Sunday, October 14, 2012

Kenapa Nampak Filem, Tak Nampak Kapal?

LINTAS MALAM                                                                                                                  

Bila klik video filem Innocence of Muslim yang menghina dan mengaibkan agama Islam ditaburkan dalam alam siber dan memasuki ke rumah kita sampai ke ruang dapur dan tandas, kita - orang Melayu Islam bangkit membantah. Kita semua mengecam pembikinan filem tersebut dan pengedarannya di ruang internet. Kononnya ia menghina dan mengaibkan kita.

Kamaruddin Jaaffar
Maka berdiri tegaplah para berjois dalam politik hendak menunjuk 'bengkeng' dan 'agah', mencaci dan menentang orang membikin filem berkenaan walaupun kita tidak pernah tahu apakah hujung pangkalnya. Berbagai sepanduk, stiker ditunjukkan bagi melahirkan api amarah jiwa yang 'murih'. Kita terikut-ikut dengan suara dunia yang turut mengecam filem berkenaan di mana mereka tahu akan hujung jatuhnya. Dunia yang mengecam filem itu ada justifikasinya sendiri.

Anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan bulu kepak baru hendak bersinar pun, baik dari dewan anak-anak muda atau kelab anak-anak muda nasionalis, turun melalak menjerit melaungkan kecaman ke atas Yahudi dan melaknatkan Amerika. Bukan main lagi mereka bertempik sampai tercabut serban dan songkok serta hingus sampai meleleh ke pipi dibiarkan atau ditelan dengan asin peluh. Tidak mengapa kerana aksi itu mengundang syahid kononnya.

Semua aksi itu untuk menunjuk kononnya akulah pejuang Islam dan sedia syahid demi Islam.

Dua kumpulan menjadi ketua kepada dewan budak-budak dan kelab anak-anak muda ikut sama mengambil bahagian. Mereka menujukkan kekuatan masing-masing berdasarkan jumlah yang hadir. Seorang melaung di Jalan Pekeliling berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat sementara satu lagi melalak di kawasan masjid Kampung Baru.

Saya bukan anti demostraai, saya juga pernah turun dan berpeluh pelai menyertai berdemoratsi. Bahkan lebih awal dari sesetengah mereka. Tetapi demonstrasi yang satu ini - menentang filem - saya merasakan tidak relevan kerana ia bukan ada kena mengena secara langsung dengan umat Islam negara ini. Betapa tuntutan dan desakan kerajaan UBN tidak boleh berbuat apa-apa. Bukankan itu satu perbuatan sia-sia? Jika dibandingkan dengan demonstrasi menuntut royalti minyak yang dianjurkan (R) jauh demonstrasi itu lebih 'auliya' dan perlu disokong.

Malangnya semasa demonstrasi 'R' di Shah Alam minggu lepas tidak kelihatan ketua dewan budak-budak di majlis berkenaan. Kenapa? Mungkin mereka mengira penghinaan kerajaan pusat ke atas Kelantan dengan menafikan royalti minyak sebagai tidak mengaibkan, bukan satu dosa yang perlu dibersihkan.

Kapal USS Gergoge Washington.
Di sini saya ingin bertanya kepada anak muda semua apakah kewajiban kalian hanya mempertahankan keteguhan dan kesucian akidah semata-mata tetapi tidak menjadi kewajiban mempertahankan keselamatan negara? Atau perkara-perkara lain dilihat lebih penting yang bukan atas kanta agama? Setahu saya soal keselamatan negara juga termasuk dalam kewajiban penting kalau tidak masakan ada hadith menyebut;  kasih kepada negara itu sebahagian daripada iman.

Saya merujuk perkara ini kepada kedatangan kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepaggar Sabah yang semacam tidak ada bantahan dari anak-anak muda Melayu Islam negara ini baik dari dewan budak-budak dan juga kelab kanak-kanak. Saya menanti-nanti mereka berarak dan menaikkan sepanduk di Pelabuhan Klang membantah pendaratan kapal yang mempunyai berbagai kapal perang itu. Apakah mereka tidak ada maklumat atau pun kesedaran bahaya dengan kedatangan kapal bernama USS George Washington itu.


Kapal perang berkenaan mempunyai 6,102 orang anak kakapal yang lengkap dengan 90 buah pesawat perang yang ada didalamnya. Kapal ini ialah kapal ke-6 dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak tahun 1992. Setengah kapal perang ini juga dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu.

Mungkin soal saiz dan kapastian itu tidak penting. Tetapi sejarah .. yang diciptanya cukup memilukan kita. Kapal ini dikatakan terlibat dalam membunuh lebih 50,000 semasa kapal ini digunakan menyerang Iraq dan Agfhanistan dalam pencerobohan dan perang Teluk.

Tanpa mempedulikan kecanggihan itu umat Islam negara ini sepatut sensitif dengan apa dilakukan kapal berkenaan. Namun malang, tidak ada mana-mana anak muda yang membuat apa-apa bantahan. Tidak ada perarakan di Pelabuhan Klang dan sedihnya ia seolah tidak disedari akan kehadiran kapal berkenaan. Apalkah kerana anak-anak muda kita 'keralikan' bermain dengan stiker, minum petang dengan artis, sepanduk mengutuk Israel dan Amerika dan sebagainya sehingga tidak nampak musuh menceroboh dapur rumah kita.

Saya tidak tahu apakah anak-anak muda politik tidak mengetahui akan hal ini. Apakah mereka tidak mengikuti perkembangan dan maklumat semasa. Kalaupun media penjilat buntut tidak menyiar atau pun mengulas akan bahaya pendaratan kapal itu, tetapi bukankah ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaaffar telah membawa usul persendirian di Parlimen untuk membincang perkara itu. Apa yang dibawa Kamaruddin itu sudah cukup memberi maklumat ataupun respons untuk bertindak ke atas kedatangan kapal puasaka berkenaan.

Sikap bisu atau kurang perihatin inilah menyebabkan timbul persoalan di kepala saya apakah pemuda termasuk pemuda Pas tidak melihat perkara ini satu kewajiban penting atau teralpa terhadapnya kerana obses soal akidah sehinggakan soal keselamatan dan ketahanan negara terabai. [wm.kl.8:29 pm 13/10/12]

1 comment:

Unknown said...

saya tertunggu tunggu isu ini, yes ! satu pandangan yang cukup bertenaga n baik dan saya amat menyokongnya.