MELEPAS RASA
Catatan ini dalam bahasa politik menggunakan laras politik, pendekatan politik dan minda politik. Ia bukan dari luar kerangka politik apa lagi fanatik agama semata-mata. Ingat dan faham ini! Jangan keliru dan menuduh yang bukan-bukan kepada saya.
Saya mulakan... saya konfius dan sesekali kesal dengan cara Dewan Pemuda Pas berpolitik dan cara mereka berfikir. Saya keliru dan berasa asing di tengah batas agama dan politik kumpulan ini. Konfius kerana mereka berada dalam lingkaran politik tetapi ada kalanya dangkal mengenai politik dan menunjukkan sikap 'juios' kepada politik moden dianuti partinya.
Rasa kesal dan tidak faham ini, saya lihat kepada beberapa tindak balas dan kenyataan politik yang dibuat oleh dewan itu yang begitu kontras dengan stail dan amalan politik sekular. Terbaru saya ambil sikap dan stand Ketua Dewan Pemuda Pas Nasarudin Hassan yang juga memancarkan keseluruan pendirian dan sikap dewan berkenaan.
Sekali rasa saya nampak dewan ini seprerti dalam keadaan serba salah ataupun delima dengan apa yang berlaku. Ini menyebabkan nafas politik mereka seakan semput. Mereka dilihat tiada fokus politik nasional dan kelihatan seperti terasing dari arus perdana politik Pakatan Rakyat.
Nasrudin dalam kenyatana terbaru seperti mana disiarkan portal Harakahdaily menyokong penuh pendirian timbalan mursyidul Am Pas, Dr Haron Din berhubung dengan sikap dan pendirian Dr Haron Din bahawa teras utama dalam perjuangan ialah Islam. Saya rasa kenyataan ini dilepaskan ke dalam blognya yang sudah pasti selepas ini akan dikutip dan dieksploitasikan oleh Utusan Melayu... (cis) sehingga menjadikan orang bengong selepas ini.
Kalau bukan kerana diasak satu perasaan Nasarudin tidak perlu menyokong kenyataan dan pendirian Haron Din itu. Apa lagi pendirian itu hanya dipetik oleh orang yang kini kononnya untuk menyelamatkan Pas sedang dirinya sendiri sudah tidak selamat dan sudah mulai bertukar atau 'semabur' mata di antara songkok dengan kopiah.
Nasarudin merujuk kepada bidasan Haron Din kepada Mubasyar Jawid Akbar seorang penulis berbangsa Pakistan (kalau tak silap) yang mengatakan Islam hanya untuk menjalinkan persaudaraan dan bukan menubuh sebuah negara Islam. Kononnya pendirian penulis itu sebagai tidak yakin dengan Islam boleh membentuk sebuah negara?
Reaksi Nasrudidn ini orang faham ia ada sangkut paut dengan kenyataan orang senama dengannya, tetapi ejaan berlainan, bekas timbalan presiden Pas yang mengkritik Anwar Ibrahim dengan mengambil petikan Dr Haron Din itu. Kononnya Anwar melancar buku Mubasyar itu yang merupakan seorang penerima fahaman pluralisme.
Nasarudin boleh saja bingkas menyokong pandangan Haron Din itu kalau Haron din sendiri membuat kenyataan jelas dan terbuka. Apa yang dipetik oleh bekas timbalan presiden yang kecewa itu mungkin ketika cakap-cakap beliau sambil minum kopi dengan Haron Din. Adalah dangkal untuk Haron Din berbuat demikian kerana ia boleh memberi natijah buruk terhadap hubungan rakan-rakannya dalam Pas dengan Anwar.
Apa yang saya tidak faham dan pelik kenapakah perkara itu dibangkit dan didominasikan pada saat pilihan raya hendak diadakan. Tidakkah Nasharuddin atau sesiapa yang sebaya dan sekolam pemikiran dengannya faham akan implikasi kenyataan sebegitu. Di dalam politik seseorang harus bijak, dan kebijaksanaan itu tidak perlu ditonjolkan. Begitu juga seorang ahli agama walaupun dia serba alim, tetapi ada kalanya kealiman itu tidak perlu ditonjolkan sehingga mendatang riak dan ujud. Di sinilah saya merasakan politik dewan pemuda politik kebudak-budakkan yang separuh baligh.
