Monday, October 8, 2012

Mahathir Sedang Mempertahankan Dirinya

MENYELAM RASA

Mahathir Mohamad tidak habis-habis hendak menunjukkan diri cerdik sementara orang lain semuanya bodoh, boleh ditipu seperti mana dia mempermainkan rakyat dan juga pencabar-pencabar politiknya selama ini.

Selama ini Mahathir telah beberapa kali memperdayakan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ahli palirmen itu tertidur di hujung kakinya. Dia juga berjaya 'mengehelkan' Musa Hitam, memperolak-olokkan Ghafar Baba (Allahyarham) dan paling zalim memenjarakan Anwar Ibrahim. Semua dilakukan kerana demi survive politiknya. Mahathir seorang kawan yang makan kawan atau bapak yang makan anak.

Mahathir juga melakukan apa saja yang beliau hendak lakukan kepada Abdullah Badawi sehingga akhirnya Abdullah serabut tidak senang untuk mentadir parti dan kerajaan akhirnya berundur dengan terhormat. Mahathir tidak pernah berhenti dari terus merasakan dia hebat dan orang lain semuanya bodoh. Apakah ini rahsia dan resipi bagi ahli politik seperti beliau yang tidak pernah puas dengan kuasa?

Terbaru dia bermadah berbunyi;  satu undi untuk pembangkang merupakan satu undi untuk penyangak mata wang George Soros. Satu undi untuk Soros pula katanya undi untuk menukar kerajaan yang ada hari ini kepada kerajaan baru. Matahhir terus-terusan menuba rakyat agar terus mengekalkan kerajaan yang ada hari ini walaupun dia sendiri tahu akan kebobrokkannya kerana dia sendiri adalah pelakon dan pemain utama.

Begitulah madah dan sabda Mahathir dalam memastikan kerajaan usang Umno yang beliau tinggalkan kerana dipaksa itu. Mahathir melakukan apa saja dan idea yang dizahirkan lebih canggih dan jahat dari Najib. Dia kini mendahului Najib dalam kempen memastikan UBN kekal. Kenapa? Seperti mana sudah diketahuiMahathir berbuat demikian kerana untuk mencapai agendanya. Mahathir yang menanam bunga dan bunganya sudah mula berbunga pasti tidak mahu ada kumbang yang berterbangan!

Pada saya kesungguhan Mahathir itu bukan kerana dia hendak membantu Melayu atau mewujudkan keadaan dan suasana harmonis di negara ini. Sebaliknya semua dilakukan ada kepentingannya. Kalau Mahathir ikhlas untuk memartabatkan Melayu dan mewujudkan masyarakat harmonis, apakah selama 22 tahun sebagai perdana menteri, selama lapan tahun sebagai timbalan perdana menteri dan selama lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen beliau tidak berusaha ke arah itu?

Kalau dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya bermakna Mahathir gagal sebagai seorang pembina nusa dan bangsa. Mahathir seharusnya sedar dan insaf mengenai perkara ini. Pembangunan material yang wujud dizamannya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan keran kehidupan manusia itu ada dua aspek penting penting, jasmani dan rohani. Mahathir amat dhaif dalam membawa pembangunan manusia. Itu sebab dia gagal dan jiwanya kini keresahan.

Justeru setelah Abdullah Badawi mengambil alih pemerintah beliau cuba memberi keutamaan kepada pembangunan manusia yang terlupa dibuat Mahathir. Abdullah fokus kepada soal-soal ketamadunan bangsa menerusi syaksiah dan juga memartatkan aspirasi bangsa seperti agama dan budaya. Abdullah juga berusaha mengendurkan ketegangan Melayu dimana di era Mahathir Melayu berada dalam ruang krisis kepercayaan besar sesama sendiri. Abdullah melihat keadaan itu menyebabkan Melayu berpecah belah.

Namun malangnya Mahathir yang berfahaman sekular dan melihat manusia membangun dalam belitan kebendaan (madiyah) menolak idea dan harapan Abdullah, bukan setakat itu saja bertindak menyerang Abdullah siang dan malam. Mahathir sama sekali tidak percaya kepada politik perdamaian, atau damai boleh memuaskan hatinya. Selama dia menjadi presiden Umno beliau tidak pernah mendekatan orang Melayu untuk berdamai. Kehebatan dan kekuasaan Umno menjadikan dia lupa kepada lawan dan kawan.

