Wednesday, August 15, 2012

Tidak Boleh Jadi Menteri, Jadi Jurualih Bahasa Pun Cukup

MERENTAS MALAM

Zohor tadi seorang rakan dari Rantau Panjang, Kelantan dengan nafas tercungap-cungap menelefon saya bertanyakan status Nasharudin Mat Isa bekas timbalan presiden Pas. Saya jadi terheran dengan pertanyaan rakan itu. "Abang Ti macam mana dengan status Ustaz Nasharudin Mat Isa sekarang ini?" tanya rakan itu.

Nasharudin di sebelah Najib. Inilah gambar menyakitkan mata orang Pas.
"Status apa..?" tanya saya balik tidak memahami apa yang dimaksudkan.

"Macam mana  dia dengan Pas, dia masih ahli Pas ke atau tidak.." soalnya.

"Kenapa..?" saya jadi tambah hairan dengan pertanyaan itu. Setahu saya Nasharudin masih ahli Pas dan masih dihormati oleh sebahagian ahli Pas. Pas tidak pun mengambil tindakan memecatnya seperti mana dilakukan ke atas Hasan Akidah yang dilihat rakan atau patnernya.

"Ahli Pas guana dia bersama Najib di Makkah. Dia sambut Najib...," katanya dengan nada sedikit geram dan kesal dengan apa yang dilihat.

"Apa salahnya, Najib kan PM Malaysia. Sesiapa boleh sambut dan hormat Najib.... kalau abang Ti ada di Makkah ketika itu, abang Ti juga sambut Najib," kata saya mahu meredakan kemarahannya dan mengajar politik rasional kepadanya.

"Tetapi abang Ti berat dia ni, dia duduk sebelah Najib...," katanya lagi.

"Tengok di mana?" Tanya saya mahukan kepastian. Saya tidak tahu menahu akan apa diperkatakan oleh rakan ini.

"Baru sekejap tadi dalam berita TV3 ditunjuk Ustaz Nasarudin bersama Najib...nampak mesra benar," katanya.

Baru saya faham cerita dan faham juga kenapa kawan itu sanggup menghabiskan top-up untuk bertanyakan hal itu. Sebagai ahli Pas yang tegar dia tidak tergamak atau malu melihat aksi sebegitu. Baginya menyakitkan hati dan memalukan parti.

Beberapa jam selepas itu bila saya membelek Fb saya terjumpalah foto yang dikatakan itu. Nasharuddin kelihatan duduk bersimpuh di samping Najib sambil tersenyum. Gambar itu menunjukkan Nasharudin dan Najib sedang berbual-bual dengan dua orang Arab berjanggut lebat. Tidak dinyatakan siapa dua orang Arab itu. Saya mengagak Najib menjadi tetamu kepada orang Arab berkenaan manakala Nasharudin menjadi jurubahasanya. Walaupun menteri agama Jamil Bahrum ada sama, tetapi Nasarudin diberikan tugas menjadi jurubahasa kerana bahasa Arab Nasharudin lebih baik dari Jamil.

Memang satu-satu kelebihan yang ada kepada Nasharudin berbanding dengan timbalan dan bekas timbalan presiden Pas ialah dia dapat berbahasa dalam beberapa bahasa. Nasharudin tahu berbahasa Arab, Perancis dan Inggeris dengan baik. Dia juga pandai loghat Negeri Sembilan tetapi agak telor dengan lorat Kelantan walaupun sudah lebih empat tahun menjadi wakil rakyat Bachok.

Atas kepandaian itu sesetengah ahli Pas yang menjadi pengkagum tegar kepadanya merasakan Nasharudin lebih layak untuk menjadi pengganti Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas berbanding Muhammad Sabu atau Husam Musa. Jadi apabila dia kecundang dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ditangan Muhammad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man, murih sakan si para penyokong Nasharudin.

Tentang gambar itu beberapa orang rakan Fb saya juga bertalu-talu bertanya saya dan minta saya ulas mengenainya. Ada yang hantar sms dan ada yang menghantar mesej dalam PM. Mereka minta saya ulas mengenai gambar berkenaan. Rupanya gambar berkenaan menjadi satu masalah.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk menyetuh kedudukan Nasharudin dan juga memperkatakan chasis politiknya yang bagi saya sudah rosak. Saya mulai merasakan chasis politiknya mulai renyuk bila mana beliau tidak dapat menerima kekalahan dalam merebut jawatan timbalan presiden. Nasharudin saya sifatkan sebagai seorang yang berjiwa kecil. Orang berjiwa kecil memang tidak layak untuk menjadi pemimpin melainkan sesuai menjadi lalang. Jika jiwanya besar dia tidak mudah ugah dan terus berjuang seperti biasa dalam Pas.

