Wednesday, January 23, 2013

Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Pasar Siti Khadijah?

BERITA TERKINI                                                                                                                  

Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini.

Najib meninjau aktiviti peniagaan di pinggir pasar Khadijah.
Sudah parti nilai rezab di darat itu lebih senang untuk diuruskan daripada mengharap royaliti petroleum 5% yang terikat dengan perjanjian Petroleum 1975 yang sengaja telah disalah tafirkan oleh Petronas dan kerajaan Pusat bagi menafikan hak rakyat Kelantan.

Sekiranya apa yang dinyatakan Husam hari ini satu kebenaran ia merupakan satu lagi anugerah Allah kepada Kelantan yang tidak ada nilainya. Apakah ini juga termasuk dalam 'maunah' dan 'keramah' Tokguruku Nik Aziz sebagai pemimpin utama kerajaan Kelantan kini?



Sebelum ini Kelantan telah dianugerahkan Allah selain minyak, berbagai bahan mineral termasuk emas dan biji besi yang sedikit sebanyak kini menjana pendapatan kerajaan Kelantan.

Kemungkinan ada tersimpan rezeb minyak di bawah Pasar Siti Khadijah ini ini sudah dimaklumkan kepada mesyuarat Exco hari ini serta cadangan untuk membawa pakar mengenali pasti bahan berkenaan.

Adalah wajar untuk kerajaan Kelantan memastikan segera berhubung simpanan atau rezab minyak di daratan itu. Kerana sekiranya dalam kajian itu menunjukkan tanda-tanda kewujudan bahan itu, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang dan cemas dengan peruntukan pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan untuk 20 atau 30 tahun akan datang.

Sudah pasti rezab itu akan dijadikan cagaran besar oleh kerajaan Kelatan untuk pembangunan masa depan Kelantan. Sudah pasti selepas ini Kelantan akan menjadi destinasi para pelombong minyak dari seluruh dunia. Mungkin juga Kota Bharu akan dikenali seagai Bandaraya Petroleum terunggul di rantau ini.

Seperti mana dijelaskan Husam kawasan yang dikatakan mempunyai simpanan atau rezab minyak itu di sekitar Pasar Siti Khadijah yang melibatkan keluasan 1km. Ini bermakna hampir 1/3 bandar Kota Bharu mempunyai rezab minyak.

Hendaknya cadangan untuk membawa pakar cari gali Petroleum itu dipercepatkan. Dalam pada itu saya difahamkan sebuah syarkat cari gali minyak yang bergabung dengan Pertamina di Indoensia telah menyatakan persetujuan untuk membuat penyelidikan berhubung perkara itu.

Katanya salah seorang jurutera syaikat berkenaan semasa lawatan tidak rasmi ke Kota Bharu pernah membayangkan dengan kata-kata negeri Kelantan adalah istimewaan kerana Allah membawa "emas hitam" (minyak) ke depan tanggan setiap orang dari penduduknya.

Sehubungan pengumuman Husam hari ini baru tertangkap kepada minda saya kenapa Anwar Ibrahim dan Najib Razak ketika berkunjung ke Kelantan kelmarin ikut sama menjejak kaki ke pasar Siti Khadijah dan beramah mesra dengan peniaga.

Apakah Najib telah menghidu simpanan minyak bawah tanah ini lebih awal. Tidak mustahil!   [wm.kl.7"38 pm 23/01/13]

10 comments:

Maaf Sebut said...

Ade jugak sebelum nie saya dgr khabar angin yg kat onshore nie ade minyak. Hok diorang sebut ari tu kat tumpat mmg ada minyak

Unknown said...

Alhamdulillah berkat negeri Serambi Mekah & Kota Bharu Bandaraya Islam. Ya Allah ya Tuhanku engkau berikanlah kebahagiaan dan kesenangan kepada penduduk negeri ini yg sekian lama dizalimi.

karami said...

Pernah saya dengar, dibawah perut bandar kota bharu di kabarkan ada minyak.

Putera Wan Kembang said...

Tuan Haji,

Mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144), Perkara 10 mentakrifkan 'Petroleum'. Maka apa sahaja bahan yang termasuk dalam takrif 'Petroleum' maka Akta 144 ini terpakai ke atasnya. Dan PM memiliki kuasa mutlak sebagaimana kehendak di bawah Perkara 3(2).

