Wednesday, October 10, 2012

Pandangan Tepat Oleh Tuan Ibrahim

ULASAN ISU                                                                                                                         

Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.
Tuan Ibrahim: Tidak pelik.

Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu.

Umnop telah mengguakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR.

Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri.

Ulasan Tuan Ibrahim, Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya.

Orang menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

Orang yang menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia seperti Mahathir yang serba tahu!

Hal itu juga dipraktikan oleh Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad.

Hanya hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun, Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha...

Justeru pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno?
 Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh.

Pada saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik sebegini adalah politik belum baligh.

Saya tidak fikir bekas timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi ini politik belum baligh atau belum datang haid.

Ini jelas perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya.

Saya juga bersetujuan dengan pandangan Tuan Ibrahim dalam saat menjelang pilihan raya berbagai pihak akan memainkan peranan masing-masing (setelah mendapat upah dan jaminan) berusaha untuk melihatakan Pas tidak sefahaman dengan rakan-rakan pakatan mereka PKR dan DAP. Justeru rakyat umum hendaknya memerhati sebagaik mungkin setiap isu ataupun kenyataan-kenyataan 'gelenger' yang dikeluarkan oleh orang politik tanpa mengira kaum, kelulusan dan parti. [wm.kl.1:19 t/hari 10/10/12]

6 comments:

KembaraWanKembang said...

Saya yakin dengan apa yang diucapkan Tuan Man.. kalau PAS benar gila kuasa, sudah lama PAS boleh buat sedemikian, dengan menyertai BN pada 2008 yang lalu, ramai MP PAS sudah boleh menjawat menteri (sudah tentu termasuk mantan Timb. Presiden!) dan banyak jawatan2, projek2 kerajaan persekutuan yang boleh dianugerah kepada PAS... saya yakin apa yang dilakukan PAS sekarang adalah demi kemaslahatan umum untuk jangka masa panjang dan tidak gelojoh kuasa... PAS perlu awasi pengacau'pengacau menjelang PRU 13 (saya cadang elok pecat saja)

Sangkakala said...

Jika UMNO mengatakan DAP menolak islam dan menentang Hudud manakala mereka sendiri menerima islam dan hudud.. mengapa tidak UMNO saja dibubarkan dan sama-sama menyertai saf PAS?

amboi said...

Nampak macam serupa dengan pandangan pemimpin umno. Dulu umno tidak perasan bahawa Penang di perintah oeh cina tetapi bila LGE menjadi KM barulah umno perasan yang LGE itu cina..macam serupa dengan bekas timbalan presiden PAS

abu muaz said...

jangan beri walau seteguk air .... kalau beri umno gagoh pulok ...

ni giliran PAS jual mahal

joe penang said...

Xde ke sesapa yg boleh sound U Nasha. Jangan keluaq kenyataan yg damagekan parti.
Nak kuaq juga boleh. Sila keluar dr Majlis Syura. Mana yg tak puas hati bincang la dlm.
Peliknya ada gak pimpinan lain yang sokong..

ymd said...

ust nasha tu siapa sebenarnya
dia main plot politik apa..

kena pendalam perhalus sket..

sekali pandang mcm tu lah

dlm poket notebook dia..

what 's the plan..inilah yg munskilnya