Monday, June 1, 2009

Jawab Kickdefella 1

Bila Kuda Juga Sakit Kepala

MESKIPUN hebat dan gagah sang kuda perang tetapi kalau habuk banyak dan jalan berbinggung-binggung ia bisa menjadikan sang kuda tunggangan itu boleh sakit kepala dan kelabu mata serta hilang fokas juga. Biasanya sebagai makhluk jadian, kita terpaksa akur kepada sunatullah, mengenai kelemahan dan kenaifan kita sebahagi makhluk baharu.

Begitulah yang dapat saya lihat apa yang berlaku ke atas blogger bernama Kickdefella atau (Syed, entah syed apa), sehari dua ini. Beliau yang menjadi tukang tulis berbayar secara rasmi kepada si baju petak-petak merah nampaknya tidak senang duduk.

Seolah-olah dia pula yang bertanding nak merebut jawatan timbalan presiden Pas. Biasalah orang bersahabat kena saling merasa macam paha kanan dicubit paha kiri kena merasa sakit juga.

Sebenarnya saya tidak pernah menyentuh hal blogger ini. Seurat rumput dihalaman rumahnya pun saya tidak pernah menyentuhnya. Malahan blog dia pun saya tidak tengok. Cuma akhir-akhir ini apabila beliau ‘memadah’ saya menjenguk ke blognya maka saya melihat meskipun malas untuk berbuat demikian.

Tetapi kerana dia sudah memula maka saya akan mengikut rentaknya. Kata orang kalau orang menjual, dayus sangatlah kalau kita tidak membelinya. Apa lagi kalau yang dijual itu modalnya dibayar orang. Walaupun tidak ada duit kerana tidak dibayar secara tetap ataupun dikontra dengan berhektar kawasan getah klon, kalau paksa berhutang sekalipun maka saya rela berhutang untuk membeli sesuatu yang dijaja di hadapan rumah. Kesian pula kepada si penjaja kalau kita tidak membeli.

Sebenarnya saya berifkir panjang untuk bersoal jawab dengan sdr Kickdefella ini. Saya berfikir wajarkah saya berdebat dengannya yang mengakui pernah menjadi driver ayah Mohd Amar, Pak Nik Lah ini. Kerana kritikan saya bukan kepadanya tetapi kepada si baju petak-petak merah. Tetapi bila mengenangkan menjadi driver kepada ustaz bukan bermakna kita juga alim, maka saya rasa terpanggil pula untuk menjawabnya, setidak-tidak untuk memuaskan penjenguk blog saya ini dan memberi petunjuk supaya jadi alim sikit.

Tetapi tidak mengapalah kerana dia adalah tukang tulis berbayar kepada si baju petak-petak merah, propagandis profesional, maka saya sedia menjawab apa yang dibangkitkan. Saya telah jelaskan hal kambing, saya tidak mahu mengusiknya lagi sebab ia sudah lama dan ramai orang sudah tahu. Tetapi kerana ia diminta berbuat demikian maka saya akan cuba menjawab.

Dalam posting pertama Kickdefella mengenai saya beliau ada membuat tuduhan yang saya melakukan ugutan ke atas si baju petak-petak merah. Katanya saya ugut akan menulis buku menghentam tuannya itu kalau tuntutan saya tidak dipenuhui. SMS ugutan itu juga disertakan oleh Kickdefella untuk menyakinkan pembaca otak kemetot. Kononnya dia juga saya ugut. Siapa Kickdefella sampai saya perlu ugut? Dia bukan siapa-siapa kepada saya pun.

Di sini saya minta Kickdefella membuktikan kebenaran dakwaan yang dipostingkan itu. Saya berharap beliau mengemukakan bukti mengenai perkara itu. Jangan menuduh melulu kalau tidak sdr juga jadi macam saya seperti mana sdr katakan itu? Elakkan terkena sifir sdr sendiri, 2 x 5. Jalannya mudah sahaja, beliau boleh minta bil telefon dengan Celcom dan teliti bila dan bagaimana butiran mengenai ugutan saya itu, dan dedahkan dalam blog beliau. Bukan payah sangat. Untuk itu juga buat laporan polis kerana ugutan itu bersifat jenayah. Biar polis siasat.

