Sunday, October 7, 2012

Bapa Saudara Sultan Sertai Pas

HIJAU AHAD                                                                                                                            

Minggu lepas saya ada membuat posting di blog MT ini seorang kerabat Di-raja sebuah negeri di Pantai Timur akan menyertai Pas. Bayangan itu terjawab kini apabila semalam Tengku Seri Peduka Raja Tengku Ibrahim dikenali dengan nama Tengku Paduka telah menyerahkan borang menyertai Pas. Tengku Paduka yang juga bapa saudara Sultan Terengganu, Sultan Mizan menyerahkan borang penyertaan itu kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz dalam satu majlis parti di Jabi, Terengganu.

Tengku Paduka serah borang menyertai Pas kepasa Nik Aziz.
Penyertaan Tengku Paduka memberi suntikan semangat baru kepada Pas Terengganu. Tengku Paduka pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Terenggu untuk kerusi Tanggol 1990 - 1995 yang dimenanginya atas tikit parti Semangat 46.

Menurut sumber di raja Tengku Paduka dikatakan tidak berhajat untuk menyertai pilihan raya akan datang tetapi penyertaannya memberi sokongan kepada Pas untuk mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

Sementara itu seorang lagi kerabat di raja Terengganu, Raja Bahrin Shah sudah pasti akan menyertai pilihan raya akan datang. Kerusi yang disebut-sebut akan ditandingi ialah kerusi parlimen Kuala Terengganu. Bagaimana pun tidak pasti apakah beliau akan bertanding atas tikit Pas atau pun PKR?

Sudah pasti dengan penyertaan kedua kerabat di raja ini yang menyokong Pakatan Rakyat menyebabkan ada orang tambah sakit telinga di negeri penyu menangis itu. [wm.kl.12:06 07/10/12]
Post a Comment