Muhyiddin Akui Umno Akan Out...
DAKWAAN mengatakan Umno kini terdesak dan sangat bimbang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang ada kebenarannya. Tanda-tanda itu jelas baik secara berselimut ataupun secara telanjang. Kebimbangan itu dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Umno. Ini termasuk Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Mohd Yassin.
Katanya Muhyiddin sangat bimbang dengan masa depan Umno. Arus dan gelombang kebangkitan rakyat bersama PR seakan bakal menghanyutkan Umno. Sokongan dan simpati orang ramai kepada Anwar Ibrahim akan memangsakan Umno.
Kalau pilihan raya 2008 lalu dianggap sebagai tsunami kali ini ianya akan dianggap sebagai gempa bumi pula. Dan kalau gempa bumi disertai tsunami serentak lagi teruk.
Berbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan Najib Razak tidak menunjukkan hasil yang kondusif. Malahan, sesetengahnya menjadi masalah kepada Najib dan UBN. Slogan 1 Malaysia adalah antaranya. Bukan saja rakyat bawahan yang celaru dengan slogan itu, Mahathir Mohamad juga tidak faham. Pendekatan dan sikap pragmatif UBN dan Najib yang mengikut rentak Pakatan Rakyat dalam mewarnakan politik negara menjadi senjata makan diri.
Misalnya orang Melayu yang tidak suka dengan politik baru Pakatan Rakyat yang terbuka, bersifat multi racial dan sedia memenuhi tuntutan semua kaum, mengharap Umno akan menentangnya. Sebaliknya Najib tidak mampu melawan ironinya Najib obses turut melaksanakan apa-apa yang disebutkan oleh Pakatan Rakyat kerana ingin menghunjamkan Pakatan Rakyat. Satu sisi umum melihat Najib jauh ke depan tetapi dari sisi lain Najib terperangkap dalam silang kata politik Anwar Ibrahim yang merugikan Melayu.
Sikap tidak berani ini menyebabkan orang Melayu yang tebal semangat chauvenis Melayu dan nasionalis merasakan Umno bukan tempat pergantungan mereka. Mereka merasakan Umno lebih kurang sama juga dengan Pakatan Rakyat. Kesimpulan mudah bagi mereka, setidak-tidaknya pemimpin dalam Pakatan Rakyat tidak sekorup pemimpin Umno.
Semalam seorang bekas anak tokoh Umno secara tidak sengaja menceritakan kegelisahan dan kebimbangan Muhyiddin. Beliau menceritakan Muhyiddin telah menceritakan kebimbangan itu dalam satu perjumpaan dengan Umno bahagian, Paguh baru-baru ini. Menurutnya Muhyiddin secara berterus terang menceritakan yang Umno kini dalam keadaan terancam. Bahagian Paguh ialah bahagian Muhyiddin.
Muhyiddin juga menurut anak tokoh Umno itu Muhyiddin tidak percaya dan bimbang kepada undi kaum Cina untuk parti berkenaan. Bukan saja di negeri-negeri di Utara dan Pantai Barat, tetapi di Johor juga. Katanya, sekurang-kurang enam kerusi di Johor yang mana kedudukan undi Cina melebuhi undi Melayu sukar untuk dipertahankan dan akan hanyut dalam pilihan raya akan datang. Katanya mood pengundi Cina berubah secara total.
Justeru katanya, Muhyiddin bekerja keras untuk menyelamtkan Umno. Baginya Umno perlu diselamat kerana selepas ini beliau yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan Umno dan seterusnya perdana menteri. Tentulah Muhyddin tidak mahu kalau Umno akan berkubur sebelum beliau dinobatkan sebagai perdana menteri dan beliau hanya meninggalkan legasi sebagai TPM terakhir dari Umno.
Dalam pada itu jelas anak tokoh dan aktivis politik itu, Muhyiddin berpendapat satu-satu cara bagi menyelamatkan Umno ialah dengan mengajak Pas bekerjasama dengan Umno. Pas adalah tali hayat terakhirnya. Alasan mengenai perpecahan Melayu, dan Melayu kehilangan kuasa majoriti perlu dipergunakan. Lantaran itu katanya baru-bnaru ini Muhyiddin telah membuat offer kepada Pas untuk bekerjasama dengan Umno walaupun Pas sudah berkali-kali mengatakan nahe nahe.
Muhyiddin begitu ghairah untuk ini. Katanya beliau (Muhyiddin) terpaksa menengur Najib Razak yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbau ego mengatakan Umno masih kuat dan tidak perlu kerjasama dengan Pas. "Selepas Muhyiddin tegur itulah maka Najib terpaksa mengubah kenyataan kerasnya beberapa hari selepas itu," jelas aktvis berkenaan.
Memahami apa yang dirasai dan digeruni Muhyiddin kini, tidak mustahil Umno akan terus berusaha untuk memujuk Pas agar berkerjasama dengan mereka. Situasi ini harus dilayan penuh berhati-hati oleh Pas. Sekiranya ada mereka yang mudah kesian dengan Umno, bahayanya akan menimpa Pas.
Pas harus bersetuju menerima pandangan sekiranya Umno ingin bersatu biarlah ianya dibuat dengan memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Pas. Pas harus mengenal pasti keikhlasan Umno. Satu syarat besar yang harus Pas kenakan jika Umno ingin bersahabat dengan Pas atas kepentingan Melayu dan Islam, mereka harus mengundang sama Anwar Ibrahim dan PKR. Dalam pada itu Pas juga juga harus istikarah apakah angan-angan mereka dengan Pakatan Rakyat menguntungkan agama dan bangsa. Assamualaikum Tok Guru, bertongkat nampak? [wm.kl.8:00 pm 09/08/10]
1 comment:
Tok Jib dam Tok Taib Mahmud ada di Paris.Mereka lepak2 kat sana.Tok Yiddin kelam kabut tangani masalah negara.Andai PAS silap buat perhitungan,PAS akan rugi sekali lagi.Sultan Johor sudah murka,kepada pakatan pembangkang sepatutnya kena amat berhati2 bila inginkan populariti.Jgn mengundang padah yg sengaja dicari.
Kurang seronok bila sultan Johor menggunakan perkataan 'biadap' dan 'kurang ajar' terhadap mereka yg menggunakan poster baginda utk memanipulasi suasana politik negara masa ini.Sepatutnya pihak pakatan tidak gelojoh dan terburu2 dlm bertindak.Institusi raja usahlah dilibatkan sama.Baginda Sultan memiliki kuasa mutlak dlm hal2 tertentu dan mereka tidak sepatutnya dilibatkan dgn urusan 'peperangan politik'.Pakatan perlu berlawan dgn UMNO dan tidak menggunakan mana2 raja/sultan utk memenangi persaingan.
Saya risau jika selepas ini ada lagi raja/sultan yg murka dek kebodohan yg dicipta sendiri oleh parti politik sdgkan kemurkaan baginda raja/sultan itu akan memberi kesan negatif kepada sokongan rakyat terhadap parti pembangkang.Sedar lah segera sebelum nasi menjadi bubur.
Post a Comment