Kalau setakat hanya mencatat ada SMS begitu, sesiapa pun boleh melakukannya. Saya sendiri boleh buat begitu ianya cukup mudah. Tulis bal-bla dan tinggalkan nombor telefon. Saya juga ada nombor telefon Kickdefella. Tetapi saya rasa saya tidak seAbu Jahal Kickdefella. Tetapi apalah gunakan kalau membuat sesuatu yang tidak benar? Bukankah Pas itu mengajar manusia mengenai dosa dan pahala? Dan bila kita berkerja dengan mualim seharusnya kita juga kena jadi alim-alim kucing. Kalau tak malu kepada Nik Aziz pun tetapi malulah kepada tongkat gerekoknya itu. Sia-sialah duit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk membayar gaji Kickdefella. Ingat duit itu duit rakyat.

Kita boleh berbohong dan menipu anak dan isteri kita. Kita boleh berbohong kawan-kawan kita mengatakan kita minum sirap walhal kita minum arak. Malahan kita boleh berbohong dan menipu Tok Guru Nik Aziz. Tetapi kita sama sekali tidak boleh berbohong kepada diri sendiri. Sebab kalau kita berak bau kohong itu akan bercampur dengan kebusukan tahi.

Biasanya apa yang kita minum itulah juga yang akan kita keluarkan menerusi 'mucung' kencing kita.

Saya berharap kepada Kickdefella yang menjadi jurutulis kepada idola Ahmad al Fateh itu bertanggungjawab. Bersikap jujur dan berkata benar bersertakan bukti sahih. Menulislah apa yang anda tengok dan alami sendiri. Jangan menulis apa yang anda dengar. Naif sangatlah untuk menjadi jurutulis kepada idola Ahmad al Fateh kalau tidak ada kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. Hamlau sangatlah kita kalau duduk di pejabat ulama besar tetapi masih bercakap bohong.

Nombor telefon saya ditinggalkan Kickdefella dalam blognya. Tujuanya agar ada orang menelefon saya, menganggu ketenangan saya. Itulah tujuannya, agar saya tidak menulis dan gerun untuk mengkritik si baju petak-petak merah.

Sorrylah... saya bukan manusia lemah dan pengecut. Saya sedia berhadapan dengan sesiapa saja. Saya menulis lebih lama daripada Kickdefella. Maaf. Saya berdepan bukan saja dengan manusia yang bernafsu besar, tetapi saya juga turut mengkritik Istana Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz bila saya lihat dia tidak kena. Saya tidak akan berkompromi dengan sesiapapun yang jahat.

Saya tidak jadi penulis kalau saya pengecut. Kalau Kickdefella dicekup polis kerana memasang bendera terbalik dlam blognya saya juga disiasat polis di bawah Akta Hasutan kerana tulis buku kritik Istana. Tetapi nasib saya baik tidak meringkuk dalam sel. Dan saya tidak pernah menjaja kehebatan kita kerana ditangkap polis untuk menunjukkan kita hero.

Walaupun nombor telefon saya ditinggalkan namun sehingga hari ini tidak ada seorang pun menelefon saya bertanyakan hal itu. Nampaknya idea Kickdefella untuk menyusahkan atau menganggu tidur saya tidak menjadi. Dan para pengkritik saya bersifat polong dan hantu juga takut untuk bertanyakan saya secara direct. Mereka hanya berani melempar batu kemudian sembunyi tangan atau pun melindungkan muka seperti watak Mawas dalam cereka Si Zati dan Si Mawas disiarkan TV3 itu.

Bersambung.. [wm.kl. 6:30 pm 01/06/09]

14 comments:

nhasrul said...

Syabas Tuan MSO
Orang dah jual, kita beli jer, ore Kelate dok lari. SInce dio sudoh paparkan dokumen hok kononya boleh memburukan namo baik tuan, cadangan sayo, silo tuan attachkan pulo, dokumen tuan biar ore lain tahu hok sebenar.
Nok tengok setaro mano jawape kickdefella.
nizam UK

pcbahar said...

Saya membaca kedua-dua belah pihak.. Saya yakin ramai juga berbuat demikian.. Apa yang pembaca harapkan ialah kebenaran akhirnya akan terserlah.. Kita berharap perkara begini tidak menjadi perang terbuka antara bloggers.. Apa yang media alternatif perlukan ialah ketelusan..
Teruskan usaha anda sdr MSO.. Tuliskan tentang kebenaran walaupun ia pahit..

GAP KEMBALI said...

salam mso.

baju kotak merah atau si chicken run. untuk hal serang husam the chicken run, GAP BERSAMA KAU MSO !

cuba kau tengok gambar kat blog aku..

kok kookkk kokkkkkk.. masa berkokok lah kickdechicken !

