Tuesday, October 16, 2012

Shahnon Kasi Musuh Pas Kontoi

MENGHENING KERUH                                                                                                                                                             
Masa Pak Shahnon Ahmad keluar dalam sebuah telivesyen (tv) penjilat buntut, yang kononnya melahirkan rasa kesal dengan Pas yang berkawan dengan DAP dan takut kepada parti Cina itu, saya terus membuat catatan di dalam blog menjelaskan apa sebenar yang berlaku dari pengamatan saya. Tujuannya supaya tidak ada yang 'terbolah' terus marahkan Shahnon dengan laporan berkenaan yang jelas berunsur jahat dan khianat.

Laporan penjelasan Shahnon yang dipetik.
Saya mengamati butiran kata-kata Shahnon dan melihat mimik wajahnya semasa bercakap dan disuluh oleh camera tv berkenaan. Saya amat dan depnuh cermat.

Sebagai orang yang ada sedikit ilmu dalam bidang wartawan, dan juga memahami ilmu dan keadah puter belit (spin) saya menasihat orang Pas agar jangan tidak marah kepada Shahnon. Saya sudah mengagak bahawa bukan semua yang Shahnon ucapan disiar oleh tv berkenaan dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Saya yakin beliau ikhlas ketika mengeluarkan pendapatnya itu.

Saya juga ada masuk tv beberapa kali dan menghadapi masalah sama. Saya faham sangat dengan perangai tv atau media Malaysia yang tidak bersikap profesional dan menjadi pentaksub melampau kepada pihak tertentu. Mereka akan eksploikan apa saja asalnya boleh menggembirakan hati taukeh mereka. Sikap inilah menyebabkan bergemanya laungan mengatakan media negara ini tidak bebas dan telus.

Saya tidak marah kalau setiap kali saya keluar dalam tv ada orang akan marah dan sinis kepada saya, kerana apa yang disunting oleh tv itu ... adalah berat sebelah manakala di pihak lain pula melihat kita cuba memburukkan mereha. Nah begitulah apa yang terjadi dengan Shahnon itu. Risiko bercakap di dalam tv Malaysia besar sebenarnya kerana kita akan dicemuh dan diprejudis kedua mesej yang kita hendak sampaikan itu akan diputar belit.

Apa yang saya fikirkan mengenai apa dihadapi Shahnon  itu ternyata benar. Shahnon tidak bermaksud seperti mana disebarkan tv itu apabila beliau mengkritik Pas yang berbaik dengan DAp dan tidak berbaik dengan Umno. Shahnon bercakap sebenarnya atas garisan tengah sebagai seorang pemerhati didalam Pas dan juga sasterawan yang meletakkan hayat kepada Pas. Beliau bukan bercakap sebagai politician Pas kerana kalau itu keseluruhan dia cakap, bicaranya tidak akan dipancar dalam tv.

Teguran dan kebimbangan Shahnon kepada Pas saya setuju. Sebagai seorang Islam yang melihat Pas parti yang boleh diharapkan memperjuangkan Islam perlulah dipastikan agar ia tidak hanyut dengan angan-angan lain yang menmyimpang dari maksud asal penubuhannya. Shanon berkata begitu kerana sayang dan cintanya kepada Pas. Tetapi menjadi masalah apabila tv membuat jahat.

Penjelasan Shahnon kepada setiausaha Dewan Ulamak Pas,  Dr Khairuddin A Razali sewaktu mengadaklan lawatan mahabbah ke atas bekas Ahli Parlimen Sik itu menjelaskan apa perkara yang sebenarnya. Seperti laporan dipetik Shahnon mengakui yang dia masih sayangkan kepada Pas dan menyokong perjuangan Pas dibawah ulamak.

Beliau juga juga yakin dengan tahaaluf siaysi (kerjasama politik) antara tiga buah parti Pas, PKR dan DAP serta hakikat wajah dan bentuk politik Malaysia. Merujakan lagi Shahnon juga dipetik sebagai menaruh keyakinan kerjasama dan persepakatan itu mampu menumbangkan kerajaan UBN.

"Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, Insya Allah menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.


Shahnon juga mempercayai yang Umno tidak yakin dengan al Quran dan Hadith.

"Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” begitulah ujar beliau dipetik dari laporan itu.

Dalam pada itu beliau mencadangkan mereka yang ragu atau tidak faham dengan pendirian dan perjuangannya bersama Pas agar membaca buku bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik.

Dengan penjelasan Shahnon berhubung laporan itu akan dapat menghapuskan keraguan dan juga rasa terkilan kepadanya ekoran laporan tv PB itu. Dan kepada Shahnon kalau beliau ingin menegur atau membuat kritikan kepada partinya, beliau mungkin boleh menggunakan media parti itu sendiri ataupun menerusi catatan dalam blognya atau blog-blong rakan sepejuangan.

Elok juga saat menjelang pilihan raya dimana kemampatan hubungan dan kerjasama ketiga-tiga buah parti itu diperlukan, segala kenyataan dan kritikan yang boleh menjadi kontroversi dan dijadikan modal murah pihak UBN dihentikan.

Saya percaya penjelasan Shahnon itu menyebabkan musuh Pas akan kontoi dan tv yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat itu patut memohon maaf kepada Shahnon khasnya, kalau malu untuk membuat secara terbuka, pohon maaflah dalam doa. [wm.kl. 7:45 am 16/10/12]

1 comment:

Unknown said...

Dan juga ingatan kepada kepimpinan PAS sedia ada agar jangan meminggirkan golongan2 veteren seperti Shahnon ini. Bukan sekadar menjengah bila mereka bikin ribut pada media, ketika sakit atau ketika sudah kaku tak bernyawa.