Thursday, October 4, 2012

Nak Disebut Naik Birat, Dikenang Ketawa Sendiri

ULSASAN                                                                                                                             

Bukan dengki dan bukan juga hendak khianati. Apa yang diperkatakan kerana ia agak ganjil dan luar biasa dan jarang-jarang terbuat dan berlaku dalam kehidupan orang lain. Begitulah yang dapat difahami dari majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menjadi buah mulut dan percakapan umum kini. Bukan kerana Ali terus mempertahankan adat dan budaya Melayu yang berunsur hindu itu, tetapi apa dipersoalkan mengenai kegahan kenduri berkenaan.

Kenduri perkahwinan anak Ali yang kontroversi.
Apabila dianggarkan lebih 100,000 tetamu yang hadir kenduri itu besar dan ia tentulah melibatkan kos perbelanjaannya besar. Majlis itu juga mengalahkan majlis kenduri kahwin anak raja-raja Melayu baik sebelum merdeka maupun pasca merdeka. Soal di mana Ali dapat duit dan hendak belanjakan itu soalnya. Tetapi apa yang menjadi persoalan dan kemusykilannya kenapa ia membabitkan agensi kerajaan dan kakitangan awam juga dikerah bagi menguruskannya. Itulah yang tidak menyenangkan dan satu kemungkaran?

Seperti mana dakwa Mahfuz Omar majlis perkahwinan anak Ali itu dibincang dalam mesyuarat sebuah perbadanan negeri Melaka. Dakwa Mahfuz majlis kenduri itu dibincang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Perkara ini terbongkor apabila minit mesyuaratnya tercicir kepada media massa. Apakah keperluan dan ada peruntukan untuk perbadanan berkenaan menguruskan majlis perkahwinan itu? Bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa?

Kalau kenduri itu diuruskan sendiri oleh pihak Ali dan keluarganya ataupun keluaga Umno tanpa membabitkan kakitangan kerajaan dan sebuah perbadanan tidak menjadi masalah. Ali boleh berbelanja berapa juta ringgit pun untuk kenduri itu kerana dunia Umno mengetahui siapa dia Ali. Ali ialah ketua menteri Melaka yang dunia semua tahu bagaimana hebat dan kayanya sesiapa yang menjadi ketua menteri Melaka bermula era Mahathir.

Misalnya orang juga tahu bagaimana bekas KM, Rahim Tamby Chik mempunyai aset dan wang ratusan juta. Jadi tidak pelik kalau Ali juga kaya atau kekayaannya melebihi kekayaan Rahim Tamby Chik.  Kalaupun bekas KM Melaka yang tidak kaya ialah Encik Ghabar Baba atau Allahryaham Mohd Zain.

Ali juga adalah bekas calon timbalan presiden yang dibatalkan pertandingannya kerana terbabit dengan rasuah?  Faham-fahamlah sendiri. Rasuah boleh dilakukan oleh mereka mempunyai wang untuk mendapat sesuatu seperti kedudukan dan pangkat. Dan rasuah juga berlaku kepada mereka yang lemah iman atau tidak mempercayai adanya yaumi masyhar.

Cerita pagi ini

Pagi ini saya tidak mahu bercerita panjang soal Ali Rustam dengan majlis kenduri kahwin anaknya yang kononya majlis itu mencerminkan sokongan padu rakyat Melaka kepada Ali dan juga UBN. Wajarlah kalau rakyat Melaka menyokong BN sampai ke mati kerana negeri itu tidak ada raja di mana mereka berajakan kepada UBN. Adat istiadat UBN berbeza dengan adat istiadat dan resam orang Melayu. Tidak menghairankan. Namun dalam pada itu terdapat juga segolong rakyat negeri cancaluk itu yang sudah berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Kenduri kahwin anak Ali itu tidak dapat lari dari ianya bermatlamat politik. Ali sangat mengharapkan sambutan meriah itu untuk difahami oleh pihak atasan. Kononnya beliau masih popular dan mendapat kepercayaan rakyat. Mungkin juga apa tertusuk dari kenduri itu ia akan menjadi legasi kepada Ali yang mungkin selepas ini tidak lagi menjadi KM Melaka. Jadi sebagai pegakhiran khidmat dan meraikan rakyat Ali adakan kenduri itu dengan kepastian ianya meriah dan hebat.

Apa yang saya hendak bawa dalam ulasan pagi ini ialah mengenai sebuah lagi kenduri kahwin politik yang bakal diadakan. Kita mahu tengok apa akan terjadi kepada kenduri kahwin yang satu ini. Apakah ianya sehebat kenduri kahwin anak Ali atau pun lebih hebat ataupun tidak diadakan langsung? Logiknya dan kalau mengikut aliran nafsu kenduri kahwin yang satu ini akan lebih hebat dan gah lagi dari kenduri kahwin anak Ali itu.

Masalahnya apakah kenduri kahwin itu sempat diadakan? Ini satu tanda tanya yang boleh kita sama-sama bayangkan. Kenduri kahwin yang dimaksudkan itu ialah kenduri kahwin anak perdana menteri dengan isteri baru, Rosmah Mansor. Anaknya akan berkahwin dengan anak seorang raja dari Kazakstan. 


