Thursday, August 30, 2012

Pegawai PPD Minta Guru Bercerai Dengan Suami?

OLE OLE MERDEKA

Politik itu jahat dan kejahatan politik itu tidak ada batas dan sempadanya. Benarlah politician itu (politician modern) lebih jahat dan tidak bermaruah dari binatang. Seorang pegawai PPD - Pejabat Pendidikan Daerah telah meminta seorang guru perempuan agar 'memasakh' suaminya yang dikatakan seorang penyokong Pas. (Faskah menurut Kamus Dewan pembatalan nikah).

PPD berkenaan katanya tidak senang dengan penglibatan politik suami guru berkenaan yang dianggap boleh menganggu seorang tokoh politik yang dipuja dan diharapkan akan menang dalam pilihan raya akan datang.

Kerana melihat suami guru berkenaan menyokong parti kerajaan, suatu hari pegawai PPD itu telah memanggil guru perempuan berkenaan dan mengemukakan cadangan tersebut. Diperayai cadangan itu adalah ugutan dan tekanan terakhir ke atas guru iu agar mempengaruhi suaminya supaya tidak menyokong parti kerajaan.

Dialog atau perbualan pegawai berkenaan dengan guru perempuan itu katanya dirakam dan rakaman itu disimpan oleh seseorang bakal beredar pada pilihan raya akan datang.

Pengawai PPD itu juga tak cermat dan tidak menyedari perbualannya dirakam. Menurut sumber yang mengakui memiliki rakaman itu di dalam rakaman selama 23 minit 45 saat itu pegawai PPD berkenaan ada menyebut nama tokoh politik berkenaan.

Bagaimana pun tindakan buruk pegawai PPD berkenaan tidak sempat dilaksanakan oleh guru berkenaan apabila guru itu bertindak mendedahkan kejadian itu kepada pihak tertentu.

Pegawai berkenaan dikatakan betindak atas arahan tokoh yang disokong itu kerana bimbang kegiatan dilakukan suami guru berkenaan menjejaskan peluang tokoh itu menang. Bukti ini berdasarkan pegawai itu ada menyebut nama tokoh politik itu.


Kejadian ini berlaku di sebuah jajahan berpesisiran pantai di Kelantan kira-kira dua bulan lepas.

Adalah dipercyai tokoh politik yang pernah menang dan kalah dua kali dalam pilihan raya itu meminta kes itu diselesaikan dan tidak diperpanjangkan apabila perbuatan buruk pegawai PPD berkenaan terbongkar sampai ke pengetahuannya.

Hikmat pendedahan guru berkenaan, beliau yang mulanya diugut akan ditukar ke luar negeri tidak ditukar sebaliknya dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Tindakan itu dipecayai untuk mengaman dan menutup mulut guru berkenaan gar tidak memperbesarkan kesnya itu.

Siasatan lanjut akan dijalankan. [wm.kl.9:05 pm 30/08/12]

No comments: