Tuesday, August 28, 2012

Hudud: Fathul Bari Elok Fahamkan Pemimpin UBN

 SUSUPAN PETANG

Ulamak muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya telah menghantar surat kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang soal hudud. Surat itu dihantar berdasarkan bermuzakarah di antara Pas dan Umno pada 6 Jun lalu menerusi sekeretrait  Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Surat itu diterima oleh setiausaha akhbar MB Kelantan itu, Fadzli Shaari namun belum dijawab hingga sekarang.

Fathul Bari yang juga menantu bekas MB Perlis Shahidan Kassim itu bercadang untuk bertemu Nik Aziz bagi membincangkan isu hudud secara profesional dan bukan untuk bertikam lidah.

Saya nampak di sini tidak ada keperluan mendesak untuk ulamak muda Umno berbincang hal hudud dengan Tok Guru itu. Apa yang hendak dibincangkan, pendirian Nik Aziz sudah jelas, bahawa hudud bukan perkara yang boleh ditolak ansurkan.

Apakah Fathul ingin memberi tahu kerajaan Kelantan perlu menyediakan prasarana dan makenisme dulu baru boleh dilaksanakan hudud? Atau rakyat kena diberi kefahaman dulu. Itu juga Nik Aziz sudah jelas dengan memberi perumpaan nelayan akan turun ke laut walaupun laut bergelombang demi untuk hidup.

Soal mekanisme seperti mana diperkatakan kebanyakan pemilik lidah Umno sudah difahami, ia akan dapat diatasi bila Umno sendiri membantu dan ada azam serius untuk laksanakan hukum Allah itu. Makanya lebih baik Fathul jumpa Najib Razak dan Hishmuddin Hussein serta Udin anak Yassin juga memberi kefahaman mengenai hudud kepada mereka.

Itu lebih baik. Bila mereka faham sungguh-sungguh hal ini nescaya soal hudud tidak menjadi masalah.

Kepada Tok Guru juga tidak perlu layan ajakan ulamak muda Umno ini kerana ia membuang masa saja. Kalau ulamak tua masih tetap pendiriannya dan mengambil sikap tidak menolak hudud tetapi tidak mahu melaksana hudud, ulamak muda juga akan lebih kurang saja.

Siapa pun ulamak itu setinggi dan sedalam mana ilmunya selagi ia berada dalam lengkaran kuasa Umno selama itulah dia akan bersikap acuh tidak acuh kepada hudud dan akan memikir bagaimana untuk mencari alasan untuk tidak laksanakannya daripada memikir bagaimana hendak laksanakannya.

Setuju benar kalau Tok Guru tidak memberi jawaban atas pelawaan itu. [wm.kl.2:11 pm 28/08/12]

1 comment:

opisboi said...

menghantu shahidan rupernya tak heran ler....