Majlis pertunangan anak Najib ini sudah pun diadakan secara eksklusif di mana hanya kerabat-kerabat terdekat dan kerabat raja di undang. Kalau majlis pertunangan sudah hebat dan gah pastilah majlis kenduri - naik pelamin lagi hebat. Apa lagi nama anak perdana menteri dengan bini baru, lagi hebatlah. Kalau anak Ali diarak dengan beca roda tiga, tentulah anak Rosmah akan diarak menaiki gajah putih bunting sulung.

Rakyat sudah mengenali citarasa dan nafsu besar Rosmah bin Mansor. Kehebatan kenduri Ali itu mencabar Rosmah dan seterusnya akan mencabar Najib. Sudah pasti Rosmah mahukan nilai kenduri itu lebih mahal dari nilai perkahwinan anak Ali. Rosmah tidak perlu kepada jumlah tetamu 100 ribu tetapi cukup dua tiga ratus sahaja tetapi yang penting harga kenduri itu mahal. Yang hadirnya pembesar seluruh negara dan raja-raja Melayu. Dalam soal ini kuaniti tetamu tidak penting tetapi kualiti (price) kenduri itu penting.

Sebagai isteri perdana menteri Rosmah boleh menarik seberapa banyak wang untuk majlis itu kelak. Selagi dia bergelar Wanita Pertama yang beliau nobatkan ke atas dirinya sendiri, wang akan sampai. Rosmah tidak perlu memecah tabungnya peribadinya yang dibuka sedari kecil, tetapi cukup beliau berdaham sahaja. Kalau sebuah perbadanan dikatakan boleh menguruskan perkahwinan anak seorang ketua menteri, perkahwinan anak Rosmah tentulah ada pihak agensi atau GLC lebih besar dari itu.

Sebelum ini pun majlis klenduri perkahwinan anak perdana menteri itu katanya sudah diurus bayar (sekruang-kurangnya bil dialamatkan ke Jabatan Perdana Menteri), apakah mustahilnya kalau untuk majlis perkahwinan nanti Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan menguruskannya. Mungkin Mohamad Nor Yaacob boleh dipanggil menjadi bendahara ... bendehara gat zaman moden ini menteri kewangan lah... bagi membincang dari mana dan berapa banyak wang hendak diadakan.

Zahid Hamidi dan Hishmuddin Hussein pula boleh memastikan lalu lintas udara dan darat serta laut berjalan lancar untuk upacara itu. Zahid boleh arah satu paltun askar untuk menjaga keselamnatan manakala Hishamuddin boleh arahkan Ketua Polis Negara memberi sekian banyak anggota polis lalu lintas dan juga FRU untuk mengawal majlis berkenaan. FRU boleh menjamin agar tidak ada gangguan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM) ataupun dari warga Rupblik Bangsar dari membuat kacua ganggu majlis berkenaan.

Pendeknya selagi kuasa masih berada di tangan dan rakyat berada di hujung kuku kaki, Rosmah dan Najib boleh lalukan apa-apa sahaja. Kalau Ali Rustam hanya sebagai seorang ketua menteri sebesar dua belah telapak tangan boleh berbuat begitu mengapa tidak dengan Najib yang menguasai sebuah negara bernama Malaysia?

Cuma saya hendak ingatkan Rosmah dan Najib disini kalau diadakan majlis kenduri perdana itu nanti jangan lupa ajak sama Hasan Akidah untuk menjadi tukang pantun manakala Nasharudin Mat Isa sebagai pembaca doa. Jangan lupa ini. Hasan Akidah yang petah dengan motivasi akan dapat mengarang pantun-pantun yanh indah dan gah memuji pengantin dan juga ibu pengantin.

Misalnya begini; Membina rumah tanpa andang, Daun jendela kayu meranti; Puan Rosmah wanita budiman, Menjadi raja ditahkta Perdana Menteri.

Manakala Nasharudin pula yang fasik dalam bahasa Arab termasuk Arab Mesir, Iran, Irak, Arab Saudi dan segala macam boleh membaca doa-doa indah dan mengasyikkan.  Kalaulah mereka tercicir dari senarai jemputan orang-orang besar maka kempunan dan hinalah mereka dalam martabat bangsa politik negara ini.

Persoalannya kini apakah kenduri kahwin itu akan diadakan atau lebih tepat lagi sempatkah ianya diadakan? Inilah merisaukan Rosmah dan juga pemerhati politik yang mahu melihat peristiwa  itu berlaku.  Kebimbangan inilah mengaru-garu kepala Rosmah. Melihat kepada masa depan UBN yang suram temaram menyebabkan Rosmah mungkin bimbang takut kenduri itu tidak sempat diadakan di masa dia berada di takhta kekuasaan hari ini. Manakala untuk menyegerakan pula kenduri yang besar-besaran itu bimbang ia akan dijadikan isu dalam pilihan raya akan datang.

Sekiranya UBN sudah tidak berkuasa dan Najib sudah tidak menjadi perdana menteri (tidak makan telor) sudah pastilah kenduri yang gah diharapkan itu tidak akan menjadi lagi. Hari ini Rosmah sedar kenapa rakyat (Umno) menghormatinya dan suaminya bukan lain melainkan kerana jawatan PM itu. Apabila sesudah tidak menjadi PM, nescaya mereka tidak akan disebut-sebut lagi. Bak kata bidalan saya, kalau sebut mulut naik birat, jika diingat akan tertawa sendiri. Ah... Mat Maslan tentu faham bidalan saya, sebab Mat Said sakit telinga. [wm.kl.11:56 am 04/10/12]
Post a Comment