Tetapi dia telah menolak perlantikan parti dan tidak menghadiri mesyuarat. Bermula dari tindakan beliau ini saya sudah dapat mengagak ke mana hujung jatuhnya nanti. Dan apa yang beliau tunjuk dan pamerkan dengan bermesra dengan pemimpin Umno menjelaskan keadaan itu. Chasisnya sudah rosak dan wajahnya sudah renyok ke arah lain.

Bukan tidak boleh untuk bermesra dengan pemimpin Umno, boleh. Bergambar dan makan bersama juga boleh. Tetapi cara Nasharudin mempamirkan kemesraaan itu seakan mahu menyakiti pihak-pihak tertentu. Dalam masa sama beliau mahu menunjukkan yang beliau tidak kisah dan masih laku dan sedia dibeli oleh pedagang politik. Dia menunjukkan kononnya dia hebat dan dicari oleh sesiapa saja.

Sebenarnya perilaku beliau dengan Najib di Makkah itu bukan aksi pertama Nasharudin yang boleh menyebabkan ahli dan penyokong Pas bertanya dan mengsyaki sesuatu kepadanya. Sebelum ini dia telah pun bergambar dengan Udin anak Yassin di rumahnya ketika timbalan perdana menteri itu hadir ke majlis kenduri anaknya di Bukit Mahkota, Bangi.

Sekali lagi bergambar dengan Udin anak Yassin tidak menjadi kesalahan kerana Udin bukan makhluk yuang najis. Tetapi cara Nasharudin lakukan itu ia semacam sengaja mahu menyakitkan mata orang-orang tertentu. Gambar itu misalnya tidak salah kalau presiden atau timbalan dan mana-mana pemimpin lain ada sama. Ia dilihat indah dan cantik lagi. Tetapi nawaitu Nasharudin tampaknya bukan begitu...

Jadi kesimpulan dengan apa yang berlaku dan dilakukan Nasharudin hari ini tidak perlu merasa anih dan pelik. Sepatutnya orang Pas boleh membayangkan awal-awal lagi apa yang akan berlaku ke atas bekas timbalan presiden Pas ini. Apabila beliau meninggalkan muktamar di hari beliau kalah tanpa bersalaman dengan pemimpin lain sudah mengenalkan siapa beliau sebenarnya. Apabila beliau menolak perlantikan dibuat parti, kita sudah dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya.

Bahkan jauh dari itu apabila beliau beriya untuk membawa Pas bergabung dengan Umno, sedangkan sebahagian ahli Pas lain menentangnya, sepatutnya sudah dapat diramalkan apa warna siasah Nasharudin. Nasharudin sungguh tidak dapat melupai angan-angannya untuk menjadi menteri apabila Pas bergabung dengan Umno. Kegagalan penggabungan itu, Unity Government (UG) menjadikan Nasharudin benar-benar kecewa dan marah.

Kenapa tidak, kalau termenterai kerjasama Umno dengan Pas beliau akan menjabat salah satu daripada dua kerusi menteri yang dijanjikan. Antara syarat pembetukan UG ialah Pas akan mendapat dua kerusi menteri, di mana salah seorangnya Nasharudin kerana kedudukannya sebagai timbalan presiden ketika itu. Nasharudin merasakan dia layak walaupun ada lagi orang lebih layak dan senior daripadanya. Kerana kegagalan itulah menyebabkan beliau merajuk, kesal tidak sudah-sudah.

Mungkin Nasharudin masih mengharapkan mimpi berkenaan menjadi kenyataan di mana dengan keilmuan yang beliau ada, beliau akan dilantik menjadi menteri oleh Umno. Walaupun beliau sedar tidak akan menang dalam pilihan raya, mungkin Umno akan melantik beliau menjadi senator seperti Nalakarupan, Ezam Mohd Noor untuk terus menabur budi kepada Umno. Atas merasakan dia seorang berilmu dan pandai bercakap beberapa bahasa Umno akan mengambilnya untuk jadi menteri.

Orang Pas dan penyokong Pas usah kesal dan marah dengan telatah dan sikap Nasharudin. La tahzan. Sebaliknya doakan dia dapat mencapai cita-cita politiknya. Biarlah dia menjadi menteri. Cuma apa yang saya hendak ambil kesempatan di sini, mengucapkan terima kasih kepada ahli parlimen Bachok itu kerana berjaya menyakitkan hati orang Pas. Mungkin kekesalan ahli dan rakyat Bachok tidak sesakit dan sekesal ahli Pas dan rakyat Pasir Mas atas perbuatan Inchek Ibrahim Ali, tetapi apa yang berlaku iras-iras itulah juga.

