Thursday, September 20, 2012

Setiausaha Politik Mustapa Mohamed Meninggal

KHABAR DUKACITA

Setiausaha Politik kepada  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed, Dr Azmi Setapa, 52 telah kembali ke Rahmatullah hari ini. Allahyarham ditemui dalam keadaan tidak bernafas di hotel penginapannya di Jalan Raja Laut awal pagi.

Allahyarham Azmi Seterpa.
Kematian Azmi itu disedari apabila beberapa panggilan telefon kawan-kawannya ke telefonnya tidak terjawab.

Menurut seorang rakannya yang membuat panggilan sekitar jam 2:00 hingga 4:20 pagi tidak terjawab menyebabkan timbul keraguan dan meminta bilik hotelnya di buka.

Menurutnya setelah dibuka didapati Allahyarham sudah tiada ada lagi dalam keadaan kedua belah tangan berada di atas dada.

Kematian Allahyarham disyaki kerana serangan jantung.

Jenazah Azmi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur lewat tengah tadi dan diterbangkan ke Kelantan dengan pesawat tentera untuk dikebumikan di sana kira-kira jam 3:00 petang.

Mustapa dan para pegawai MITI lain turut berada di bilik mayat HKL menunggu proses bedah siasat dijalankan, diantaranya Setiausaha Sulit Kanan Mustapa, Irwan yang juga kawan rapat Allahyarham menguruskan segala keperluan bagi memastikan urusan pembawaan pulang berjalan lancar.

Ramai rakan Allahyarham yang merupakan pemimpin politik Umno Kelantan datang untuk memberi penghormatan terakhir. Turut sama kelihatan Dr Wan Suhaimi Wan Daud Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Sobree Shafeei dan lain-lain.
Jenazah dimasukkan ke dalam van untuk di bawa ke airport.

Mustapa yang ditemui melahirkan rasa terkejut atas kehilangan setiausaha politiknya itu. Ketika menjenguk jenazah Azmi sebaik dibawa keluar dari bilik pembedahan kelihatan Mustapa tidak dapat menahan rasa pilu dan dukacitanya, menitiskan air mata.

Dr Azmi merupakan setiausaha politik Mustapa yang rajin dan senantiasa berada dalam kawasannya di Jeli. Beliau selalu berulang alik dari Jeli ke Kuala Lumpur. Menurut Mustapa beliau berada di pejabatnya di MITI dua hari dalam seminggu dan selebihnya berada di Jeli.

Mustapa ikut sama pulang untuk menghadiri upacara pengkebumian jenazah Azmi di Palekbang Tumpat di kampung halaman isteri Allahyarham. [wm.kl. 5:48 pm 20/09/12]

No comments: