Friday, October 19, 2012

Saifuddin Tidak Perlu Peduli Kepada Kritikan Serigala

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                  

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Saifuddin Abdullah tidak perlu melayan kritikan-kritikan dan sindiran sinis yang dilemparkan kepada beliau kerana ingin cuba membawa politik baru yang lebih matang dan bersikap profesional. Ahli Parlimen Termerloh itu juga tidak perlu merasa takut dan surut ke belakang dari mempertahankan prinsip politiknya diketengahkan. 
Saifuddin: NTidak perlu layan.

Hanya segelintir manusia yang jumud atau pun tidak mempunyai kemuliaan diri saja akan mengkritik dan mempersoalkan kesetiaan Saifuddin di dalam Umno. Cara mereka berpolitik itu jauh lebih rendah daripada corak pemikiran Saifuddin yang mementingkan politik matang, ke depan (berpandangan jauh) dan dinamik.

Kepada saya sesetengah yang mengkirtik Saifuddin itu berlagak besar konon merekalah pejuang Umno padahal pada satu masa mereka merupakan orang yang kencing Umno sambil berlari kerana mendokong Anwar Ibrahim. Mereka adalah pencari makanan jalan dan juga serigala yang menyamun untuk mengenyangkan perut sendiri. Orang seperti ini beridealismekan perut bukan ada gagasan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Mereka akan mendahulukan perut. Perutisme bukan petriotisme.

Diharap Saifuddin teruskan dengan nawaitu dan gaya politik barunya iaini berkata benar sekiranya sesuatu itu benar dan sedia untuk mengatakan salah jika ia salah. Jangan sesekali mencampur adukan soal sentimen peribadi dengan perjuangan parti. Stail dan amalan politik Umno sejak lebih 50 tahun sudah tidak popular lagi dan lebih malangnya ia akan meruntuhkan Umno secara perlahan.

Apa yang hendak dibawa oleh Saifuddin menerusi pendekatan dan gaya politik baru ialah meninggalkan faham kolot dalam berpolitik selama ini, di mana orang politik suka bergaduh soal-soal remeh temeh dan meninggalkan soal pokok. Bagai Saifuddin sebagai anak muda yang intelektual tentu tidak mahu lihat bangsanya membuang masa atau pun membasir dengan politik yang tidak membangun itu.

Sudah lebih 50 tahun merdeka dan Umno menguasai kerajaan, apakah patut kalau politik menegakkan benang basah, politik tidak boleh mengkritik diri sendiri terus diamalkan. Saya rasa Saifuddin tidak akan menghadapi apa-apa kerugian kalau beliau dihadang mengambil sikap politik terbuka dan rasional, tetapi yang ruginya Umno juga? Sementara kepada Saifuddin sebagai orang yang cuba meneroka sesuatu yang baru beliau kena sedia menghadapi apa saja termasuk dari kumpulan serigala lapar yang selalu menyengih taring dalam Umno itu.

Apa disuarakan Saifuddin dengan menimbulkan isu Soros yang dimainkan Umno untuk mengenakan oposisi dan juga isu mengganggu ngo pejuang hak asasi, Suaram (Suara Rakyat Malaysia) adalah sesuatu yang tepat. Sebagai seorang yang mahu mewaraskan politik negara isu-isu yang berbau resis sebegitu perlulah dibawa keluar dan itulah apa yang dipraktikkan oleh Saifuddin.

Mereka yang menuduh beliau makan keliling dan tidak yakin dengan Umno adalah mereka yang bukan saja pendek tubuh badan tetapi otak juga kemetot. Kalaulah Najib mendengar kritikan dan pandangan orang sebegini Najib juga kelak akan lemas dalam botol. Juga tidak mustahil Najib akan sentiasa dihanyir oleh najis serigala lapar.

Kalau mereka tidak otak pendek mereka tidak akan cuba menyusahkan Saifuddin sebalik akan menyanjung kalaupun sukar untuk mengamalkan kerana daya fikiran mereka kita tidak ianya tidak sedalam mana. Kepada Saifuddin syabas diucapkan dan saudara tidak perlu mengaku kalah kepada orang yang lantang cakap tetapi akalnya sebenar tidak seberapa. [wm.kl.12:36 t/hari 19/10/12]

3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Dalam konteks sebuah negara berdemokrasi yang mengiktaraf peranan kerajaan dan pembangkang, tokoh-tokoh seperti Saifudin ini amat diperlukan oleh rakyat dan parti yang dianggotainya.

