Majlis Fatwa Jangan Jadi Majlis Petua Petola
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bahagian Hal Eawal Agama Islam memutuskan haram bagi umat Islam menyertai demonstrasi yang boleh memudaratkan negara seperti mana Bersih 3.0.
Menurut pengerusinya Dr Abdul Shukor Husin,tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama. Aduhai...
Shukor Husin |
Tambah beliau lagi, "sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha)
mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita
hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah." Beliau lantas menyarankan mereka menyertai demonstrasi insaf kerana tindakan itu "bukan daripada ajaran Islam".
Memanglah tanpa ada endorsement dari majlis itu pun rasanya umat Islam negara ini tidak jahil sangat mengenai tuntutan agama dan tanggungjawab mereka. Mereka faham mengenai itu. Sesiapa pun tidak akan ikut serta dalam apa-apa rapat umum yang memudaratkan negara.
Misalnya umat Islam negara ini tidak akan sedia menyertai himpunan untuk menghidupkan parti komunis Malaya. Usahkan parti komunis kalau parti berdasarkan idealisme sosialis dan kapitalis pun umat Islam sudah segan dan bertaubat untuk melakukannya.
Umat Islam juga tidak akan sedia untuk berpeluh pelai bagi menyertai himpunan perjuang
gejala lesbian, gay, biseksual, transgender dan transeksual (LGBT), dan seumpama dengannya. Umat Islam di negara ini tidaklah bahlol sangat.
Jika majlis meragui kealiman Anwar sama dengan kealiman Najib, mereka juga harus tenguk kepada orang lain yang menyokong himpunan berkenaan. Begitu pun kealiman Anwar boleh dipersoalkan tetapi penasihat PKR itu tolol untuk menyertai himpunan Bersih kalau ia memudaratkan negara dan sudah dipengaruhi anasir subversif.
Kealiman Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz rasa lebih baik dan jauh boleh dipercayai dari Najib. Begitu juga dengan memahami hukum agama, jauh lebih baik dan jelas Nik Aziz dan Hadi berbanding dengan Najib, apa lagi dengan Shafei Afdal yang suka membedal dan keturunan lanun kata Najib.
Kalau tidak mereka tidak akan bersama Pas, sebaliknya akan bersama Umno kerana Umno menjanjikan syurga dunia. Begitu juga dengan beberapa Tok Guru Pondok lain kecuali tok guru pondok sakit jiwa di Tumpat dan seorang bekas profesor yang terkena jangkitan anjing gila di Kelantan, mereka juga hadir dan berpendapat Bersih halal kerana ia hendak membina negara menjadi baik.
Mereka itu tahu di mana haram dan di mana halal. Jadi apabila muzakarah itu memutuskan demikian ia menimbulkan keraguan dan menyebabkan kewibawaan majlis itu dipersoal. Bukan soal untuk membandingkan ketinggian ilmu dan keulamaan mereka (majlis itu) dengan pemimpin politik, tetapi apakah serendah itu ilmu para ulamak lain yang tidak berada dalam majlis berkenaan?
Majlis Fatwa janganlah hanya melihat parti Umno memperjuangkan agama dan Melayu manakala parti lain tidak. Secara jujur buatlah kajian terhadap perjuangan Umno jugak kepada budaya samseng dan geng starisime. Apa yang dikaut dan dilakukan oleh pemimpin Umno rasanya jauh lebih buruk dari himpunan Bersih itu. Perkara ini, soal pengautan wang ribuan jutaan ringgit, pemilikan harta secara haram dan tidak salah difatwakan berkali-kali agar si pelaku insaf. Apakah kerana ahli majlis Fatwa menerima habuan dan hadiah tasbeh emas maka mereka tidak tergamak untuk mengulang-ulangi fatwa haram mengenainya.
Atau pun
kebanyakan ahli majlis fatwa ini jenis memiliki dua kitab; berkulit kuning dan kulit merah. Kalau baca kitab kuning ia akan menjadi halal dengan syarat
dibahagi dengan mereka apa-apa harta dengan mereka. Manakala kitab merah haram mutlak kerana pendapat
dan harta pencurian tidak sedia untuk dibahagikan dengan mereka?
Tahukan anggota majlis itu yang sepakat mengatakan himpunan Bersih haram? Apakah mereka tahu struktur Bersih itu sendiri. Hafalkan mereka dengan 80 Ngo yang menyertai himpunan itu. Dan sejauh manakah mereka tahu peranan Ambiga yang kafir dan dikatakan tidak wajib disokong itu? Dan juga sejauh mana mudaratnya kepada negara. Bukankah angkara Bersih itu memudaratkan Umno?
Beberapa ulamak serban mereka tidak ada ekor yang menjadi pencaci tahi dalam Umno telah membuat seruan di pelbagai media cetak pro kerajaan dan penjilat buntut agar umat Islam tidak hadir. Anihnya kenapa rakyat berduyun-duyun hadir tidak mempedulikan seruan ulamak janggut serabut. Lebih 250,000 hadir termasuk setengahnya orang Islam ke himpunan berkenaan. Apakah dari jumlah itu semua tahap keIslam mereka lebih rendah dari para ulamak serban tidak ada ekor dan janggut serabut?
Ternyata air liur ulamak serban tidak ada ekor itu tidak masin. Mulutnya tidak keramat, sekeramat mulut Tokguruku Nik Aziz yang meminta semua orang hadir, walaupun dia sendiri tidak hadir? Kalau mulut ulamak serban tidak ada ekor dan ulamak janggut merah dan janggut serabut tidak diendahkan ini bermakna fatwa mereka itu tidak betul dan boleh disanggah.
