SESUDAH SUBUH
Cabuk sama cabuk, atau kata P Ramlee, dah elok dah penyamun berjumpa dengan penyangak. Begitulah yang dapat disimpulkan di antara Utusan Malaysia yang mendedahkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang dipetik dari satu blog kemudian diulas oleh seorang ahli parlimen yang mempunyai sifat persis Salentia. Bagaiaman tidak berasas dan penuh kebusukan blog berkenaan mendedah kabinet bayangan itu kononnya dari sumber Pakatan Rakyatan begitu pula cabuk dan busuknya akhbar berkenaan, apabila ia meminta ahli parlimen itu membuat ulasan maka ia menjadi sama-sama cabuk, semakin kohong.
Sebuah media yang ada kredibiliti tidak akan memetik sumber sembarangan. Akhbar yang ada kelas akan mensensor sumber maklumatnya atau tidak pakai tangkap muat saja pengulasnya. Ia juga bukan mengambil maklumat samar yang direka ikut sedap hati kerana cara itu boleh menjatukah martabat dan mutu sesebuah akhabr berkenaan. Penipuan mudah terhadap pembaca dengan menyebut sumber dalaman atau terdekat bukan lagi tektik yang popular dan konkrit. Tetapi itu berlaku dan dilakukan kepada akhbar berkenaan yang statusnya sama dengan sampah sarap sahaja.
Sebagai media yang mengakui menjadi pembawa suara hati nurani rakyat sepatutnya ia semakin lama semaki matang dan bertanggungjawab, 'jiho'nya juga semakin melangit. Tetap sedih dan dukacita dengan media ini semakin lama ia menjadi semakin kucar kacir, standardnya semakin merudum dan tahap kebolehpercayaanya kian menipis. Apakah media ini boleh dijadikan bayangan kepada sikap dan perangai bangsa Melayu yang diperjuangkannya?
Menjadi lebih buruk lagi apabila orang yang diminta membuat ulasan atas sumber diambil adalah sumber 'direkayasa' itu diulas oleh orang yang buruk telinga dan 'birah' dalam politik. Semua dunia kenala siapa dia Saletia ini, memilik moral politik yang cabuk dan kohong. Tidak ada mana-mana ahli politik di Malayisa mengatasi kebusukknya di dalam politik. Hanyirnya hingga ke neraka! Dia boleh melaku apa sahaja yang orang lain tidak tergamak dan tidak terfikir untuk melakukan. Salah satu kesanggupan ahli parlimen ini ialah dia sedia mencium punggung seseorang. Pengakuan dan kesanggupan ini telah menunjukkan betapa rendah moral dirinya.
Dalam komponen anggota manusia punggung adalah tempat yang paling jijik sekali. Kerana di situ dikhasnya untuk menjadi saluran membuang segala najis atau bahan kumohan. Kalau di tempat ini dia sanggup menciumnya apa lagi hendak dibilang terhadap orang ini. Sebenar tidak menghairankan kerana kloni asal mula haiwan ini ialah di tepi lokang dan payah berair.
Mengenai akhbar tadi, pembaca yang waras akan dapat menilai terhadap apa yang diulas oleh ahli parlimen berkenaan, mengenai kabinet bayangan PR itu. Seribu kabinet seprti itu boleh direkayasa dalam sehari. Tidak payah mengambil mana-mana teori tetapi cukup menulis ikut suka hati sahaja kerana tujuan untuk memfintahkan orang lain. Melakukan fitnah amat mudah mudah sekali. Apa lagi bagi mereka yang jahil adat, miskin agama dan hidup penuh 'kelancauan' sanggup melakukan apa saja termasuk menunjukkan 'palak' kepada orang lain.
Sebab itu kalau orang waras dan tahu menilai sejauh mana benar dan palsu sesuatu maklumat itu tidak akan sedia untuk menjadi pengulas atau memberi pandangan. Tetapi seperti dikatakan tadi kerana di antara akhbar berkenaan dengan manusia pemberi sumbernya sama-sama cabuk dan mabuk maka ia berlaku apa yang tidak sepatutnya itu.
Kononnya kabinet itu kronisme dan ia masih mengangkat dan menjujung Mahathir Mohamad sebagai suci dan bersih. Ahli parlimen itu mendakwa selama 21 tahun Mahathir memerintah beliau tidak mengambil anaknya duduk dalam jawatan penting. Dalam kata lain mengamalkan kronisme. Di sinilah kurang cerdik dan tohornya fikiran ahli parlimen ini. Dek kerana begitu taksub maka tidak nampak lagi kejahatan dan kemungkaran Mahathir. Bak kata orang kalau sudah pakai cermin mata biru, semuanya nampak biru sehingga baju sendiri berwarna merah pun menjadi biru. Seseorang yang boleh dibeli... martabatnya samalah dengan lembu kerbau saja.
Mahathir tidak mengambil anaknya memegang apa-apa jawatan di dalam parti, tetapi yang jelas beliau memberi ruang dan kesempatan berniaga yang begitu luas kepada anak-ananya. Mengapa Mahathir bergaduh dengan Anwar, sebabnya Mahathir mahu Petronas billout syarikat anaknya yang muflis tetapi dibantah Anwar kerana tindakan itu satu penyalahgunaan wang rakyat.