Dewan ini juga tidak faham politik sekular dan berada dalam keadaan serba salah. Kalau mereka ikhlas untuk menolak politik sekular mereka tidak perlu berada di bawah payung Pas lagi. Mereka seharusnya berpisah atau mufarakah dengan Pas. Apakah 'persubahatan' boleh dimaafkan?
Fatanah yang menjadi satu ciri dan sifat untuk menjadi pemimpin perlu ditafsirkan dengan penuh bijaksana dan fatanah juga. Dalam saat berdepan dengan musuh, seharusnya kenyataan yang boleh dipetik musuh untuk dijadikan peluru membunuh kita, bagi saya tidak fatahan.
Saya juga jadi bengong memikirkan kefatanahan politik dewan pemuda Pas. Saya tidak tahu apakah fungisnya dalam Pas apakah sebagai jemaah ulamak atau mufti untuk menegur tindakan dan kerenah-kerenah politik Pas atau apa. Apakah ia pasukan muda yang sedia menjadi bala tentera untuk menggempur musuh? Menjadi pahlawan setia gagah perkasa dan bukan pemuda yang menjadi kilang menzahirkan idea dan pendekatan agama fahamannya? Saya tengok pemuda Pas terlalu idealis mengenai agama dan miskin tektikal politik. Nampak keadaan hari ini dewan Pemuda Pas lebih ingin menjadi institusi ulamak di dalam parti tersebut membuat teguran menerusi tindak tanduk dan merasa 'kesohoran' diri sebagai agamawan daripada menjadi gerombolan muda yang progresif menyerang musuh, Umno.
Pemuda harus sedar diri mereka dan peranan mereka. Kalau pun ada yang bersiap diri untuk jadi ulamak besar, presiden dan mursyidul am Pas dimasa akan datang tetapi bukan dengan cara hari ini. Pemuda harus menyedari realiti dan teradun dalam keadaan semasa. Kalau tidak, nyah sahaja dari politik sekular yang dianuti oleh Pas itu kerana ia mengotorkan iman.
Ada kalanya dewan itu bergerak bersendiran tidak mengikut arahan dan membuat hala tuju sendiri. Tidak ikut serta dalam agenda parti misalnya dalam isu tuntutan royalti petroleum yang dipelopori Ngo "R". Saya tenguk pemuda ada gap di dalam hal ini. Kenapa?
Dan ada kalanya kenyataan dikeluarkan kontras dari segi maksud politik dengan pemimpin Pas. Barang kali di sinilah silap dan kelemahannya apabila ada ahli dewan berkenaan begitu rapat dan setengah ikut sama dalam program Ngo kononya bebas tetapi menjadi alat kepada Umno. Saya sudah lama menyimpan sekeping gambar seorang pemimpin kanan dewan Pemuda Pas berada dalam majlis yang menjadi alat kepada Umno yang berlangsung di rumah tokoh Umno. Persahabatan itu menyebabkan mereka mungkin dihinggapi virus sekular Umno.
Semacam ada tindakan-tindakan oleh kalangan pemimpin dewan pemuda Pas tidak sebulu dengan pandangan dan pendekatan sesetengah pemimpin Pas. Di sini saya nampak sikap pemuda Pas semacam menolak politik matlamat menghalalkan cara. Iya memang prinsip itu diharamkan dalam Islam tetapi apakah mereka tidak sedar bahawa Pas juga menggunakan kaedah itu?
Kalaulah Pemuda tidak bersedia untuk akur kepada konsensus siasah itu, menerima konsep berkenaan pemuda boleh nyah dari politik begitu. Namun apa yang pemuda kena sedar ia adalah sebagai sayap kepada sebuah badan saja, di mana sejauh mana kekuatan sayap terbang dan mengolah angin kalau badan tidak membenarkan atau ikut bersama, ia akan hancur juga. Penerbangan yang bagaimana laju dan ligat tidak akan kesampaian. Pemuda juga perlu memahami sedalam-dalamnya apakah erti dan tujuan menyertai politik demokrasi?
Sudah lama saya memerhai perkara ini di dalam Pas bahawa persahabatan Pas dengan Anwar (Keadilan) dan DAP tidak diterima seikhlasnnya. Ada yang mencurigainya. Kontrasnya sebahagian lain menerima sesungguh hati atas prinsip dan reliti politik, tetapi yang lain main-main... dan ada yang mempunyai nait hendak mengapor Anwar. Apakah sikap dan nawaitu ini betul? Apakah hipokrasi di sini dibenarkan? Janganlah pada masa sama kita boleh menjadi munafik dan masa sama kita menjadi alim-alim meow.
Keadaan inilah saya mengatakan Pas tidak sepenuh hati dalam kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Sikap dolak dalih inilah menyebabkan timbul pertanyaan macam mana kejayaan itu akan berhasil kalau ianya tidak sepenuh hati. Adalah merugikan masa saja bagi Pas dan sesiapa saja yang tidak ikhlas dalam sesuatu kerjasama jika ia tidak dibuat dengan penuh keikhlasan.
Rasanya tidak perlu untuk masa ini saya menyenaraikan mereka - pemimpin utama Pas yang kurang senang dengan Anwar dan DAP. Tetapi kalau perlu ia boleh didedahkan juga agar semua orang sedar dan demi rakyat tidak tertipu dengan kerjasama yang bersifat Abdullah bin Ubai. Cuma bagi saya kalau persekatan itu separuh hati, tidak ada keikhlasan ia adalah sia-sia saja. Semua pihak akan rugi dan yang untungnya ialah Umno. [wm.kl. 1:15 t/hari 11/10/12]
7 comments:
Salam...penulisan yang kemas walaupun tidaklah semuanya saya setuju. Kepada parti Pas, mana yang baik ambillah ia sebagai satu teguran yang membina. Ambil mana yang baik, yang tidak baik jangan diambil. Janganlah Pas risau jika memang benar wujud sedikit2 kelemahan yang wajar untuk diperbaiki. Saya yakin rakyat akan tetap menyokong kalian, sebab jika nak dibandingkan kelemahan/kesilapan Pas, kesilapan/kelemahan parti pemerintah adalah jauh lagi berat. Saya doakan yang terbaik untuk kegemilangan Islam dan semoga Allah memberkati negara kita beserta semua penduduk-penduduknya amin...
betul sepertimana yg telah uncle sayuti perkatakan, dalam Pas itu sendiri byk kekeliruannya.
mereka sanggup bercakaran pendapat dan pendirian semata2 kepentingan diri.
mereka bukan nak mengalahkan UMNO atau nak memenangkan Pas lantas mendaulahkan Islam. mereka hanya berpolitik ala SYOK SENDIRI.
rakyat marhean skrg mengharapkan Pas dapat mengantikan UMNO berdasarkan baju Islam yg mereeka pakai jika hdk dibandingkan dgn UMNO. tapi syg, ada lagi org2 (pemimpin) pas yg konon byk ilmu agama tapi tidak berpijak dibumi nyata.
Pas menjadi harapan rakyat di dlm PR untuk mengantikan teraju/tulang belakang pemerintahan negara supaya segala kebejatan UMNO terhadap negara keseluruhannya dapat disembuhi. Tapi sayang sekali jika segelintir pemimpin Pas car fikir mereka 2x5 5x2 shj dgn UMNO
saya pun buntu dengan kemajuan Pemuda yg seperti kehilangan sengat untuk membantu parti dan memberi tekanan kuat pada Umno-Bn.. isu-isu kecil seperti ini yang memberi kesan besar pada kita, dari buat kenyataan begitu lebih baik didiamkan sahaja..tolonglah jangan beri peluang pada musuh lagi-lagi dalam saat genting nak hadapi pru
Tuan, ini entry masih dikira lembut lagi nada kritik nya terhadap dewan budak budak. Memang sepanjang tempoh ketua dewan budak budak menerajui dewan budak budak tersebut, tak kelihatan langsung kualiti bagi memperjuangkan aspirasi Pakatan Rakyat, apatah lagi memperjuangkan kepentingan rakyat.
Yang nampak adalah update dlm FB ketua budak budak ni bergambar sana sini dengan budak budak main bola, minum kedai kopi, naik Moto. Dan yg terbaru adalah dilancarkan buku tentang perjuangan? (layak ke bicara soal perjuangan kalau tak pernah pun ke hadapan di medan tempur)
Elok aje la diserap kan dewan Pemuda Budak budak PAS ini ke dalam unit Taska Pasti.