Orang Bachok hingga ke sembilan keturunan akan kenang atas apa yang dilakukan Nasharudin.
Sebenarnya tindakan Tok Guru yang dianggap kejam, menghalau Nasharudin satu waktu dulu adalah tindakan benar berdasarkan daya kahsyafahnya yang saudah mengetahui ke parit mana akhirnya Nasharudin akan tergelincir. Tindakan Tok Guru itu sepertilah tahunya Khidir mengenai nasib seorang kanak-kanak yang dibunuhnya walaupun dibantah Musa a.s. [wm.kl. 12:01 t/malam 15/08/12]

12 comments:

Aie said...

Ape la negatifnya fikiran abang. Salahkah dia membantu DSN sebagai pengalih bahasa? Mungkin ape yang Ustaz Nasa bantu itu ada kebaikan atau kepentingan agama Islam. Sorry lah abang, maybe komen saya nie rubbish pada abang tapi saya sekadar cakap jer.
Salam...

Hamzah Mohammad said...

Secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan ulasan MSO mengenai kecenderungan masakini Nasharuddin Mat Isa. Telatah beliau bukan saja menyakitkan hati orang-orang PAS tetapi juga seolah-olah satu jemputan untuk PAS memecat beliau menjelang PRU13 supaya beliau boleh membuat roadshow saperti Hasan Ali. Soalnya mengapakah begitu lambat PAS bertindak dan sekarang setelah menyaksikan gambar beliau bermesra dengan Najib, apakah satu tindakan akan diambil? Jika dulu lagi beliau sudah dipecat, sebarang kesan buruk kepada parti mungkin telah berlalu saperti Hasan Ali.

Telatah Nasharuddin Mat Isa ini juga merupakan satu peringatan kepada orang-orang dan penyokong-penyokong PAS bahawa politikus-politikus Malaysia dewasa ini sama saja. Tak de yang spesial dengan politico-politico PAS. Kebanyakan dari mereka boleh diajak bermain tali. Namakan saja harganya. Di satu ketika, orang-orang PAS rajin bercerita bahawa orang-orang PKR haprak belaka dan mudah dibeli; tidak saperti orang-orang PAS. Wallahua'lam.

Razi Bab said...

Sebenarnya perilaku beliau bukan yg pertama,Sejak dia kecundang dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden... Aksi/2nya lebih kepada seorang yang berjiwa kecil tapi bernafsu besar, tidak layak jadi pemimpin melainkan sesuai menjadi lalang.Jiwanya bukan seorang pejuang tulin dalam Pas. Saya mulai merasakan chasis politiknya mulai sudah rosak renyuk,ditambah lagi ulasan yg mengembira musoh dalam berita TV3 ditunjuk Ustaz Nasarudin,disulam pula oleh ketua JATI.. Dia tergamak memperlihatkan aksi sebegitu menyakitkan hati dan memalukan parti seperti Nalakarupan, Ezam Mohd Noor,Ibrahim Ali,Hasan Akidah .Tindakan Tok Guru yang dianggap kejam, menghalau Nasharudin satu waktu dulu adalah tindakan benar berdasarkan daya kahsyafahnya yang sudah mengetahui ke parit mana akhirnya Nasharudin akan tergelincir. Tok Guru sepertilah sudah dapat membaca apa yang ada dalam fikirannya.

Aie said...

Mudahnya abang andaikan seseorang itu boleh dibeli dengan wang dan pangkat. Tidakkah abang terfikir adakah tindakan dia itu mungkin ada kebaikannya? Mungkin Ustaz Nasha ingin menyampaikan sendiri nasihat secara peribadi, atau terima undangan bagi membantu DSN di dalam urusan atas kepentingan negara? Hina sangatkah bersama PM sehingga dia dianggap pengkhianat?
Sebenarnya saya tidaklah mahu bertanya banyak..cuma sekadar luah perasaan hairan saya mengapa sikap ini seperti tidak ada kesudahannya.
Terima kasih Tuan.

shuhaimi noor said...

Salam, kenapa nak kecoh dgn perkara macam ni? Tak salah pun klu dia jadi jurubahasa. Dia berkebolehan dan berkemampuan... Apa salahnya? Tapi xkan lah smpai tuan guru dikatakan mempunyai kashaf seperti Nabi Khidhir A.S. Jauh sgt tu... Klu btul xkan dia x nmpak siapa sebenarnya anuwar ibrahim dan apa kesannya bekerjasama dgn PKR dan DAP..? Maaf kalau menyinggung... Tapi ini sekadar apa yang saya rasa secara peribadi...

akmal said...

