TAZKIRAH JUMAAT
Surat khabar penjilat buntut yang masheadnya berwarna biru persis kemabukan dan nanar sudah, apabila tidak mendapat bahan yang diingininya untuk terus mengkhianati dan menyerang Pas dan Anwar Ibrahim. Ia menjadi nanar meroyan sehari dua ini dalam usahanya untuk memecah belahkan di kalangan pemimpin Pas demi masa depan tuan hambanya.
Ia menjadi nanar dan dan gila khinzir apabila Pas tidak mengambil tindakan ke atas bekas timbalan presidennya yang kini merajuk apabila tewas dalam perlawanan merebut jawatan. Saya sudah menjadi telor dan pelek untuk menyebut nama bekas timbalan presiden Pas itu, maka elok kalau saya mengenalinya dengan nama Udin 2 saja.
Akhbar berkenaan berharap Majlis Syura Ulamak memecat Udin 2 itu. Kerana kalau ini terjadi maka isu pemecatan itu boleh 'digumba' menjadi isu besar untuk menyerabutkan Pas dan mengelirukan penyokong parti itu. Akhbar berkenaan juga berharap Udin 2 akan jadi seperti Hasan Akidah tukang syarah untuk Umno atas modal bagi menyelamatkan dan memurnikan akidah. Adus... sedap bunyinya tetapi kenyataanya tidak sewangi mulut. Tetapi malang tidak berlaku seperti diharapkan.
Itulah standard pemikiran akhbar berkenaan; begitu pendek dan tohor sekali mengenai perlembagaan Pas. Menurut perlembagaan Pas urusan pecat memecat ahli yang bengong atau gong, terletak ditangan Jawatankuasa Disiplin parti bukan Majlis Syura Ulamak. Lagi pun pemimpin Pas bukan bodoh atau pun cabuk sangat mudah untuk dikelirukan. Kalau pemimpin Pas berfikiran seperti dikehendaki akhbar berkenaan - yang menyerang Pas sepanjang hayat kewujudannya, sudah lama Pas terkubur. Namun keadaanya jadi sebaliknya Pas makin mantap, kuat dan dicemburui. Insya-Allah pemimpin Pas dan ahlinya akan berfikir menggunakan akal iman bukannya berfikir menggunakan akal kebendaan (duitan).
Lantaran itulah menjadikan para editor politik akhbar berkenaan lebih pening dan serabut berbanding dengan bekas presiden Pas itu. Mereka terus mencari isu dan memutar isu agar kes Udin 2 menjadi masalah kepada Pas dan terus mengelirukan ahli dan penyokong Pas. Mereka putarbelitkan apa-apa saja hatta kalau mereka terjumpa najis pemimpin Pas pun akan dipukul gambar masuk dalam akhbar mereka.
Mungkin perlu juga diajarkan kepada akhbar berkenaan, bahawa ahli Pas tidak mempunyai saraf otak sama dengan editor akhbar berkenaan. Kekuatan Pas bukan terletak kepada mana-mana pemimpin tetapi ia terletak kepasa idealisme politiknya yang mengambil Islam sebagai ideologi politik. Biarlah seribu orang pemimpin hebat pergi termasuk yang pandai lima bahasa atau tujuh bahasa, atau pun pengasasnya sendiri, Pas tidak akan mati dan terkubur selagi Islam adalah ideologinya. Pas telah membuktikan akan kekuatan dan keutuhannya.
Inilah bezanya dengan Umno yang mengambil nasionalis (kebangsaan) sebagai ideologi. Nasionalis bukan agama yang membawa kepada soal hidup dan mati. Nasionalis hanya membicarakan soal kepentingan duniawi saja tanpa ukhrawi. Nasionalis akan mati dan lenyap begitu saja bukan seperti agama yang terus hidup dan relevan sepanjang zaman dunia dan akhirat.