Dan elok aje digantikan oleh unit Amal yg jauuuhh lebih menyumbang dalam menentang golongan yg Zalim.
Akhir kata, Dewan Pemuda Budak Budak PAS hari ini adalah EJEN Hassan Ali, EJEN UMNO. bahasa kasar sikit lagi = talibarut dan barua musuh iaitu Syaitan yg dikenali.
Sedikit ralat dan kemaafan dipohon dari komen pertama saya tadi ke atas Taska Pasti yg sebenarnya telah banyak berkongsi perit jerih berjuang menentang Syaitan dikenali. Setidak tidaknya, Pasti pernah berhadapan dengan tekanan dari Syaitan Dikenali sehingga pernah dirobohkan bangunan Taska untuk Anak Anak Islam oleh Kerajaan Syaitan. Untuk itu tidak cocok saranan saya tadi agar Dewan Pemuda Budak Budak PAS diserap ke dalam Taska Pasti yang jauh lebih teruji dan kental perjuangannya, terutamanya tenaga pengajar Pasti.
Sebaliknya, selayaknya Dewan Pemuda Budak Budak PAS diserap sebagai skuad pemuda bagi Taska KEMAS yg lebih mesra dengan Kerajaan Syaitan.
Maaf dipohon kepada penggerak Pasti. Perjuangan kalian lebih mulia dan teruji daripada Mereka yg mengaku pejuang Islam aka Dewan Pemuda Budak Budak PAS, tapi habuk pun tadak. Baik dari segi kemajuan Islam itu sendiri, masyarakat, Negara, mau pun jemaah Pakatan Rakyat / PAS itu sendiri.
Pendek kata, kalau rasa x mampu menentang Syaitan Dikenali, baik rasanya cari aje la keje lain. Kerana kelak esok setiap jawatan dan kuasa yg dipegang akan dipertanggungjawab kan di hadapan Allah.
Bukan kelemahan Ketua Dewan Pemuda Pas Nasarudin Hassan seorang. Dia dipilih oleh perwakilan Pemuda PAS. Kalau itu kualiti pemimpin yang kita hendah, maka itulah yang kita dapat. Untuk pemilihan akan datang, para perwakilan Pemuda PAS perlulah jelas, individu yang bagaimana sewajarnya diberi tangunggungjawab menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat. Jangan serahkan jawatan itu kepada individu yang berminat tetapi kurang kelayakan. Pilihlah individu yang mempunyai pakage yang paling maksimum. Antaranya:
1. Penguasaan yang baik dalam ilmu yang bersumberkan wahyu (Al-Quran, hadith, syariah, usululuddin).
2. Penguasaan yang baik dalam ilmu semasa (ekonomi, kewangan, undang-undang, pentadbiran).
3. Penguasaan yang baik dalam ilmu bahasa (melayu, arab, english).
4. Berakhlak dengan Allah.
5. Berakhlak dengan manusia.
6. Berkemahiran dalam komunikasi, diplomasi.
7. Berpemikiran strategik.
8. Mempunyai kekuatan fizikal, spritual, emosi, mental.
9. Mempunyai komitmen yang tinggi.
10. Mempunyai rekod peribadi yang bersih.
Terima kasih. Saya telah memerhatikan gerak geri dan kenyataan-kenyataan NH sejak Hasan Ali buat hal lagi. Saya bersetuju dengan pendapat MSO bahawa NH saperti orang yang tidak tahu dia di sebelah mana. Tetapi saperti yang MSO sendiri bayangkan, dia bukan bersendirian dalam berpolemik mengenai Islam untuk Islam, Islam untuk kuasa atau kuasa untuk Islam. Saya fikir dia ni tergulong dalam kelompok Islam untuk Islam dan naif tentang satu lagi kelompok yang memperkatakan Islam untuk Islam tetapi sebenarnya berjuang atas landasan Islam untuk kuasa..satu kumpulan munafik di dalam PAS yang berkerjasama dengan JATI dan Umno. Kerana kenaifannya, dia mudah diperalatkan oleh musuh dalam dan diluar selimut. Harap-harap dia lekas sedar demi kejayaan Islam dan PR.
Post a Comment