Malaysia said...

antara tulisan tuan MSO dan kidecfella saya dapat merasakan tulisan MSo lebih tulen dan dari isi hati penulis, makalala tulisan kidecfella seakan disuruh tuannyer...

Anonymous said...

Salam MSO,

Saya teruja dengan keberanian MSO, sebagai penulis yang sanggup menyatakan kebenaran, terutamanya dalam keadaan cacar-merbanya pemikiran politik Melayu sekarang.

Dalam keadaan keresahan inilah pemimpin di kalangan ulama' yang menyatakan kebenaran walaupun pahit adalah diperlukan.

Saya ingin bertanya kepada MSO, selaku yang terlibat secara terus dalam media baru dan lama, mengapakah akhir2 ini seolah-olah web portal Malaysiakini memilih-milih untuk menyiarkan liputan berhubung muktamar PAS?

Kita lihat mereka lebih condong menyiarkan 'si baju petak-petak merah' dan mereka yang sewaktu dan sekarakter dengannya dengan tujuan mempromosikan mereka. Malah artikel/tulisan mereka lebih disiarkan/diwar-warkan seolah-olah mereka merupakan pemimpin yang disokong oleh majoriti penyokong dan ahli PAS. Terkejut juga adakah Malaysiakini ada agenda terhadap kepimpinan PAS sekarang?

Kalau benar mengapa ye?

Wassalam

dewa said...

Tuan Haji adalah tokoh penulis Pas yang saya paling kagumi, sebabnya adalah tuan haji berani mengkritik sesiapa sahaja tak kira Pas atau Umno.. Bagi saya semua penulis mesti seperti tuan haji memuji apa yang benar dan mengkritik apa yang dirasakan tidak benar... Tetapi ramai penulis sekarang hanya memuji apa yang benar dan mendiamkan sahaja apa yang tidak benar... Salah satu sebab mengapa saya tidak miss akhbar siasah kerana ia lebih sederhana dan lebih bebas sedikit... alhamdulillah setakat ni saya tidak miss lagi siasah biarpun saya berada di Borneo... Sudah lama saya tidak membaca harakah dan tidak pernah membeli keadilan sbb semua cerita hanya ada puji-pujian kepada parti masing2... Teruskan perjuangan dan saya yakin ALLAH akan membantu Tuan Haji..

agletek said...

Teruskan apa yg tuan rasa perlu ditulis...

kepada penyokong Husam...
baca dengan akal yg waras....

kepada bukan penyokong husam...
juga baca dengan akal yg waras...

RBF Online said...

HIDUP MSO !!!!

kasi telanjang itu kicdeselak kaki golok

RBF Online said...

tlg cakap kat kickdeselak tu sebelum dia kenal husam ,mso dah lama berkawan dgn husam

kaki mabuk pun boleh dilantik kerja di PMBK yg dipimpin oleh PARTI ISLAM SEMALAYSIA

Unknown said...

saya tak suka fitnah2 antara sama islam ni. jadi ini yang saya rasa...sudah dikomen pada blog kick sekali.

"bro, if you got that from within wordpress….i think you should think back carefully. “somebody” is trying to make u and him the ayam laga. i can just put MSO and put his email too….(given that i know what his email and phone number is). btw you didn’t put any security on who is the valid user for that MSO id on wordpress. benda macam ni i think ada yang nak laga-laga saja ni. dah lah…unless u have a more solid proof, i won’t even believe that he dropped that in your msg box in wordpress. my instinct says there’s a mole around here somewhere…."

kalau betul, maka betul lah saya. kalau salah, hanya tuhan saja yang maha tahu.

Mv Agusta said...

Memang benar Sheih berkerja dgn Husam dan dibayar oleh Anak syarikat Kerajaan Negeri. Memang benar arahan pembayaran dibuat oleh husam. Sheih sendiri pernah bercerita dgn sya.

LENTERA MINDA said...

GAP KEMBALI... Memang lah hang sokong MSO sebab menguntungkan agenda hang!
MSO... kena ada etika kalau hendak kritik orang lain...
Kalau tidak suka ada batasnya..
Kalau suka pun ada batasnya...

chef khairur said...

berani kerana benar.

Nizam said...

"Bukankah Pas itu mengajar manusia mengenai dosa dan pahala?"

humang aiii...fanatiknye..