Tuesday, October 9, 2012

Jangan Salahkan Shahnon

SENGGANG MALAM                                                                                                                     

Hendaknya semua pihak khasnya di dalam Pas mendengar dan menghayati sedalam-dalamnya pandangan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad berhubungan dengan beberapa isu yang cuba dibangkitkan oleh media PB yang cuba memerangkap Shahnon agar membuat kenyataan memburuk-burukkan Pas sebaliknya mengherokan Umno.

Shahnon Ahmad
Mengenai isu perpaduan beliau kesal kenapa Umno dan Pas tidak boleh bersatu sedangkan kedua-dua parti itu memperjuangkan Islam. Dia gembira kalau Umno dapat bergabung dengan Pas. Dalam interviu itu wartawan media PB cuba membentuk pemikiran Shahnon agar menyalahkan Pas berbaik dengan bukan Islam terutamanya DAP.

Kata Shahnon Rasulullah pun di zamannya dulu, baginda berbaik dengan orang kafir dan Yahudi. Pandangan itu bukan bermakna beliau menyalahkan Pas apabila parti itu berbaik dengan DAP. Cuma apa yang beliau harapkan Pas perlu memimpin dengan berdiri di atas kaki sendiri. Pandangan penulis novel Shit itu mungkin boleh diterima sebagai ia satu pandangan sihat sekiranya realiti politik negara ini tidak seperti hari ini.

Di dalam kenyataan Shahnon yang disiarkan di tv itu tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa dan harus menerima apa yang diucapkan itu sebagai satu nasihat dan sebagai pandangan dari seorang tua yang berimaginasi untuk perpaduan dan kesejahtraan kaumnya di hujung rahsia dan sudah kehabisan tenaga tanpa melihat kepada realiti semasa.

Mengenai pertanyaan ikhlas dan jujur Shahnon kepada Anwar, apakah bekas timbalan perdana menteri benar melakukan liwat, ia cuba hendak dieksploitasikan oleh media PB untuk memburukkan Anwar. Apabila Shahnon mengatakan Anwar menangis ketika beliau bertanyan hal itu, tagisan Anwar itu bukan boleh disimpulkan beliau melakukan liwat tetapi boleh jadi terlalu sedih kerana tuduhan yang amat busuk itu.

Kepada semua pemimpin usah pedulikan atau memberi apa-apa reaksi terhadap kenaytaan Shahnon itu. Beliau juga mungkin sedia mengadaikan masa tidurnya untuk diinterviu oleh meida PB kerana kurang acap pemimpin dan penyokong Pas mengunjunginya di kediamannya. Orang tua seperti beliau yang pernah hidup menjulang rasa dan perasaan akan merasa sepi kalau tidak diajak berbual dan bercakap-cakap mengenai musim silam. [wm.kl.8:50 pm 09/10/12]

6 comments:

rekoder said...

tunggul -tunggul yang gerigis....apabila dimamah usia orang akan ketepikan ..itu lumrah hidup ini.Nasib kita tak diketahui bagaimana!

blog usang said...

assalamualaikum..


setiap hari saya singgah sini dan baca hasil tulisan tuan.entri yg sungguh buat saya teruja, terbuka minda sekali saya membacanya..

terima kasih dan teruskan menulis dengan kupasan2 politik yg sungguh bernas untuk semua tatapan pembaca....

semoga Allah SWT memberi rahmat pada tuan dan keluarga..Aamin...

sizzly7761 said...

Rupanya sikap lupakan orang lama dan tua ni bukan hinggap kat UMNO saja tapi PAS pun sama juga! Tak peliklah kalau SN Shahnon terasa tidak dihargai lantas mencari medium untuk menyedarkan kelompok PAS yang sibuk kejar jawatan,pangkat dan harta hingga terlupa menziarahi yang lama,tua dan uzur yang afdal diutamakan! Kalau Tokguru MB Kelantan pun jarang diziarahi waktu uzur...inikan pula SN Shahnon! Kepada pemimpin PAS 'practice what you preach! Jangan tiru kelaku UMNO yang sering jadikan orang lama yang berjasa spt Quran buruk! Sendri mau ingatla!

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Dalam isu ini saya tertarik dengan Mahathir. Masa dia dipanggil "nyanyok" oleh salah seorang MP DAP tak nak pula dia komen Tapi dengan Prof. Shahnon sekonyong-konyong banyak pula cakap dia.

Apa pun memang jahat TV3 ni, tindakan mereka langsung tak ada belas kasihan walau pun terhadap seorang yang sudah tua.

Insya Allah, hidup tak pernah berhenti dan giliran mereka akan sampai juga.

wonder why said...

Sudah menjadi Budaya TV 3/4 DAN Utusex malaysia, siarakan kenyataan orang yang sudah nyanok dalam berita utama dan muka depan akbar. Specis Bangsat di bawah pemerintah Baura Nasional.

ymd said...

shanon menyesal ke bersama2 berjuang dgn pas...

harap kita jgn mengajok.beliau nyanyok atau apa2...

beliau mungkin tak tahu pas dan pkr pun sedang lakukan..maslahat siasah..
dap tu akan jadi mcm mic bn sajalah..kita bukan nak dengar sgt pun dap ni...kita maslahat la datok shanon oii