Seingat saya beliau tidak pernah mengajak Pas untuk bersama membangun negara. Beliau tidak habis-habis mengecam Pas dan memberi konotasi buruk terhadap Pas kepada orang Melayu. Makanya hari ini walaupun (saya percaya) ada keinginan Mahathir untuk mempelawa Pas mengukuhkan politik Melayu tetapi beliau tidak tergamak untuk membuka mulut kerana mengenangkan kepada kezaliman dan keegoaannya selama ini.

Kembali membaca apakah motif Mahathir kini beriya untuk mempertahankan kerajaan UBN, sehinggakan menghimpun semua isu dan cara memburukkan Anwar Ibrahim ia bukan dibuat atas dasar atau pun aspirasi tadi melainkan untuk dirinya dan anak beranak saja. Mahathir kini terdesak untuk mempertahankan dirinya dan juga memastikan kehidupan, kekayaan anak-anaknya terjamin dan selamat.

Sebagai bapa kronisme Mahathir akan bertindak begitu. Dia seorang yang materialistik dan individualistik  yang menggunakan rakyat untuk memakai mahkota sebagai pemimpin. Sebenarnya, hakikat itu tidak ada sama sekali kepada Mahathir. Mahathir tidak pernah mengenal soal ukhwah, soal perpaduan soal perdamaian dan kerjasama sebangsa. Apa yang dia insaf dan sedar ialah perbalahan, adu domba, memperlekehkan orang lain. Mahathir seorang manusia yang hidup atas perpecahan orang Melayu yang beliau tidak ikhtiraf sebagai kaumnya. Malangnya masih ada 'bagero-bagero' Melayu yang menganggap Mahathir sebagai wira dan pembela mereka, yang tersihir dengan senyuman manis Mahathir yang di dalamnya mempunyai racun berbisa.

Namun Melayu yang mudah mati kuku dan hilang ingatan terus memuja dan ada yang mencium punggung Mahathir disebabkan kerana Mahathir menghulur sedikit baksis baik menerusi projek atau jawatan. Orang-orang ini lupa bahawa dia sudah berada dibawah tapak kaki penipuan seorang Mahathir. Manusia yang tidak ada adat dan prinsip ini akan merelakan selamanya dirinya menjadi 'kooli'.

Mahathir juga hipokrit mengenai prinsipnya yang dianggap tegas dan keras. Kononya dia membenci Soros, menganggap Soros penjajah baru, maka itu jugalah yang diajar kepada rakyat. Tetapi dalam masa sama beliau berpelukkan dengan Soros. Apakah erti semua itu kalau ia bukan munafik?

Mahathir hanya berani berkokok menghentam Soros atau mana-mana pemimpin zalim didunia terutamanya pemimpin barat tetapi tatakala berjumpa mereka Mahathir menjadi seperti tikus kebasahan; lari mencari celah untuk bersembunyi. Standard Mahathir semasa dia menjadi PM jauh ke bawah berbanding dengan Rahshid Taib Erdogan.

Percayalah usaha keras Mahathir untuk mempertahankan kerajaan UBN hari ini bukan demi Melayu dan masyarakat majmuk negara ini tetapi demi dirinya sendiri.  Bukan untuk memastikan Najib Razak terus menjadi PM, tetapi kerana untuk menjamin agenda peribadinya tercapai. Pertama memastikan kehidupan dan kekayaan anak-anaknya yang dipunggah sendiri oleh beliau semasa menjadi PM tidak terganggu dan terburai.  Kedua untuk menjamin dia akan selamat dan tidak akan dihumban ke dalam penjara atas dosa-dosa dan jenayah kepada negara dan bangsa yang beliau lakukan.

Inilah yang ditakuti Mahathir. Beliau sangat phobia apa yang berlaku dan menimpa Saddam Hussein, Ghadafi ataupun Hosni Mubarak. Kesengsaraan dan nasib malang dihadapi para diktator itu menjadikan Mahathir tidak nyenyak tidur. Pilihan raya nanti bagi Mahathir bukan saja menentukan hidup mati kerajaan UBN tetapi juga menentukan apakah nasibnya ke dalam atau di luar.

Hari ini kesalahan dan jenayah negara dilakukan Mahathir masih terselindung, tetapi percayalah selepas kekuasaan atau kuasa melindunginya runtuh segalanya akan 'terbahar' dan terselak. Saat itu tidak ada ruang lagi untuk Mahathir menyembunyikan mukanya. Rasanya rakyat negara ini teringin melihat Mahathir menangis di penjara. [wm.kl.8:51 am 08/10/12]

12 comments:

Unknown said...