Kalau si Salentia ini tidak buta matanya dan ada sedikit fikiran jilah dia tahu macam mana anak Mahathir boleh jadi orang terkaya di Malaysia sedangkan orang tahu keupayaan anak Mahathir itu di dalam perniagaanya sebelum ini. Bukankah anak Mahathir sudah muflis? Dia bukan seorang magic man, tetapi orang biasa sahaja. Apabila ia dimasukkan dalam senarai terkaya dari mana kekayaan itu kalau bukan dari bapaknya?
Dan kekayaan bapaknya itu datang dari mana kalau bukan dari atau atas berkat kedudukannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
Ulasan bodoh Salentia ini juga mengambarkan kekecewaanya kerana tidak dapat apa yang diingininya. Dia bersikap laksana musang yang tidak mendapat anggur, maka dikatakan anggur masam. Sikap ini munafik namanya dan menipu diri sendiri.
Dia kecewa kerana dan dendam dengan Anwar kerena sebelum ini dia berhajat untuk jadi Ketua Perhubungan Keadilan di Kelantan tetapi ditolak oleh Anwar. Mungkin Anwar sudah arif mengenai dolak dalih dan 'pembelawakan' Salentia ini. Anwar mengenali sikap munafiknya bukan baru tetapi sejak lama dulu. Kejadian inilah menyebabkan dia kecewa dan menyimpan dendam dengan Anwar.
Semasa dalam satu pertemuan di Ipoh tahun 2005 Salentina pernah mencadangkan kepada Anwar akan cita-citanya di Kelantan. Saya berada sama dalam perbincangan itu. Dia optimis Anwar akan memberi laluan untuk dia memimpin Keadilan Kelantan. Malang apabila Anwar tidak merestui permintaannya itu di sinilah dia mulai menyerang dan mengkhianati Anwar.
Itu sahaja sebabnya. Hari ini dia bekerja sekeras mungkin membodek Najib Razak kerana mengharap sesuatu dari Najib dalam pilihan raya ini. Dia mahu agar Najib memberi laluan kepadanya bertanding atas tikit BN. Dia sudah dapat mersakan jangka hayat politinya sudah nazak. Dia sudah nampak malaikat maut sudah menghampirinya untuk mencabut kekuasaan politiknya. Dia sudah nampak kubur dia digali dan liang lahad dipersiapkan. Dia juga sudah nampak pengusung keranda dan pemandi jenayah sedang menghampir rumahnya. Bayangan dan objek-objek inilah menjadikan ia gelisah, menggeletar dan sasau.
Itulah maka dia menggeketar dan mencari seribu helah dan daya. Salah satu ialah mengeji dan memburukkan orang yang memberi ruang dan peluang kepadanya. Dia tidak peduli apakah yang dia lakukan bermoral atau tidak. Baginya yang penting dia selamat dengan cita-citanya. Orang seperti ini tidak ada air muka kalaupun ada bentuk muka yang tidak sekata. Orang seprti ini tidak pernah menyuluh najisnya di sepanjang hidup. Kalau dia pernah melihat bagaiaman bentuk najis dan aroma baunya, pasti dia akan insaf dan bertaubat.
Makanya untuk menginsafkannya sembamkan mukanya ke atas najisnya sendiri. Saat paling tepat ialah pada pilihan raya nanti. Hanya dengan menguburkannya saja memungkinkan dia insaf. Apabila dia kalah baru dia sedar bahawa dia sebenarnya lemah dan mempunyai kuasa yang terbatas, saat itu akan menyedaran dia bahawa apa yang dilakukan sebelum ini kosong kosong dan kosong belaka. Mat Said cuba titikkan embun pagi Jumaat ke dalam telinga. [wm.kl.8:04 am 05/10/12]
3 comments:
wah doh biso bobonar bang oii!!,kalaulah jumpo dio ngan ular ghasonyo dio kono belangkong dulu.apa apa pun penjelasan yang bernas dan amat dicari cari.
Politik IBRAHIM bin ALI hanyalah sesuai dizaman kegemilangan dia dahulu iaitu POLITIK bodoh! Kini dunia intelektual tidak lagi sezaman dgn kekonaan DIA. Jika layaknya begini, boleh dikutip setiap hari org yang selayak dia di KEDAI kopi kat KELANTAN. Hanya yg setaraf dan sewaktu dgnnya sahaja yg mengakui kehebatan DIA berpolitik.
IBRAHIM bin ALI adalah antara manusia yg boleh dicatat sebagai spesis ketinggalan zaman dalam berpolitik,politiknya TERANG-TERANG mengharapkan sanjungan dan MENYURUH org lain SEDAR dan mengenang BUDINYA walhal dia sendiri TIDAK PERNAG SEDAR dan tidak PERNANH MENGENANG BUDI apatah lagi jasa PELEPASnya yg tersepit seketika dulu.
Dimatanya SEMUA SALAH ORANG,dia je yg betul dan cerdik walhal hakikatnya, MALAYSIA malu mempunyai ORG politik berattitude begini!
Tuan MSO, benar apa yang tuan perkatakan tentang manusia yang tuan gelarkan Silentia ini. Sifat munafiknya bukan baru terserlah malah telah lama dan diketahui ramai. Dan yang paling akhir ialah sicelaka ini makin sehari makin jahat perangainya. Jahatnya bukan saja dapat dilihat pada tuturkata, malah wajahnya pun terang mencerminkan kemunafikan beliau. Dahlah najisnya amat-amat busuk, wajahnya semakin hari semakin menampakkan celaka yang ada dalam dirinya. Memang silentia ini manusia durjana kepada setiap makhluk yang mendiami alam ini. Sama saperti bekas PM SHIT, BUSUK DAN MEMBUSUKKAN!!!
Post a Comment