Bagi saya, orang seperti beliau boleh berjaya walau menganggotai apa parti sekali pun. Yang penting bukan parti mana yang dianggotai beliau tetapi kemampuan beliau untuk kekal dengan prinsip dan idealisma yang dipegang. Ketokohan beliau akan lebih terserlah sekiranya beliau mampu merubah pemikiran ahli-ahli UMNO dari cara berpolitik sekarang yang hilang nilai budaya dan tamadun kepada sebuah politik matang dan responsif.

Saya kira beliau tak payah memperdulikan pelawaan rakan-rakan beliau dalam PKR atau PAS (melainkan menyertai PAS kerana kepantingan aqidah) kerana UMNO amat memerlukan kepimpinan beliau.

Ketika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan nanti, kita amat memerlukan UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang construktif, dan realistik dan orang-orang seperti Saifudin inilah yang mampu membina keadaan itu. Sekiranya Saifudin meniggalkan UMNO maka siapa yang akan menjadi pembangkang yang berperanan membantu Pakatan Rakyat dalam membina negara Malaysia baru.

Hakikatnya, Pemimpin-pemimpin UMNO yang duduk dalam kabinet sekarang adalah hampasyang sudah tidak ada nilai dalam sistem demokrasi negara ini dan tak mungkin mampu berperanan sebagai pembangkang yang baik dalam parlimen dan DUN dengan merekalah yang sebenarnya bertanggung jawab menjahanamkan UMNO dan beban memulihkannya kini terbeban atas bahu orang seperti Saifidin.

NYAMUK MENGGIGIT said...

Upaya UMNO berpolitik boleh dilihat apabila SUKAR menerima pemikiran manusia yg bergelar Saifudin. Otak2 yg mengungguli UMNO adalah otak2 yg merencanakan perompakkan harta negara dan bukannya KEPALA OTAk yg ingin melihat masyarakat Malaysia dicernakan daya pemikiran secara TELUS dan bersifat terbuka dalam politik.

Mereka yang mengunguli UMNO akan GEMENTAR dan tidak senang duduk dengan tuan tubuh yang bergelar Saifuddin kerana mereka sedar KILAUANnya memedihkan dan bakal menyempitkan tombolok mereka2 yg telah tersedia dgn dunia kerakusan. Pengunggul UMNO masih lagi menganggap BUDAYA politik kuno patut dikekalkan dan BUDAYA seta CORAK [politik saifuddin tidak boleh diterima walhal KECERDIKKAN rakyat telah lama mempraktikkan corak politik seperti Saifudin amalkan. Mereka lebih senang dgn KEBODOHAN politik Hassan bin ALI dan otak macam IBRAHIM bin ali,agar apabila ada org bodoh sebegini,mereka biarkan sibodoh dan sitolol menyalak dan mereka menyaring hARTA negara!

Unknown said...

Salam kepada semua, saya amat kagum dengan cara berfikir YB saifudin dalam isu Soros & SUARAM. Baru dia seorang politikus dalam BN/UMNO yang nampak berusaha untuk mengamalkan politik yang lebih ikhlas dan jujur serta bersikap berani kerana benar. Saya percaya bahawa YB Saifudin, berfikiran halus, teliti dan murni berdasarkan pendapat beliau tentang isu-isu itu. Beliau tidak terpengaruh & terikut-ikut dengan cara rakan-rakannya berpolitik dengan menggunakan isu-isu negatif yang dikaitkan dengan pembangkan. YB Saifudin mengerti bahawa rakyat Malaysia pada masa ini (sejak 2008-seterusnya)sudah cendekia, rasional, kritis, kreatif & bertamadun (kecuali segelintir), jadi rakyat Malaysia tidak dapat lagi diperbodoh-bodohkan (kecuali segelintir). Saya berdoa agar YB Saifudin terus menegakkan politik yang jujur dan ikhlas dan benar-benar berjuang untuk kesejahteraan rakyat dengan cara yang berlandaskan "Hablumminallah & hamlumminannas", Insya Allah.