Saya orang pertama yg akan tersangat gembira jika pengadilan dpt di jalankan terhadap Tun Madey Kutty ni..

cheng said...

lu lagi bodoh hendak membodohkan seseorg yg cerdik- hanya manusia yg doh dan dong.. yg merpertikaikan tun, jika nk di 'compare ' dgn nik buziz sama diumpamakan berlumba di sepang f1 nik basikal dgn ferari- org yg bodoh je akn mengatakn basikal akan menang,,,sbb alasan basikal akn potong ferari bila kereta tersebut mengisi minyak atau rosak
Kan mengharap satu pekara bodoh yg tidak munkin terjadi- sudah2lan kamu berhenti menulis jika menulis cara bodoh kamu - inilah kali pertama ter'buka' blog kamu ,,,aku tak baca isi nya cuma tajuk ,,,yg bodoh dan tuli-taktau kaca dan permata tapi tetap ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

bat8 said...

Tuan MSO,

Ulasan tuan mengenai TDM dan bagaimana kotornya politik beliau adalah tepat sekali. Kita adalah dari satu generasi dan pandangan perbadi ambo tentang TDM ni adalah seperti tuan juga.

2. Satu pengajaran penting dari pengamatan saya mengenai perangai mahathir ini, terutama pasca PRU 12 yang lalu ialah kita boleh menilai sekuat mana atau seteruk mana kedudukan semasa UMNO baru dari isu yang dibangkitkan dan sebodoh mana hujah yang dikemukakan oleh beliau.

Kita tengok cara dia mengemukakan hujah. Kalau hujahnya itu adalah secara bermain kata-kata dan logik merabannya boleh diterima - maknanya dia sedang bermain politik dan keadaan UMNO baru agak ok walaupun tak berapa sedap.

Kalau dah sampai hujah undi Pakatan bermakna undi Soros - ini bermakna dia sedang gelabah, buntu akal untuk mencari helah. Ini bermakna keadaan UMNO baru dan perkembangan semasa agak terok.

Itulah yang ambo peratipe-el perangai mahathir nih selama 30 tahun.

bat8

The Fakhirin said...

kah kah kah

Unknown said...

Ya...tepat sekali MSO...mahathir adalah pejuang nafsu..memang tak sabar rasanya ...tengok mahathir@mahafiraun menangis dalam penjara.. Entah sekarang pun dia dah mula menangis agaknya...walau pun dilimpahi dgn segala kemewahan...syabas MSO.

mohd sayuti omar said...

Rupa2nya dalam dunia ini ada lagi orang yg terpesona dengan Mahathir... tak sangka. Iya selagi otat disaluti lumut selama itulah seseorang itu tak dapat hendak menilai sesuatu yang baik dan buruk. Hanya orang terkena najis dan air kencing saja jadi begitu. Apa boleh buat... sy hanya berdoa saja takut2 Tuhan nak berikan kecerahan kepada mereka. Biarlah labu...

Unknown said...

buat tatapan sdra cheng 11:01.....am..

sya x sngka dlm mlysia ada lgi manusia yg dungu mcm sdara tpi hrap spesis sprti ini berkuranganlh ....

sya agaklh sdara msti keturunan spesis sama dgn mamak kuttyi...apkh slama ini sdara nie tido ke atupn memang jenis bengap mcm badak sumbu....xtau prkmbangan smasa
sya rsa apa yg di lontarkn pndangan tuan mso ini tpat skali...melain kn sdara kaki bodek kutty...kalo nk bodek pn agak2lh..ini bukan setakat batang kutty je sdara kulum....sampai batu kutty pn sdara kulum.....agak2lh.....

Nor Hasin said...

Tu la kau Cheng... Baca tajuk sahaja dah buat komen mcm orang gila. Lain kali baca sampai habis baru boleh buat ulasan. Ini spesis otak kementot. Hidup dengan menjadi pembodek tak kan selamat dunia akhirat...

abu aizad said...

Tak pelik pun ada lg yang memuja chedet ni...termasuk golongan muda yang tak sempat membesar semasa zamannya. Mereka membesar dlm keluarga saluran RTM1 yg semua kerajaan buat betul belaka.

mohd said...

Betul tu mso.. kt arab nun blambak org terpesona dgn mahathir

mohd sayuti omar said...

mohd... ini pandai dakwah tak pandai membuktikan. saya minta tiga nama orang arab yang terpesona dengan mahathir. apa yg saya tahu kalau sebut anwar ramai arab yg angkat jempol, kalau sebut mahathir ramai yg kata zalim...firaun...

Sou Yuen said...

Rasanya rakyat negara ini teringin melihat Mahathir menangis di penjara - berapa kerat sangat yg mahu melihat dia dipenjara. Setuju?