Saturday, December 11, 2010

Susupan Petang

Syukur Kepada Allah Semuanya Beres

SELESAILAH majlis perkahwinan anak sulung saya, Mohd Elham bersama Sharifah Nor Atika Syed Hussin serta pasangan Syed Abu Bakar dan Sharifah Raudhah Syed Huessin. Malam tadi seperti mana dicatatkan berlangsung majlis ijab kabul. Hari ini pula berlangsung majlis kenduri kesyukuran. Alhamdulilah semuanya berjalan seperti mana dirancangkan dan lafaz syukur mendalam kepada Allah taalaa.

Keempat mempelai juga nampak gembira dan seronok. Satu lagi pasangan ialah kakak kepada menantu saya yang disandingkan serentak. Kehadiran terutama para jemputan di balik besan juga memuaskan. Keakraban nampak menyerlah sekali.

Dikesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga dan juga sahabat handai yang turut meraikan majlis sekejap tadi. Kepada ibu dan kakak dan anak saudara yang datang khusus dari Kelantan. Kepada kakak ipar isteri, biras dan sepupu dari kedua belah pihak.

Begitu juga dengan sahabat handai, Sabree Shaffie dan Kak Ani, Abang Ki (Mohd Zaki dan isteri). Dr Wan Suhaimi dan isteri, Sallahuddin, Mohd Azmi dan isteri, Apandi Mohamad dan isteri, Ibrahim (Datuk) dan isteri, Fauzi Ibrahim dan isteri, Md Radzi Mustapa dan isteri, Muhyiddin Yap bersama dua isterinya, dan lain-lain.

Semua sahabat handai yang dijemput meluangkan masa untuk hadir. Terima kasih kepada kalian. Kehadiran itu bukan boleh dibayar atau dinilai dengan wang ringgit.

Mohon maaf kepada sahabat handai yang tidak diundang. InsyaAllah pada hari kenduri di rumah saya nanti akan diundang. Tidak terlupa juga di sini saya merakamkan terima kasih kepada penjenguk yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kedua mempelai.
Percayalah ingatan dan ucapan itu adalah cenderahati paling bermakna buat saya dan keluarga.

Sesungguhnya majlis kenduri sebegini besar erti dan maknanya. Ia bukan saja mengembirakan tuan rumah atau kedua mempelai, tetapi majlis sebegini juga menjadi medan pertemuan semula dengan rakan-rakan lama.

Ia juga menjadi ikatan mengemaskan lagi gubungan tali silaturahim. Kenapa tidak yang jauh akan datang memampirkan diri sementara yang renggang dapat dirapatkan kembali. Bayangkalan kalau tidak ada majlis seumpama itu, yang jauh tetap dikejauhan sementara yang renggang akan terus terputus.

Benarlah kata orang tua-tua dan tradisi Melayu, hanya ada tiga majlis saja yang memungkin pertemuan besar atau unik akan berlaku. Bila seseorang itu dalam kesakitan, bila ada kematian dan bila ada kenduri kendara. Saat sebigini sajalah kita akan merendah diri, memurahkan budi dan meluapa segala yang terbuku dihati. [wm.kl.6:30 pm 11/12/10]

10 comments:

abu muaz said...

tahniah tuan.moga semuanya selamat.

pkrputrajaya said...

Tahniah Sdr. Semoga Allah merahmati sdr sekeluarga...!

neez said...

tuan mso, mana nas kata boleh sanding-sanding & tepung tawar?

mohd sayuti omar said...

Tadi ada seorang penjenguk Islam yang minta saya buang gambar tepong tawar. Ini pula tanya nas mana yang kata boleh sanding dan tepong tawar. saya tak nak jawab, cima kalau boleh berikan nas yang sahih yg mengharamkan upacara itu. Lepas tu rasanya elok di bawah kepada Mufti baik Mufti Umno atau PKR atau pun Pas. Tapi atas ijtihad saya, ia tidak menjadi masalah. Apapun kirimkan nas mengatakan tepong tawar dan bersanding itu haram. Walahualam.

Jashamsulnizam said...

Walau bgmanapon, ucapan Selamat Pengantin Baru kpd anak dan menantu Pak MSO...

ANAFAKIR said...

Tahniah Tuan MSO.Selagi masih dlm garis-Nya..majlis yg dilaksanakan masih boleh kita tunaikan.Selamat bermenantu..sikit lagi bergelar 'DATUK 'la tu..

nursyahira said...

Assalamualaikum Tuan,

Tahniah dikurniakan Allah seorang menantu, semoga perkahwinan kekal bahagia sehingga keanak cucu.

http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=292&Itemid=91

Wallah' Alam

Wassalam.

asman said...

Tahniah semoga mempelai dimurahkan rezeki dan jodoh kekal hingga akhir hayat.

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam.... Tahniah diatas anugerah..antara hari bahagia dan nikmat kasih sayang milik Tuan Haji MSO dan keluarga... Lagi bertuah dan berbahagia kerana Tuan Haji MSO masih mempunyai orang yang paling ikhlas dengan Tuan Haji MSO iaitu seorang yang bergelar "IBU"... Sayangi dan muliakan dia yang satu-satunya anugerah Allah yang tak ternilai...sumber kebahagiaan dunia akhirat. [Saya telah pun berpisah dengan ibu 2 tahun yang lalu]... Selamat dunia akhirat. Amin. Wallahu A'lam.

naharrashid said...

Tahniah dapat menantu. InsyaAllah akan dapat titel Datuk yang ori lepas ni. Pencatat peristiwa macam tuan MSO payah nak dapat datuk macam orang-orag lain tu. Tenguk macam Pak Subky Latiff, Pak Said Zahari. Allahyarham Pak Sako, entah; ada dapat ke tidak.

Dinbatubara