Semasa dalam perjalanan untuk 'futur', makan pagi (betul ke), bersama taukeh kopi janda yang kini bertukar menjadi Kopi Bunda, Sdr Zulaimi Kazin, saya sempat membelek-belek akhbar Harakah terbaru yang tersedia dalam keretanya. Kebetulan bila belek terbuka muka surat menempatkan kolum Subky Latif.
Husam Musa: Menteri Luar Negara. |
Arwah Cikgu Wan Mahmod, guru darjah satu saya tatkala saya berjumpa dengannya setelah saya jadi penulis, Allahyarham menyebut mengenai Subky. Subky sampah pun dia tulis tetapi apa yang dia tulis akan jadi besar dan penting. Itulah kehebatan Subky. Saya juga bernasib baik kerana sempat berkawan dengan Ustaz Subky Latiff ini yang kini sudah bersara dari memegang jawatan dalam Pas, namun tidak pernah bersara dalam tugas dan tanggungjawab dakwah Islamiyahnya.
Minggu ini Subky menulis mengenai kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Saya rasa Subky berbuat demikian sebagai membalas atau menjawab persoalan puak UBN yang gila-gila bertanya mengenai kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Najib mencabar meminta Anwar atau Pakatan Rakyat mengemukakan kabinet bayangan untuk menunjukkan mereka mampu menyediakan barisan kepimpinan jika berkuasa kelak. Kononnya Najib merasakan Pakatan Rakyat tidak memiliki tokoh berkemampuan dan akan berlaku perebutan kelak.
Membaca tulisan Subky itu menyebabkan saya tersenyum sendiri apabila membaca satu demi satu anggota kabinet dan juga jawatan-jawatan yang dipadankan. Menurut kabinet Subky ada 23 kementerian di mana Anwar Ibrahim tetap diberikan jawatan perdana menteri, manakala Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang masing-masing menjadi timbalan perdana menteri merangkap Menteri Agama dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Penyusunan kabinet oleh Subky itu mengikut senioriti 'menteri-menteri' di dalam parti masing-masing. Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu dicadangkan memegang Menteri Dalam Negeri, Naik Presiden DAP, Tan Seng Geok Menteri Kesihatan, Ahli MPT Keadilan, Khalid Ibrahim Menteri Kewangan, manakala Pengerusi DAP Karpal Singh Menteri Undang-Undang.
Menteri Pertahanan diberikan kepada Naib Presiden Keadilan, Mohammed Azmin Ali, Menteri Kerjaraya diserahkan kepada Pengerusi PPS Lajim Ukin. Menteri Penerangan dikhasnya kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, manakala Naib Presiden Pas, Mahfoz Omar pula diberi kementerian Perdagangan.
Menteri Buruh dan Tenaga Manusia diserahkan kepada Tony Phua, Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali pula Menteri Pelajaran, Kulasingam Menteri Sains dan Teknologi.
Bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali menteri Pengajian Tinggi, Anthone Loke Perdagangan,Koperasi dan Kepenggunaan Dalam negeri. Tian Chua dan Teresa Kok masing-masing diberikan menteri Pelancungan dan Menteri Alam Sekitar.
Siti Zailah bakal Exco baru Kelantan. |
Keseluruhan kabinet Subky itu saya melihat kena pada tempatnya dan sesuai dengan kebolehan dan profesional tokoh-tokoh yang dilantik itu. Setidak-tidak kabinet bayangan Subky itu dapat diguna pakai oleh UBN dan Najib untuk membuat penilaian. Kabinet itu memberi jawaban bahawa Pakatan Rakyat ada tokoh dan mampu untuk membentuk kabinet yuang dinamik.
Pada saya kabinet itu munasabah dan adil serta berpadan dengan tokoh dilantik. Cuma apa yang saya ingin menyentuh sedikit mengenai Husam Musa. Kenapa Subky menghantar Husam ke luar negara. Ia menjadi persoalan kepada saya apakah benar Husam akan meninggal Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
Ataupun Husam bakal dilantik menjadi Senator sekiranya beliau menghadapi apa-apa masalah di Kelantan kelak. Kerana setakat ini setahu saya Husam masih still bertanding di kerusinya kini di Dun Salor dan antara tokoh yang disebut bakal menggantikan Tokguru Nik Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu kedudukan Husam di kementerian luar juga amat sesuai. Mungkin Subky sudah mengambil kira kebolehan dan juga sifat dan perangai Husam yang kuat berkerja dan kurang gemar untuk bersosial seperti ahli parlimen lain. Selain itu kebolehan dan kepakaran Husam dalam berunding dan mahir dalam bidang ekonomi dikira berjaya menarik pelaburan terutamanya dari China dan Arab Saudi.
Saya juga yakin kalau Husam menjadi menteri luar beliau akan dapat menjaga maruah negara yang selama ini telah dirosakkan oleh kerajaan UBN. Sudah pasti sebagai seorang yang kreatif dan bijak Husam akan cuba mendapatkan semula beberapa wilayah Malaysia yang telah hilang disebabkan kelemahan kita dalam menggunakan undang-undang untuk menjaga martabat kita.
Pulau Batu Putih, tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar yang diberikan kepada kerajaan Singapura saya pasti akan dikaji dan dinilai semula oleh Husam untuk dikembalikan kepada pengkuan negara. Mengenangkan kelebihan dan kebolehan Husam dalam hal inilah maka saya rasa Subky tidak suka-suka dan saja-saja mencadangkan Husam di letak di kementerian luar.
Mengamati muka-muka dalam kabinet Subky itu ada beberapa tokoh yang memegang jawatan penting dalam parti tidak dilantik memegang apa-apa kementerian. Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusuf, Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hassan dan juga Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Md Akin tidak diberi apa-apa jawatan menteri. Keciciran ini mnungkin disebabkan Subky dapat mengukur dan sejauh mana kebolehan mereka untuk menjadi seorang menteri.
Untuk Zailah mungkin sudah ada maklumat dari Subky yang ahli parlimen itu akan dibawa bertanding di Dun dalam pilihan raya akan datang untuk dilantik menjadi anggota Exco. Zailah dikatakan akan diturunkan ke Dun Gual Periok untuk mengganti Ahmad Awang yang diberitakan sudah tidak mahu bertanding lagi kerana mahu menumpukan kepada pendidikan pondoknya.
Kekosongan kerusi Parlimen Rantau Panjang bakal diisi semula oleh bekas MP itu, Abdul Fatah Haron yang kini Adun Bukit Tuku. Sekiranya ini berlaku Dun Bukit Tuku akan diletak muka baru. Orang sama juga akan dibawa ke parlimen Rantau Panjang kalau Fatah tetap mahu kekal di Bukit Tuku ataupun berhajat untuk bersara.
Kesimpulannya kabinet versi Subky Latiff menjelaskan Pakatan Rakyat berwibawa dan berkemampuan mengemukakan barisan kepimpinan bagi sebuah negara berkebajikan di Malaysia. [wm.kl.5:42 pm 14/10/12] tanpa edit.
3 comments:
Tuan MSO.. Kabinet ni ok tapi saya rasa akan wujud ketidakpuasan hati bagi timbalan presiden PKR yg mana org2 kepercayaan dia tersingkir dari senarai yg di buat oleh Tuan Subky ni..
Tuan Haji Subky ni kalau ikut Tun Razak dah lama jadi menteri ... lebih dulu dari Anwar ... jauh sekali Najib.
Subky Latif orangnya tak pandai ceramah tetapi tulisannya sangat bisa. .. lebih bisa dari ular tedung
Salam nampaknya, ada 2 orang dari sabah yang dilantik menjadi menteri oleh us SL. Apa dah jadi dengan calon PR dari Sarawak. Tak ada yang layak ke? Kesian PR Sarawak.
Post a Comment