Friday, October 12, 2012

Ada Bekas IGP Hendak Masuk Pas?

SUSUPAN PETANG                                                                                                                                 
Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk sop tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam manguk sop.

Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.

Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.

Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.

Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.

Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa.

Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai keperingkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja.

Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tenguk baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.

Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga tektik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.

Dalam hal ini saya bukan prejusi atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya. [wm.kl.5:07 pm 12/10/12]

8 comments:

Tecumseh Troy said...

Saya setuju. Harap-harap pucuk pimpinan PAS jangan lah ghairah sangat jika benar ada bekas Ketua Polis Negara ingin masuk PAS. Mereka ni seluruh karier mereka memang anti-PAS (kalau pro atau sekurang-kurangnya simpati pada PAS jangan harap le nak naik sampai jadi Ketua Polis Negara).

Boleh saya teka orangnya? Musa Hassan ke?

sizzly7761 said...

PAS jangan syok sangat! Nasya ang mendapat tarbiah PAS pun akhirnya kecundang dengan bisikan syaitan yang dikenali dan kini cenderung untuk memecahbelahkan kesepaduan PAS....apatah lagi bekas Ketua Polis yang dilihat lebih mesra UMNO atau 'penjilat' atau macai UMNO akhir-akhir ini. Jadi hati hatilah kerana bukan mudah seseorang untuk menyerap kebaikan setelah sekian lama bergelumang dengan 'entah apa-apa'. Dibimbangi ianya menjadi satu taktik dan strategi untuk huruharakan PAS dari dalam. Lihat Asan Akidah dan Nasya D' Desperado sudahlah....hanya Polis yang tak korup sahaja berani masuk PAS atau sokong PR atau berani kritik kerajaan. Nama besar,jawatan besar tidak penting. Yang penting Jiwa besar! Bukanya nafsu besar macam Nasya dan Asan akidah walaupun dua dua ni badan tak besar! Jangan marah!

Lee Al Peraki said...

Dalam ramai2 mantan IGPm sy hanya boleh percaya dengan Tan Sri Norian Mai.

Uncle sy, sudah hampir 20 thn bersara, ttp spt blum bersara.

Ku ingat Taqwa said...

Ujian buat pas. Selamanya pon kita tidak diberi kelebihan untuk meneropong ke dalam hati manusia. Satu peristiwa yg menarik yg boleh di ambil ibrah ialah ketika khalid alwalid memancung kepala tentera musuh hanya kerana merasakan dia tidak ikhlas memeluk islam. Perkara ini ditegur oleh nabi s.a.w. Apapun tugas kita hanya berhati-hati dan berdoa agar kita dijauhkan dari bencana. Wallahhuaklam.

baretta said...

Saya sokong kedua-dua komen rakan-rakan di atas. Klu nak terima jugak, pastikan ex-IGP tu tunjukkan komitmen yang jitu kearah perjuangan parti. Jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran...

Hanif_Harfizah_Hazicq_Hacqim said...

Saya juga bimbang jika orang yg dimaksudkn itu belum lagi menunjukan dirinya sudah bertaubat.. Tiba tiba je nk join Pas. Sebaik baiknya selidik dulu siasat habis habisan peribadinya. Ataupun setidak tidaknya jika nk terima jugak jangan lah dia diangkat sebagai seorang hero ataupun memberi harapan menggunung tinggi dgn kemasukannya. Biar dia jd ahli biasa sudah..takut kelak memakan diri dan membinasakan parti. Dihujung hujung perjuangan menuju PRU13 ni biar ambil langkah selamat dari terburu buru.

tokjeng said...

Terima jadi ahli boleh tapi tak perlulah dirai sampai terus diletak dalam baris hadapan sekaligus jadi pimpinan..

mohd asmadi Remeli said...

Sy cadangkan beri tempoh percubaan 3-6 bulan kpd beliau untuk tunjukkan komitmen bhw dia benar2 insaf dan benar2 ingin memperjuangkan Islam bersama pas. Minta beliau turun berceramah diseluruh negara bagi meyakinkan pimpinan dan ahli.