Thursday, October 4, 2012

Buku Baru Saya Sudah Siap

PEMAKLUMAN

Setelah lama berihat dari menerbitkan buku, kini saya muncul kembali dengan buku baru berjudul: PRU: 13 Nyawa BN Di Hujung Pedang. Sewaktu berbicara dengan Tokguru Nik Abdul Aziz ketika beliau berihat di hospital HUSM, Kubang Kerian dua minggu lepas, beliau menegur judul itu dan kalau boleh minta ditukarkan. Katanya judul itu agak keras sikit.

Wajah belakang dan depan buku baru saya.
"Khabarnya sedang tulis buku, judul apa?" tanya Tok guru di hujung telefon.

"Nyawa BN Di Hujung Pedang, Tokguru.." jawab saya penuh hormat.

"Nyawa di hujung pedang, Ana rasa tajuk itu keras sikit, bolehkah ditukar menjadi, Nyawa BN di hujung tanduk..tak" cadang Tokguru.

Ohp... saya terdegis sedikit mendengar permintaan Tokguru itu. Saya hanya mengangguk-angguk di hujung telefon tanda setuju dan sedikit serba salah. Bagi saya setiap teguran dan pandangan Tokguru terlahir dari dhamir yang suci.

Begitulah Tokguru lembut dan amat bertimbang rasa dalam apa-apa juga. Walaupun hanya dengan judul buku tetapi beliau amat teliti dan perhati. Sebelum ini beberapa fakta didalam buku saya khasnya mengenai kesilapan memetik hadith ditegur direct kepada saya. Tokguru bukan saja pembaca tetapi pemberian ilham dan pengulas buku yang baik.

Kerana teringat Tokgurudi wad, saya tidak mahu menjelaskan kenapa saya membubuh tajuk sebegitu. Jadi saya cepat-cepat menyanggup untuk membolehkan beliau permisi dari bercakap dengan saya. "InysaAllah tokguru kalau dan, ana akan pinda." balas saya. Beliau juga meminta saya mengirimkan senaskah untuknya.

Sebenarnya ketika Tokguru menghubungi saya itu buku sudah dalam proses percetakan. Jadi saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi melainkan meneruskannya. InsyaAllah untuk cetakan kedua kalau ada rezeki akan saya pinda demi memantuhi nasihat Tokguru demi mendapat berkat.

Di sini saya akan jelaskan justifikasi dan rasionalisnya kenapa saya menggunakan perkataan "pedang" bukan "tanduk". Mula-mulanya saya judulkan buku itu sebegini; PRU 13: Menanti Saat-Saat UBN Tumbang. Tetapi saya pinda kerana merasakan tajuk itu keras dan sadis untuk UBN. Maka saya perlembutkan dengan membubuh perkataan "pedang"

Pedang yang saya maksudkan itu ialah kuasa rakyat. Rakyat akan bertindak menjadi senjata dalam pilihan raya akan datang. Rakyat akan membunuh UBN. Kemungkinan ini saya lihat kepada perkembangan sesama apa yang berlaku kini termasuk juga mood rakyat. Dalam analisa saya selera rakyat hari ini geram untuk melakukan 'pembunuhan' terhadap UBN.

Ada dua bab penting dalam buku ini untuk melihat kenapa saya merasakan begitu. Iaitu di bab muqadimah dan juga penutup. Saya juga turut mengemukakan satu 'teori' atau andaian bagaimana UBN boleh hanyut kali ini. Teori ini apa dinamakan penggabungan tiga gelombang! Gelombang tsunami, gelombang highway dan gelombang laut China selatan.

Terserah kepada pembaca untuk menilai dan membahas atau mencari logik dan munasabah disebalik apa yang saya kemukakan itu. Buku ini bersifat 4 dalam 1, di mana saya memfokluskan kepada empat orang tokoh, Anwar, Najib, Nik Aziz dan Tengku Razaleigh. Cuba pandang mereka dari hujung pena saya.

Iklan buku baru.
Apapun terima kasih kepada Tokguru atas pandangan dan nasihat. Ternyata beliau mengambil perihatian terhadpa karya atau tulisan saya. Mulai minggu depan kekawan yang membuat tempahan awal demi menyatakan sokongan dan membantu saya akan mendapat buku berkenaan. Pengeposan akan dibuat pada Isnin ini, insyaAllah.

Dan kepada mereka yang berhajat untuk mendapatkannya bolehlah membuat tempahan. (Sila rujuk kepada iklan disebelah) Mungkin pasaran di kedai terbuka agak lambat kerana saya mahu mencuba pasaran di internet, yang rengkas dan menyenangkan. Untuk tujuan itu penjengok sekalian boleh merujuk kepada iklan disertakan dalam catatan ini. Sekiranya ada masalah boleh call dinombor telefon nombor 013 233 6776 sama ada untuk berbicara atau menghantar pesanan (sms).

Atas sokongan dan perhatian anda saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih. Allah jualah membalas segala kebaikan anda. Sesungguhnya naywa pena saya terletak di tangan ada. [wm.kl.6:26 pm 04/10/12]

No comments: