Pesta Jual Minyak Petrol Malaysia Di Golok
TIDAK dinafikan banyak kemudahan termasuk subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat negara ini. Dalam setahun berbillion ringgit kerajaan sumbangkan. Itu semua untuk menjamin kesejahteraan rakyat negara ini. Antara
bentuk subsidi yang disalurkan ialah melalui harga minyak petrol, bayaran insentif untuk petani dan sebagainya.
Tetapi malangnya sesetengah insentif atau subsidi itu bukan saja tidak dikecapi oleh rakyat sepenuhnya, sebaliknya ada ianya disedut oleh pihak lain yang tidak ada kena mengena dengan negara ini.
Kemudahan disediakan kerajaan untuk rakyat negara ini turut dinikmati alis disamun sewenang-wenangnya oleh orang luar.
Salah satu ialah subsidi harga minyak petrol. Sejumlah berbillon ringgit ditanggung kerajaan kerana ingin membantu rakyat mendapat harga minyak murah. Tetapi sumber ini turut sama diambil kesempatan oleh rakyat luar.
Tidak mengapa kalau mereka menumpang sedikit nikmat negara kita. Tetapi apa yang kesalnya tindakan mereka sudah melampau, melebih-lebihi dari rakyat negara ini sendiri dan kadangkala menyusahkan pula. Mereka bukan saja menikmati minyak itu untuk diri sendiri tetapi dijual sebagai sumber rezeki mudah.
Pada saya aktviti ini satu aktviti penyamunan hak rakyat negara ini yang disediakan kerajaan. Sedih lagi 'penyangatan' dilakukan secara terang-terangan tanpa segan silu dan rasa bersalah lagi. Notis dan pemberitahuan tidak dipedulikan, dan seolah-olah arahan itu tidak berlaku langsung.
Pergilah ke mana-mana petrol pam di sempadan seperti di Tumpat, Tanah Merah atau pun Rantau Panjang. Puluhan kenderaan Thailand berbaris untuk mengisi minyak. Pemandangan ini semakin menyolok mata terutamanya waktu petang dan pagi. Puluhan buah kereta dan motosikal berbbaris dan berasak-asak di stesen-stesen minyak berhampiran sempadan.
Suasana di sesetengah stesen minyak tak ubah seperti di sebelah Siam bila mana semua kenderaan yang berbaris berplat Thailand.
Paling menyesalkan mereka mengisi bukan saja untuk keperluan kenderaan mereka, tetapi untuk tujuan perdagangan. Jual minyak. Inilah sikap atau perbuatan yang dianggap sudah melampau dan tidak boleh dimaafkan lagi. Gara-gara inilah kerajaan menanggung kerugian kerana subsidi yang diberikan turut sama disedut oleh rakyat luar.
Siapa tidak marah kalau harta benda kita dijual sesuka hatinya. Sebelum ini saya tidak percaya mengenai kegiatan haram yang telah halal ini. Tetapi kunjungan saya ke Golok dalam misi Kembara Ramadhan dua tiga hari lepas menceritakan segala-galanya.
Di bandar Golok di mana-mana jerung atau sudur boleh dilihat minyak petrol kita dijual dalam botol dengan harga RM2.70 sen. Mereka akan peragakan minyal dalam botol di atas rak ringkas yang didirikan di tepi-tepi jalan. Lagaknya macam jual air mineral saja. Untuk sebotol mereka akan mendapat keuntungan kering sebanyak 50 hingga 70 sebotol.
Paling merujakan di batang jalan di Golok ia seperti kawasan industri minyak petrol. Di jalan ini berderetan gerai jual minyal petrol dalam botol didirikan. Kerana berleluasanya penjualan minyak haram ini menyebabkan stesen minyak di Golok lenggang atau tidak dikunjungi langsung oleh motorsikal. Kapasiti julan dalam botol sesuai untuk motosikal.
Seorang penjual memberi tahu dia mampu menjual antara 50 hingga 100 botol sehari dengan pendapatan antara RM40 hingga RM60 sehari. Peniaganya senang saja, ambil minyak di Rantau Panjang yang jaraknya tidak sampai 2 km, masukkan dalam botol dan jual.
Mereka bebas menjual tanpa ada apa-apa tindakan dan pengawalan dari kerajaan Thailand.
Apa yang menjadi tanya tanya ialah kenapa begitu mudah minyak itu dibawa masuk? Apakah ada kerjasama dengan penjual minyak? Ataupun kerana pihak penguatkuasa dibuat sambil lewa saja ataupun pihak penguatkuasa dan stesen minyak juga menjadi anggota sendiket? Nampaknya begitu lah sebab kalau tidak ada tangan yang membuka penyelak di sebelah dalam tidak semudah itu pencuri masuk. [wm.kl. 10:50 am 24/08/10]
3 comments:
Masalah penyeludupan minyak petrol sama saja dengan gula dan minyak masak. Ia tetap berlarutan selagi harga antara dua negara tetanga tidak dapat diselaraskan ,tapi mana mungkin ianya terjadi.Harga minyak dinegara kita jauh lebih murah berbanding dengan negara jiran.Di Rantau Panjang harga kawalan 1 liter RM 1.88 sen di Thailand mau RM 3.00 lebih. Mana tak untung jika diseludup dan dijual disana.Inilah punca pengaliran keluar bahan petrolium, minyak masak mahu pun tepung gandum. Kalau mahu disamakan harga minyak dengan negara jiran untuk elak penyeludupan lagi teruk.5 sen harga minyak dinaikan satu dunia kiamat kondem kerajaan... lebih-lebih lagi orang politik. Pandai cakap tak tahu masalah dan mulalah putarbelit fakta. Cuma kalau mahu dikurangkan gaya penyeludupan ini setiap rakyat Malaysia harus bersyukur dengan limpah rezki yang kita miliki dan punyai rasa tanggungjawab kepada negara dalam setiap aspek, politik, sosial dan ekonomi seperti resahnya seorang pemikir yang melihat perubahan sekeliling yang berlaku seakan menenggelamkan Bumi yang tercinta ini oleh anak bangsa sendiri yang tak tahu pencak silat dan rentak gong gendang yang dimainkan...orang.
sya setuju ngan mso. penguatkuasaan di malaysia sgt lemah.bukan masalah petrol shj masalah lain pun sama tengoklah dadah musuh nombor satu dah jadi nombor berapa dah sekarang. Lambakan mercun tak mampu nak cegah sama sekali.barangkali daripada 10 treler hanya satu yang sangkut ditangan penguatkuasa.Kita boleh bermegah dgn Imegresen, SPRM dll.Bila dah banyak kali gagal alasannya masyarakat tak bagi sokongan. Bila dpt cekup kononnya iani rampasan terbesa. Yang menghairankan kita mcmana rampasan kerapkali terbesar tapi mercun berlambak2 di pasaran.mungkin kalau tak ada rampasan terbesar negara kita akan ditimbus mercun , dadah dll lagi.
Aku x faham la.
Nikah gantung x perlu dok sekali? So projek sorg2? Dapat anak bg mak pak bela?
Ingatkan nak mudahkan nikah, bantu psgn tu hidup bersama ke...
Ada sesiapa faham maksud ust kita nih?
Cam nikah mutaah je...
Post a Comment