Sesetengah ahli Umno sendiri dan akhbar pendokong Umno tidak memahami bahawa nasionalis yang didokong Umno sejak tahun 1946 sudah pun tidak ada. Kemuncak kematian nasionalis di dalam Umno ialah apabila parti itu diharam tahun 1987. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah pun memasukkan ke lubang lahad Umno 46 dulu. Hari ini apa dipuja oleh ahli Umno itu hanya bangkai nasionalis semata-mata. Tetapi disebabkan terlalu taksub dengan Umno mereka merasakan Umno Baru adalah Umno lama.
Sewajarnya kalau editor politik akhbar berkenaan membaca dan menghayati sejarah ini. Perlu barang kali ahli sejarahan bukan termasuk ahli sejarah berbibir merah memberi penataan dan pendidikan sejarah kepada para editor politik akhbar PB itu biar mereka tahu hakikat dan makrifatnya tentang Umno.
Untuk mengharu birukan Pas dan menyokong Udin 2, habis semua orang ditemuramah dan ditanya pendapat dan komentar dari ahli Pas yang tertinggal seluar dalam sampailah kepada pemimpin Ngo yang mengelek skrul ijazah dan "mortarboard" semasa di tadika Kemas. Pensyarah politik yang digelar sebagai penganalisa politik juga turut sama ditanya walaupun pensyarah itu nama-nama parti dalam BN pun tidak dihafal semuanya.
Melucukan seorang pensyarah membuat andaian mengenai masa depan Udin 2 dalam Pas cerah. Katanya dengan wibawa dan ilmu yang Udin 2 milik beliau boleh kembali menjadi timbalan presiden semula. Iya, saya akui kalau presiden Pas ketika itu Hasan Akidah. Tetapi perlu diingat seperti dinyatakan di atas tadi ahli Pas sangat mengenali sosok-sosok atau peribadi yang boleh diangkat sebagai pemimpin. Ahli Pas sangat mementingkan soal keikhlasan, humble atau pun sifat merendah diri dan mudah didatang rakyat. Kalau seseorang itu ada segunung emas selaut ringgit sekalipun kalau mereka miskin dengan ciri-ciri dan sifat tadi mereka akan tidak dipedulikan. Ahli Pas tidak dapat menerima orang berjiwa kecil untuki menjadi murrabinya.
Akhbar itu juga melaporkan kononnya Nik Aziz kecewa dengan tindakan Majlis Syura Ulamak yang tidak menjadikan isu Udin 2 sebagai agenda mesyuarat. Kononnya sebab itu Nik Aziz pulang awal. Sekali lagi akhbar berkenaan membuat fitnah. Fitnah itu dihiasai dengan kononnya ia adalah cerita disampaikan oleh salah seorang ahli majlis syura. Tidak mungkin... dan ini fitanh kerana orang berjubah carik bukan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Ulamak. Dia hanya peminta sedekah di tangga-tangga pejabat menteri saja.
Ditegaskan usaha akhbar PB itu tidak akan berhasil meruntuhkan perpaduan dan kekuatan Pas. Sudah lama orang Pas menganggap ia bukan pencetus hati nurani untuk kebaikan rakyat, tetapi ia adalah penyalah api fitnah untuk memecahkan ummah dan agama. Orang Pas sudah lama berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan itu. Kejahatan akhbar berkenaan sudah dimamah dan ditelan... ia tidak boleh dipercayai. Orang Pas juga sudah membakarnya beberapa kali.
Jadi kepada akhbar berkenaan selamat meneruskan kerja jahat mereka sampai bila-bila pun. Bukankah syaitan itu berjanji dengan Tuhan dia akan melalukan pengkhianatan ke atas anak Adam (manusia) sampai ke hari kiamat? Jadi jangan hairan dengan kerja akhbar berkenaan, sebagai sebuah akhbar yang mengidolakan orang yang mengatakan "lebih baik berkawan dengan syaitan daripada malaikat" ia akan menjadikan amalan itu selagi ia tidak akan berkubur. [wm.kl.10:21 am 14/09/12]
No comments:
Post a Comment