Tak salah menjadi pengalih bahasa. Namun, negara kita punyai ramai jurubahasa arab yg berkhidmat sbg penjawat awam dan lebih sesuai tugas itu diberikan kepada mereka kerana terdapat pengiraan elaun yg sesuai dgn tugas mereka. Jelas ustaz nasha hanyalah seorang boneka politik yg diperguna utk tujuan tertentu. Apa kedudukan beliau didalam kerajaan? Adakah bersesuaian dgn tugas hakiki beliau? Ini yg perlu dipersoal.

Mazwandi Mustaffa said...

Pada pendapat samah saya;

1) Tak salah dia jadi juru bahasa.
2) Salah beliau berkelakuan begitu krn akan membawa fitnah kpd dirinya.
3) Jika benar beliau sudah miss allign, kenapa kita bermusuh dgnnya? Tidak mahukah kita selamatkannya?
4) Politik Malaysia adalah politik benci membenci. Jika kamu tidak bersama kita, kamu adalah musuh. Akan dilondehkan keburukan selondeh-londehnya. Amat malang.
5) Jika hendak komen, jgn hentam lebih-lebih. Politik jemaah Islam ada sir yg tidak boleh didedahkan walau kpd ahli biasa. Sebab itulah, Muslim Brotherhood senang menang di Mesir. Sebab ramai org 'dlm' dlm kerajaan Mubarak dahulu.....

TokdirBirdie said...

salam...setahu saya ustaz nasharuddin adalah seorang pengerusi kepada satu badan islam (saya x ingat apa nama badan islam tu). dan ini bukan kali pertama saya tengok gambar atau video ustaz nasha bersama-sama dgn Pak Najib dalam urusan apabila menerima/melawat negara2 arab.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Kepada yangmembela MP Bachok itu ingin saya nyatakan sesungguhnya hanya ahli PAS sahaja yang faham perasaan mereka. Peristiwa bagaimana Tok Guru melepaskan marah beliau pada wakil Bachok ini begitu menyentuh perasaan ahli PAS. Kini, bekas timbalan presiden itu tak perduli pun perasaan ahli-ahli yang bersimpati dengan beliau walau pun menghormati pandangan Tok Guru masa itu. Tapi tak apa lah, setiap perjuangan ada harganya dan inilah harga yang kena dibayar oleh ahli-ahli PAS di hujung Ramadhan ini.

ilhamnirfan said...

dia buat kerja ko jadi ahli parlimen Bachok...silap besar ore Bachok pilih spesis macam nie...

mso.im said...

Ada penjengok yang menasihat orang2 yg terkilan dengan Nasharudin supaya kendurkan sedikit rasa buruk itu. Saya juga diminta berbuat demikian. Ingin saya jelaskan, sebagai orang dalam, yg mengenali Nasharudin apa yg kita buat itu adalah sudah memadai dan tepat. Bukan orang yg tidak senang dengan sikap Nasharudin itu tidak faham akhlak sebagai seorang muslim. Ramai yg tidak tahu ada pemimpin Pas yang berjumpa dengan beliau dan nasihat dengan baik.
Saya sendiri satu masa cukup senang dan menghormati beliau sebagai pemimpin. Saya rasa apa yg saya lakukan ke atasnya melebihi dari pemerhatian luar apa lagi orang parti keris telanjang. Jadi bila ada kritikan dari orang2 seperti saya jangan pula berprasangka, sesungguhnya orang yang marah dan terkilan dengan lebih tahu segala-gala. Kalau ada kalangan orang tidak suka dengannya tahu berapa harga, baju, pen dan kasut dia saya lebih tahu tentang al Ustaz ini lebih jauh dari itu. Ada aksi-aksinya yang agaki menjolok mata tak seharus dilakukan oleh seorang pemimpin tertinggi Pas.
Saya rasa kritikan dan teguran saya masih berupa nasihah. Walahu'alam.

aybaMALL said...

Tindakan Nasharudin ini seperti seorang Imam Masjid yang suka duduk lepak depan tempat tumpuan awam. Apa maksudnya?

Tidak ada apa salahnya duduk lepak ditempat sebegitu, tapi seorang Imam Masjid yang suka duduk lepak-lepak, memang banyak 'salah'nya. Tidak kena dengan kedudukannya sebagai seorang Imam walau niatnya baik ketika duduk di situ.

Nasharudin patut jaga kedudukannya sebagai MP Pas, jika tidak suka buatlah keputusan yang jelas dan berani seperti Tamrin dan Lajim.