Wednesday, August 4, 2010

Bualan Petang

Ke Mana Perdana Menteri Kita?

KENAPA tidak ada dengar berita ke mana Perdana Menteri yang kita sayangi Mohd Najib Razak bercuti? Sepi dunia Malaysia dua tiga hari ini bila Najib bercuti. Kerana ketiadaanya dia juga menyebabkan ada orang yang berani mempertikaikan slogan keramatnya 1 Malaysia. Ada yang kata orang tidak faham slogan berkenaan.

Ada pula yang kata masa diperlukan untuk menjelaskan slogan berkenaan. Kononnya slogan itu baik kerana ia digagas bersemangatkan perlembagaan negara, tetapi sayang ia tidak difahami dan dimengertikan. Semacam puji tetapi benci Najib saja kata-kata itu.

Najib diberikan bercuti ke luar negara 10 hari. Menjelang 1 Ramadhan Rabu depan beliau akan kembali. Ikut bersama tentulah isterinya, Rosmah Mansor. Rosmah selamanya tidak akan membenarkan Najib ke luar negara bersendirian. Malahan Najib menghadap Raja Abdullah Abdullah pun Rosmah kena hadir sama. Belum pernah dibuat orang - bertemu dengan Raja Arab isteri (perempuan) ikut bersama.

Tetapi itu berlaku kepada isteri Najib. Betapa sayangnya Najib tidak macam Abdullah Badawi atau pembesar lain, meninggalkan Jeanne Abdullah di luar sementara bekas PM itu jumpa Abdullah. Bertuahlah si Rosmah Mansor.

Ke mana Najib bercuti? Katanya ke Perancis? Untuk apa ke Perancis. Seorang teman saya memberi tahu Najib di panggil oleh pihak berkuasa Perancis untuk menjawab beberapa soalan berhubung dengan rasuah dalam pembelian kapal selam. Saya cepat-cepat menafikannya.

"Masakan Perancis memanggil perdana menteri kita?" kata saya menolak dakwaan itu. Saya kira kata-kata kawan itu adalah teridea dari pembangkang.

Dia berkeras menjelaskan apa yang beliau tahu. Tetapi saya berkeras menafikannya. Tidak logik. Jangan cuba burukkan Najib dengan rasuah itu. Ia tidak ada kena mengena. Kononnya pihak berkuasa Perancis sudah mula menyoal pihak-pihak tertentu. Skandal itu katanya memalukan Perancis.

Tetapi apa yang saya tahu mengenai Najib selepas di Perancis dia akan ke Rom. Di Rom dia akan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Di sana Najib akan tonton teater. Sambil itu mereka berdua akan berbincang mengenai tarikh pilihan raya Sarawak.

Ini saya percaya. Sebab ada sedikit kekalutan di Sarawak. Taib Mahmud yang mulanya dikatakan akan membubar DUN Sarawak Jun lepas tidak berbuat begitu. Perkembangan di Sarawak menyebabkan Taib hilang keberanian dan keyakinan.

Bagi Najib pula pilihan raya Sarawak penting untuk mengukur sejauh mana populariti dirinya sebagai PM. Juga untuk ukur sejauh mana 1 Malaysia difahami dan diterima. Kalau Sarawak menang besar bermakna Najib akan terbuka hati untuk meminta parlimen di bubarkan tidak berapa lama selepas itu.

Sebaliknya kalau pilihan raya Sarawak nanti tidak berapa sihat, menyebabkan Najib dan UBN Semenanjung juga tidak berapa sihat. Ini menyebabkan pilihan raya umum ke-13 lambat lagilah.

Apakah keputusan perundingan antara Najib dengan Taib Mahmud kelak. Harap-harap kawan yang berada di Rom akan memberi tahu secepat mungkin. Saya di sini hanya dapat menilik jejak Najib dan Rosmah di dalam batil emas sahaja. Aduhai, Mat Maslan! [wm.kl.4:05 pm 04/08/10]

5 comments:

mantaro said...

Selalunya PM ke luar negara.Macam-macam akan berlaku.Kita tunggu dan lihat sehingga Najib balik.

Nasionalis1982 said...

Tulisan anda ada unsur persepsi, spekulasi dan tidak pasti.

mohd sayuti omar said...

Nasionalis 1982... sebab itu saya kelompokkan catatn ini dibawah Bualan Petang. Bualan maksudnya apa-apa saja boleh berlaku. Mungkin juga ia kosong dan tidak boleh dipercayai. Seloknya sebelum baca apa-apa catatan saya tenguk jenis tulisan itu dulu jangan buang masa dengan jam yang jarumnya tidak bergerak atau bengkok!

ANAFAKIR said...

Ayat paling power dan paling 'membunuh' ialah ayat terakhir tuan dlm posting tuu.."Aduhai!!!,Mat Maslan."Itu yg bisa, org Kelate kato..hahahahaa.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan,
Terdetik difikiran saya kenapa akhir kalam di cetuskan nama mat maslan, si penoreh getah Jeli. Apakah dia kembali menoreh hahahhaa....Geli hati saya lah tuan!