Monday, June 15, 2009

Singgah Kuala Krai

Calon Pas Manik Urai
Antara Fauzi dengan Abdul Basit?

TANGGAPAN sesetengah pihak Pas menghadapi masalah untuk mencari calon pilihan raya kecil Manik Urai kurang betul dan benar. Seperti mana kata pemimpin Pas, mereka mempunyai banyak calon yang berkelayakan dan mempunyai latar belakang pendidikan.

Tetapi untuk mencari tokoh yang menyamai Ismail Yaacob mungkin agak mustahil. Ismail Yaacob (Pak Su Weil) hanya akan muncul dalam 30 tahun sekali!

Khabarnya Pas Kuala Krai telah mengenal pasti beberapa nama dan dua nama kini diharap akan mendapat restu Pesuruhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dua nama itu salah seorang yang disebut sejak awal lagi, Fauzi Abdullah (foto) yang kini Bendahari Pas Kuala Krai.

Beliau juga pernah menjadi penyelia DUN Guchil pada tahun 2004 dulu.

Manakala seorang lagi nama yang tersembunyi sebelum ini ialah Abdul Basit Abdul Rahman, iaini abang kepada Ketua Pas Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman.

Basit seorang ustaz berkelulusan M.A Syariah Madinah. Kini merupakan pensyarah sambilan di Kolej Ismail Petra Kelantan (Kias). Walaupun beliau bukan pemimpin peringkat kawasan Kuala Krai dan dikatakan tidak berminat dengan politik, tetapi penonjolan namanya kerana kelulusan dan hubungannya dengan Abdul Latif Abdul Rahman yang juga ketua Pemuda Pas Kelantan yang rapat dengan pemimpin kanan Pas Kelantan.

Jika dibandingkan antara kedua nama ini, sekiranya Pas ingin meletakkan calon yang mirip-mirip Pak Su Weil sudah tentu Pas akan memilih Fauzi memandangkan hubungan beliau dengan ahli dan penyokong peringkat bawahan yang menyeluruh. Beliau juga seorang aktvis parti yang sabar dan berkerja untuk parti. Manakala kedudukannya sebagai peniaga ikan di bandar Kuala Krai menyebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan kenalan.

Fauzi juga dikatakan menjadi 'pegawai kebajikan' kepada sesetengah masyarakat miskin di Kuala Krai di mana beliau menjadi tempat untuk meminta bantuan dan pertolongan.

Selain itu beliau juga dikatakan seorang yang ikhlas dan setia dengan parti. Dalam pilihan raya lalu beliau disebut-sebut untuk diletakkan bertanding di Guchil. Tetapi disebabkan Guchil diserahkan kepada PKR ekoran formula membahagikan kerusi, peluang Fauzi terlepas.

Walaupun beliau tidak bertanding namun semangat dan tanggungjawabanya sebagai ahli parti tidak berkurangan.

Dalam pada itu populariti Fauzi juga tidak terlawan calon lain termasuk bekas calon Pas 2004, Mohd Zamzuri Mat Lazim yang juga turut disebut-sebut pada peringkat awal bakal diletakan semula oleh Pas pada pilihan raya kecil berkenaan. Menurut sokongan kalangan penghulu di Kuala Krai, 14 penghulu katanya memilih Fauzi manakala enam memilih Zamzuri.

Bagaimana pun perkembangan sehari dua ini, nama Zamzuri seakan sudah menggendur sebaliknya yang disebut ialah Fauzi Abdullah dan Abdul Basit.

Sekiranya Pas Kelantan berhajat untuk memilih calon berkelulusan agama serta berkeperibadian baik tentulah Basit akan diberi peluang kerana Basit juga merupakan anak kepada Tuan Guru Abdul Rahman Sungai Durian. Demi memenuhi hajat itu mungkin Pas boleh menutup mata daripada dituduh kroni kerana Basit adalah abang kepada Latif.

Kini pun sudah kedengaran dikalangan sesetengah orang Pas yang mengatakan tidak menjadi masalah kalau Basit diletakkan walaupun dia adalah abang kepada Latif kerana Rasulullah sendiri melantik menantu dan mertuanya sebagai pemimpin.

Cerita-cerita itu adalah sebagai menghalalkan tindakan Pas nanti sekiranya Basit dipilih sebagai calon. Dan tidak mustahil kalau tidak ada persefahaman di antara dua kumpulan yang menyokong dua calon ini, calon lain akan diturunkan! [wm.kl. 10:00 pm 15/06/09]

4 comments:

Elbaritii said...

Dr Abd Basit telah menerima ijazah PhD Universiti Islam Madinah dalam bidang syariah, pengkhususan fiqh Islam.

Memang tidak berminat dengan jawatan politik ( bukan politik ) kerana memberi tumpuan kepada pondok Sungai Durian. Lebih memberi masa kepada ceramah agama dan dakwah daripada politik.

Tokoh yang dilihat mempu menjadi mufti Kelantan dengan ilmu dan pengalamannya di luar negara.

Saya melihat, beliau sesuai sebagai tokoh agama, bukan politik, khususnya ketika kekalutan sekarang ini. Rugi bagi tokoh ini, jika dipalitkan dengan mana-mana team, jika betul2 wujud di Kelantan.

Wallahu a'lam.

efendi.hassan said...

asalkan berkelayakan, berkemampuan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik dan diterima masyarakat setempat, tak salah sekiranya dipilih dari kalangan keluarga sendiri.

Wallahu aklam

Unknown said...

Salam..
Rasanya tak perlulah menurunkan Dr. Basit walaupun dia berkelayakan, berkemampuan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik dan diterima masyarakat setempat kerana bukan dia seorang yang layak dan berkemampuan.Memilih dari kalangan anak beranak, adik beradik atau bahasa tumpulnya..'kroni atau klik'..harus dibuang jauh2 dalam PAS.
Orang yang menggunakan hujjah dengan mengkiaskan Rasulullah melantik menantu dan mertuanya sebagai pemimpin tu....
sebenarnya 'tak abis ngaji' sejarah Islam. Tak abis ngaji sejarah tu sebab zaman Rasulullah, individu Muslim yang sesuai utk diangkat sebagai pemimpin adalah amat tandus krn masa tu adalah masa (Fatrah) awal Islam...Islam tak ramai dan kualiti pun kurang..
Harap faham dan reti laa...

TBO said...

salam

Dr. Abdul Basit memang best kuliah dia, teman download abih semua kuliah beliau,perwatakan dan karakter boleh ganti TGNA.