TIDAK ada alasan paling afdal kenapa Umno menangguhkan selama 18 bulan pemilihan pemimpin di semua peringkat dalam parti berkenaan melainkan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya umum ke - 13. Walaupun Najib Razak menafikan ia tidak ada kena mengena dengan pemanggilan pilihan raya umum, tetapi umum akan melihat dan berfikir ke arah itu.
Kenapa pemilihan dalam Umno perlu ditangguhkan kalau bukan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya. Apa lagi Najib memberi alasan penangguhan itu bagi mengelakkan berlakunya pergelutan dalam Umno. Kenapa harus takut kepada pergelutan?
Yang pastinya kalau diadakan pemilihan keadaan Umno tidak akan tenteram. Kalau pun kemelutnya tidak sama dengan keriuhan dalam PKR semasa proses pemilihan baru-baru ini, ianya akan hampir-hampir. PKR adalah terlahir dari tulang rusuk Umno. Kalau PKR digambarkan kelam kabut, sampai bertumbuk 'gila babi' sampai pecah bibir mulut apa lagi Umno. Umno adalah induknya tentunya gen jahatnya lebih tebal berbanding dengan PKR.
Sudah termaktub dalam sejarah pemilihan Umno dipoloti (dicemari) dengan rasuah. Malahan ada pemimpin yang dibatalkan pertandingan kerana didapati rasuah. Rasuah adalah termasuk sebahagian rukun dalam pemilihan Umno. Yang bermain dengan rasuah bukan pemimpin kecil tetapi pemimpin peringkat jerung juga ikut melakukan rasuah.
Mungkin kerana menyedari keadaan itu maka Najib perlu menangguhkan pemilihan dalam Umno. Beliau tidak mahu Umno dalam keadaan berceperaian. Beliau mahu ahli menumpukan kepada masa depan parti. Dalam hal ini tentulah untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.
Bilakah pilihan raya akan diadakan? Anwar Ibrahim meramalkan ia akan diadakan dalam masa terdekat iaitu bulan Mac tahun depan. Saya tidak mengira kalau BN berani untuk menyegerakan pilihan raya. Tidak mungkin dalam tempoh hanya empat bulan dari sekarang pilihan raya akan diadakan.
Mungkin Umno merasakan mereka sudah kuat dan sokongan rakyat sudah pulih. Kemenangan di Galas dan Batu Sapi akan dijadikan alasan. Tetapi cukupkah hanya dengan dua kemenangan itu sedangkan beberapa pilihan raya sebelum ini BN tertumus?
BN atau Najib tahu kenapa BN boleh menang. Kemenangan di Galas dan Batu Sapi bukan menjadi indikator sebenar. Kemenangan itu disebabkan beberapa kepelikan dan keajaiban yang terjadi terutamanya di Galas.
Apakah Najib sedia memperdayakan dirinya sendiri dengan kemenangan itu?
Begitu juga tidak mungkin untuk Najib mengumumkan pembubaran parlimen serentak dengan pembubaran Dun Sarawak. Apa yang mungkin berlaku BN akan melihat sejauh mana keupayaan BN di Sarawak. Kalau takdir BN memang besar mungkin pilihan raya akan diadakan pertengahan tahun depan dan bukannya serentak atau sebelum pembubaran Dun Sarawak.
Sebaliknya kalau BN mengalami tumpah darah banyak di Sarawak, ini menyebabkan Najib akan melupai untuk mendapat mandat baru sebelum genap tempoh penggal ke 12 parlimen. Kemungkinan beliau akan melengahkan pilihan raya sehingga rapat ke Mac tahun 2013.
Dalam pada itu Pakatan tidak seharusnya ralik membuat analisa buruk terhadap BN. Apa yang penting mereka menyusun strategi dan merapatkan saf. PKR misalnya perlu mengenal pasti nama calon mereka. Jangan pula para beruk, kera, lembu dan katak dipilih untuk dijadikan calon.
Pakatan Rakyat perlu berada dalam keadaan siap siaga 24 jam. Mereka perlu beranggapan pilihan raya akan tiba bila-bila masa saja. BN akan mengumumkan pilihan raya bila-bila masa yang mereka merasakan selesa dan boleh menang banyak. Hakikat ini perlu disedari pihak Pakatan Rakyat. Sabree Shafii tentu suka membaca catatan ini. [wm.kl. 12:21 am 02/11/12/0]
Catatan ini sudah diposting beberapa jam sebelum ini tetapi ghaib, terpaksa tulis semula.
3 comments:
Assalamu alaikum tuan. Sebenarnya kita harus mengucapkan terima kasih pada Najib atas penangguhan pemilihan UMNO ini.
Ibarat pertandingan bola sepak Najib sebenarnya telah pun memanggil semua pasukan yang mahu bertanding untuk berada di tengah padang. Oleh yang demikian setiap pasukan sama ada pakatan rakyat mahu pun Barisan Nasional harus menentukan pemain yang akan diturunkan sekarang. Kepada Pakatan Rakyat, ingat, wisel akan ditiupkan oleh Najib bukannya pengadil yakni SPR. Jadi, Najib akan tiup wisel bila dia rasa UMNO-BN boleh menang bukan 8.45 malam macam lega Piala Malaysia yang wiselnya ditiup oleh pengadil. PR harus pastikan jangan ada pemain yang menjaringkan gol sendiri nanti seperti masa yang lalu.
Buat rakyat, marilah kita buktikan ketuanan kita di tanah air kita sendiri dengan menolak kezaliman dan kemusnahan yang dibawa oleh pengkhianat rakyat iaitu UMNO-BN.
MARI KITA TUNGGU NAJIB TIUP WISEL.
salam. seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, najib mungkin akan memanggil PRU13 pada mac atau april. Tapi mengikut analisa tuan, najib mungkin menunggu keputusan PR negeri sarawak. Tapi kalau mengikut kepada gerak kerja UMNO-APCO dan BN sekarang ni nampak macam PRU13 dalam bulan mac. di peringkat IPT mereka dah turun habis-habisan untuk mendaftarkan pengundi muda dan disogok dengan bermacam-macam propaganda agar semua pelajar ini mengundi BN. Target mereka 80% pengundi muda IPT akan mengundi mereka. TV dan radio pun dah jadi gila balik seolah-olah semua org yang tengok TV tu org UMNO-APCO. Apapun keputusan tetap di tangan Rosmah. Dia bukan peduli dengan caci-maki orang, yang dia tau laki dia PM. Harap Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU13. Takbir 3x
Yaa betul!!! Najib mungkin akan meniup wisel Pilihanraya bila2 masa yang dia rasa selesa.
Paling penting pihak Pakatan Rakyat MESTI bersedia dengan sepenuhnya dari sekarang dalam apa jua keadaan.
Pakatan Rakyat mestilah lipatgandakan program PENERANGAN kepada rakyat untuk menangkis segala tohmahan dan propaganda yang sedang dimainkan oleh MEDIA perdana.
Walaupun kita betul tapi kalau setiap hari dan masa di suap dengan berita2 yang mengarut oleh TV dan akhbar, lama rakyat terpedaya juga.
Tidak semua orang ada internet atau melayari media alternatif< terutamanya di kawasan pendalaman.
Ayuh PAKATAN RAKYAT, kuatkan ushaha jika mahu ke PUTRAJAYA. Dekatilah rakyat dan akar umbi, para YB sendiri turun padang, jangan percaya bulat bulat apa yang dilaporkan oleh pembantu2 anda.
Bersedia dan berkhidmatlah.
Post a Comment