Mereka tidak dihormati kerana keilmuan mereka tidak diyakini. Orang Melayu bermata Islam dapat mengenali mana ulama as suk, mana ulama warsatul ambia. Bukan semua orang berjubah berserban berjanggut merah kononnya ikut sunnah Rasulullah itu ulamak warsatul ambia. Mereka adalah ulamak warsatu Umnoiah.
Lantaran itu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu harus dikaji sedalam-dalamnya. Jangan hendaknya fatwa itu dibuat atas suruhan dan wahyu dari Umno khasnya Najib. Dan jangan juga kerana ianya berada di bawah kerajaan dan elaun mesyuarat dibayar maka ia perlu bersubahat dengan kerajaan.
Jangan hanya berbincang sesama sendiri tanpa mengundang ulamak bebas kerana kerajaan (Umno) meminta demikian maka ia diputus mengikut kehendak Umno. Ingat tanggungjawab dan tugas ahli majlis fatwa adalah besar dan apa-apa keputusan mereka perlu bertanggungjawab di akhirat besok. Apakah ahli majlis fatwa juga seperti pemimpin Umno yang menganjurkan kejahatan?
Apakah sebelum bermuzakarah untuk memutuskan fatwa demikian para ahli sudah memahami tentang tujuan dan matlamat Bersih diadakan. Apakah mereka juga tahu bahawa Bersih itu digerakan oleh 84 Ngo, dan antara pimpinannya termasuklah Sasterawan Negara A Samad Said. Ia bukan saja Ambiga yang kafir itu.
Ahli majlis fatwa seharusnya lebih cerdik dan tegas dari pemimpin Umno. Perlu juga diselidik oleh ahli majlis Fatwa fterhadap apa yang berlaku di Mesir. Tunjuk perasaan sehingga menjatuhkan diktator Hosni Mubarak perlu dikaji apakah ianya menempati kehendak Islam atau tidak. Apakah tunjuk perasaan itu tidak mendatangkan mudarat. Rasanya bukan saja Mubarak yang zalim jatuh tetapi banyak juga harta benda hatta nyawa yang hilang.
Kalau Yusuf Qardhawi dalam khutbahnya menghalalkan tunjuk perasaan demikian, apakah keadaan di Malaysia, Bersih lebih dahsyat dari itu? Berapa orangkah yang mati dalam himpunan Bersih dan banyak mana kerugian harta benda awam? Majlis fatwa harus mendapat penjelasan yang tepat dan bukan setakat mendengar dakwaan pemimpin Umno yang dirundung ketakutan.
Paling penting ialah apakah yang diperangi oleh Bersih? Bukankah mereka memerangi ketidakadilan dalam pilihan raya. Bukankah ketidak adilan itu kezaliman? Siapakah yang menghidupkan kezaliman itu? Tidakkah ianya kerajaan dibonggoli Umno. Justeru kalau ditanya Yusuff Qardhawi beliau juga akan mengatakan tunjuk perasaan dan himpunan Bersih di negara ini halal kerana ia untuk membaikkan kerajaan dan bukan menimbulkan kemudaratan kepada negara.
Saya mengatakan ini bagi menjamin majlis fatwa tetap dengan fungsinya, kerana kalau mereka tidak hati-hati dan membuat keputusan dengan mendengar kuasa lain, maka fatwa mereka itu hanya akan jadi petua buah petola sahaja yang boleh dipakai ataupun diabaikan. Petua mengenai sesiapa yang makan buah petola setiap hari Jumaat akan jadi ular. Mengarut! [wm.kl.12:59 t/hari 07/05/12]
3 comments:
Wa sokong you bro. Wa ilmu not tinngi tapi adalah sbb wa BERSIH maa...
Orang yg hadir BERSIH, cina melayu india dll bukan orang bodo. Wa dan geng BERSIH ada juga ilmu. So..furt tua yang Majlis tu keluarkan tu...wa and geng put aside aje. Berikan..keluarkan...wartakan FATWA yang menurut ajaran syariat Islam yg sebenar. No bias maa....
Ini dasar ahli Majlis UM..NO. No kelas punya furt tua.
So bro. lu punya comment wa salute. Kearah satu kerajaan Malaysia yang BERSIH.takbirrrr.
Malang sungguh fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini sekaligus menambahburukkan persepsi terhadap golongan ulama' & agamawan oleh masyarakat awam bahawa golongan ini hanya ambik tahu pasal kitab/sirah sahaja tanpa ada inisiatif untuk meneroka ilmu Allah SWT yang lebih luas. Hidup ulama'/agamawan bukanlah hanya di atas mimbar atau masjid sahaja, tetapi wajib menjalani kehidupan sebagaimana orang biasa juga agar pengalaman dan persekitaran akan lebih menginsafkan mereka tentang ilmu dan amalan mereka. Janganlah memutuskan sesuatu isu/hukum dengan sikap MALAS & JUMUD tanpa meneliti dan menyelidikan apakah asas sesuatu isu/hukum tersebut!
Assalamu alaikum tuan. Ibarat pergi makan kenduri di rumah jiran sekampung. Hampir seluruh kampung hadir dalam jamuan tersebut. Kita dah pergi makan kenyang dengan segala hidangan dan dah balik pun.
Tiba-tiba bila pergi solat isya' di masjid, imam buatpengumuman, "Adalah haram kepada mereka yang pergi makan jamuan tengahari tadi kerana dalam jamuan mereka ada bahan yang dicampur arak dan babi. Kita dapat maklumat tu. dua minggu lalu lagi."
Itulah analogi yang boleh saya buat dengan tindakan Majlis fatwa ini.
BERSIH 3.0 diumum kira sebulan sebelum himpunan, tiba-tiba fatwa dikeluarkan seminggu selepas perhimpunan. Tak pelik ke tu?
Ibarat makan tadi, dah kenyang dan dah berak pun.
Post a Comment