Tuesday, January 8, 2013

Puad Kencing Kilat...

LENTANG PETANG                                                                                                          

Politik provokasi yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkahsi tidak menunjukkan beliau seorang ahli politik yang profesional setaraf dengan kedudukan sebagai timbalan menteri pelajaran. Puad walaupun terdesak sangat untuk mempertahankan sokongan Melayu agar terus menyokong Umno  tetapi jangan sampai membuat provokasi sebegitu huduh dan buruk.

Puad dilaporkan menggesa DAP agar memberi penjelasan berhubung dakwaan parti itu (DAP) akan mencetak 100,000 naskah Injil dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah.

Laporan itu telah disiarkan dalam akhbar pennjilat buntut dan dipetik oleh proital berita.
 
Puad tidak mahu memberi tahu mengenai dakwaan itu itu sebaliknya beliau ingin bertanya kepada DAP mengenai maklumat yang beliau difahamkan. Puad tidak sepatutnya berselindung di sebalik ayat atau perkataan belapik "difahami", "dikatakan" atau "menurut sumber." Politik hari ini politik realistik bukan politik halimunan lagi.


Bila DAP meminta bukti dakeaan itu Puad harus memberikan buktikan. Sekiranya Puad tidak dapat menjelaskan sumbernya, ternyata Puad membuat provokasi dengan isu berkenaan. Beliau harus faham isu yang dimainkan itu sangat sensitif dan boleh menyebabkan berlaku perbalahan kaum dan agama.

Apa kata kalau kalau ada orang Islam yang 'gila' dan tidak waras tatkala mendengar dakwaan Puad berasaskan sumber yang tidak sah itu, akan bertindak ke atas mana-mana pemimpin DAP? Puad kena bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kelak.

Puad diingatkan jangan terlalu sangat memanaskan keadaan sehinggakan akan mencambahkan api perkauman dan keagamaan yang melampau. Kebebasan politik itu ada batas dan sempadannya. Sesuatu yang Puad kena insaf dan sedar kalau pun beliau sendiri terlepas kuasa dan kedudukan sebagai ahli parlimen asalkan orang Melayu dan negara selamat beliau harus rela berkorban. Puad bukan segala-galanya untuk negara dan dirinya bukan aset utama. 

Kita masih halal untuk memanipulasikan apa juga isu tetapi rasanya bukan isu-isu seperti apa diperkatakan oleh Puad itu. Mungkin Puad berseronok bermain dengan isu-isu seperti itu. Tetapi apa kata kalau ada pihak lain juga membuat provaktif sama beliau dapat menerimanya.

Sehingga ini belum ada provaktif melampau yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap BN dan Umno. Pakatan Rakyat masih mengelak menggunakan isu-isu agama dan kaum dalam mencapai nawaitu politiknnya. Sehingga kini Pakatan Rakyat merendah diri kepada apa jua provokasi BN. Apakah kalau mereka (oposisi) sudah hilang sabar mereka juga terikut membawa isu sama, apakah Puad sedia untuk menerimanya dan bertanggungjawab atas musibah bakal berlaku?

Puad kena bertangugngjawab di atas dakwaan beliau itu. Kalau beliau gagal mengemukakan bukti, hatta senaskah Injil yang dicetak menggunakan kalimah Allah dan diterbitkan oleh DAP, sudah cukup untuk rakyat akan menghukum beliau nanti. Selamanya Puad akan dilihat sebagai politician yang busuk, kotor dan najis seperti mana Musa Hitam dalam kaitan isu Memali.

Saya bimbang dakwaan tidak berasas itu Puad itu ia bukan memberi laba kepada UBN khasnya Umno tetapi memberi rugi yang besar.

Saya percaya cara Puad berbuat demikian bukan atas restui Najib atau Umno seluruhnya tetapi ia adalah adalah pandai-pandai Puad saja yang kini kian giat untuk menyaingi Ahmad Maslan dalam membantu parti mereka yang juga membuat pelbagai provaksi dan ego tinggi menunjukkan kononnya merekalah yang cerdik.

Baik Puad dan Mat Maslan tirulah cara Ahli Parlimen Temerloh, Saifuddin Abdullah berpolitik, logik, terbuka dan tidak ada unsur-unsur dan sentimen kebencian melampau. Jenis dan rupa diri politik seperti Saifuddin Abdullah itulah yang disenangi semua pihak. Apa lagi sebagai seorang timbalan menteri pelajar Puad tidak patut sesekali berperangai kencing 'kilat' iaini kencing tidak basuh. Cara Puad menyembur politiknya itu tak ubah orang kencing kilat. [wm.kl.4:47 am 08/01/13]

5 comments:

Pok Li said...

Saya tak paham macam mana Puad ni layak dilantik timbalan menteri. Kalau dilihat perbahasan beliau di Parlimen, tersangat dangkal tarafnya. Kenyataan2 beliau di luar parlimen pun bertaraf budak2 sekolah rendah sahaja.

Runsing said...

Adakah tindakan PR menimbulkan polemik penggunaan nama Allah tidak dikira sengaja menyentuh sensitiviti umat islam ? Saya tak nampak keikhlasan PR disini melainkan untuk memancing undi pengundi tanpa mengira impak disebalik apa yang ditimbulkan

insafdoh67 said...

Kah.kah.kah... Ramai Melayu Bomgok puok umno ni caya... Warga emas boleh r nok kencing kilat.... Cis. .. Hancing pering bau toksik zakasi sama lu ini kali.... Orang muda. .. Sori r nok caya.... Serik doh wei....

Unknown said...

tak payah nak runsing sangat..kalau engkau pengampu umno mana tahu apa erti ikhlas jangan dok sibuk sibuk pegi main jaluh jauh tak payah menyampuk......

PokAmid said...

Intelektual dia setaraf dengan cara dia mengeluarkan kata-kata... gagap!!