Sekadar pandangan.

Unknown said...

X mustahil.kalau Allah nak bg benda yg tiada pun boleh anda.itu adalah janji Allah kpd hamba2nya yg ikhlas dan amanah dlm menguruskan khazanahnya.aaminnn ya rabb..

ulitmayang said...

semua rezeki itu Allah yg menjadikan ,,, bukah kah rezeki dah ditulis ,, dah lama dah

,,,,,,,,,kalau hujan Allah swt sukat , alih & gerakkan ke tempat2 tertentu di muka bumi ini , ikut keperluan

,,,,,adakah suatu yg mustahil , simpanan minyak yg ada di pesisir pantai/laut negeri kelantan , Allah swt dah gerak kan & alih ke perut bumi kelantan pulak

,,,,,,,,,,,,kerja Allah swt tidak ada yg mustahil

,,,,betul lah , kalau ini yg terjadi , , , semua nya kerana kesabaran TGNA & rakyat kelantan bersabar dizalami umno sejak 55 tahun lalu

,,,,,,,,, najib nak jugak ke ?

PokAmid said...

Perjanjian ke Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144), atau ia sekadar memorandum? Dulu MAHATAIK mati-matian kata ianya memorandum dan Petronas tidak terikat untuk membayar royalti kepada negeri yang menanda-tangani nya. Rakyat sudah "FENING" dengan ucapan dan kata-kata MAHATAIK.

Maaf Sebut said...

Kalau dalam perjanjian tu, petronas adalah care taker utk hasil petroleum samada onshore atau offshore

jeghivintaj said...

saya pernah dengar perkara ini dari mulut seorang pensyarah universiti malaysia kelantan beberapa bulan lalu yang berpengalaman dalam industri petroleum. tiba tiba keluar berita ini mengesahkan lagi kepercayaan. Semoga kelate maju, aman makmur sejahtera dalam berkah kepimpinan ulama.

bat8 said...

Tuan MSO,

Satu ketika dahulu, Kuli ada membuat kenyataan bahawa terdapat satu kawasan di Asia Tenggara ni yang mempunyai simpanan petroleum yang lebih besar dari simpanan Arab Saudi. Kita tahu Arab Saudi mempunyai simpanan rizab petroleum yang terbesar didunia.

Kuli tidak membayangkan dimana. Tetapi apakah apa yang diperkatakan oleh husam hari ini yang dimaksudkan oleh Kuli?

Jika benar kata Husam dan jika bukan tempat yang dimaksudkan oleh Kuli, ia tetap merupakan anugerah Allah kepada rakyat Kelantan. Apatah lagi jika jumlah rizabnya agak besar, melebihi pengeluaran di terengganu atau sabah atau sarawak.

Cerita royalti minyak yang dipertikaikan sekarang sebenarnya mudah. Kita berhak 5% mengikut perjanjian sediada dan memang kita minta 5% sahaja. Kita rela dan redha beri kepada demo 95% dari hasil minyak kita. Itu pun susah ke?

Memang susah apabila berurusan dengan puak-puak yang perut pedal jahat. Bayangkan jika kenyataan Kuli itu benar.

Kita kena sedar Kelantan menyertai atas dasar sukarela denan syarat-syarat tertentu. Kelantan bukan tanah jajahan atau negeri kalah perang.

Jadi, kalau benar kenyataan Kuli dan Husam, rakyat kelantan kena tanya diri sendiri apakah mereka sanggup ditipu hidup-hidup oleh puak perut pedal busuk ini sekali lagi?

Kalau 5% pun mereka ilak. Kalau lagi banyak, sejuta kali ilak lah puok-puok bokbong nih. Jadi baiklah kita ambil semua, 100%.

Sebenarnya, jika kita jadi indipenden seperti Brunei yang kaya dengan hasil minyak, kedudukan kita adalah lebih baik dari Brunei dalam untuk mengurus negara.

Kita mempunyai tenaga-tenaga pakar yang lebih dari cukup dari kalangan anak-anak Kelantan untuk membantu mengurus dan mentadbir negara. Insya Allah kita akan lebih maju dan makmor.

bat8