Wednesday, October 8, 2008

Luka Terkini

Sah Abdullah Tidak Tanding

SEPERTI mana dijangka Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan tidak akan mengekalkan jawatan Presiden pada Mac nanti. Beliau baru membuat keputusan itu sekejap tadi di PWTC. Tindakan Abdullah itu tidak mempedulikan rayuan dan desakan para penyokongnya yang meminta agar beliau terus memimpin Umno.

Sekumpulan penyokong fanatiknya dikatakan membanjiri PWTC dengan membawa sepanduk meminta agar Abdullah terus memimpin Umno.

Keputusan Abdullah itu menunjukkan beliau sangat kecewa dengan sikap timbalannya yang beriya-iya dan tidak sabar untuk mengambil alih jawatan itu.

Keputusan Abdullah membuka senario baru di mana sudah hampir pasti pertarungan merebut jawatan Presiden Umno akan berlaku antara Mohd Najib dengan Tengku Razaleigh Hamzah. [wm.kl 4:30 pm 08/10/08]

2 comments:

Anonymous said...

Saya tidak nampak Najib beriya-iya nak rebut jawatan Pak Lah. Yang saya nampak, Muhyiddin saja yang beriya-iya sangat, macam dah kemaruk kuasa...

Jika benar Pak Lah tidak bertanding untuk mempertahankan jawatan dan akan undur diri pada Mac, saya adalah antara penyokong beliau yang kecewa dengan tindakan itu. Apapun itu keputusannya. Kita harus hormati...

Anonymous said...

saya tertanya-tanya kenapa muhyidin ingin umumkan samada beliau akan bertanding atau tidak pada hari jumaat (lusa).

Apakah pula posisi yang ingin ditandinginya? Timbalan presiden atau presiden ???