dengan rakyat dan Anwar.

Tidak tergamak untuk saya katakan, mungkin Mahathgir suka kalau beliau diambil Tuhan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk. Maaflah Dir agar kasar sikit... Mat Maslan sudah lama tidur bermimpikan berendur dengan puteri kayangan selepas malam semalam dia bermimpi ditebuh lembu laki Sharizat. [wm.kl.11:54 pm 19/09/12] 
Post a Comment