PANDANGAN SENJA
Tuntutan mengenai royalti petroleum untuk Kelantan nampaknya sudah menampakkan hasil. Kata orang sudah ada cahaya di hujung terowong. Tidak sia-sia rakyat Kelantan membangkitkan perkaran ini tanpa jemu-jemu.
Perkembangan berhubung perkara ini seperti mana dijelaskan oleh perdana menteri, Ha Najib Razak mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa mengkaji pemberian ini sesuatu berita yang manis untuk rakyat Kelantan dan semacam ada kesungguhan Najib untuk menyelesaikannya.
Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Pengumuman itu menjelaskan Najib akhirnya tidak mampu membiarkan begitu saja pemberian royalti itu kerana suara mendesaknya semakin bingit. Mungkin juga beliau merasakan sekiranya penafian mengenai hak rakyat Kelantan boleh memberi kesan politik kepada partinya di Kelantan. Jadi jalan terbaik ialah akur kepada kehendak rakyat Kelantan.
Lebih bererti lagi dengan pengumuman Najib itu apabila MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu beliau ada menerima sepucuk surat daripada perdana menteri berhubung perkara itu. Nik Aziz menyifatkan perkembangan positif mengenai royalti itu sebagai rahmat Ramadhan.
Menurut Nik Aziz dalam surat itu menyebut kerajaan persekutuan meminta wakil untuk berbincang mengeni pemberian royalti petroleum. Sebagai orang yang sudah lama dahaga dan lenguh menanti hak itu sudah pasti Nik Aziz sangat gembira.
Kemungkinan isu ini akan selesai dengan baik ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industrian Antara Bangsa (MITI) Mustapa Mohamed juga memberi tahu isu royali minyak akan selesai di mana beliau ikut berusaha menyelesaikannya.
Kenyataan ketiga-tiga orang ini Najib, Nik Aziz dan Mustapa berhubung royalti petroleum menunjukkan isu royalti minyak itu sudah nampak titik penyelesaiannya. Kenyataan itu menyakinkan isu itu akan berakhir juga. Justeru semua pihak hendaklah menerima dengan baik dan jangan cuba mengejek atau pun menafikan usaha mana-mana pihak.
Dalam perkembangan lain saya sendiri yakin perkembangan positif mengenai isu royalti petroleum ini ada kena mengena dengan peranan dimainkan Sultan Muhammad Ke V. Khabarnya Tuanku ada menyebut perkara ini kepada perdana menteri. Sudah lama saya menyimpulkan sekiranya sultan sendiri memainkan peranan mendesak hak rakyat di naunginya, perdana menteri tidak boleh memandang sepi.
Di sinilah keramat dan berkat seorang sultan.
Esok Najib akan mengadakan lawatan ke Kelantan dan mengadakan majlis berbuka puasa dan sembahayng terawih. Untuk menyeronokkan hati rakyat Kelantan dan pihak-pihak yang bekerja keras menuntut royalti elok kalau Najib mengambil kesempatan atas kunjungan itu mengumumkan perkara ini semasa lawatan itu. Jadikanlah pengumuman itu sebagai buah tangan hari raya dari seorang PM untuk rakyat Kelantan.
Bagaimana pun selepas diumumkan penyelesaian hendaklah disegerakan. Jawatankuasa yang dicadangkan itu jngan pula bertele-tele untuk menyelesaikannya. Ia perlu diselesaikan dalam tempoh kurang enam bulan. Sebenarnya untuk tujuan ini tidak payah pun tubuh jawatankuasa khas itu, menghabiskan wang rakyat saja, sebaliknya ia boleh dibuat dengan berunding terus dengan pihak kerajaan Kelantan.
Rasanya soal undang-undang dan implikasinya sudah difahami oleh semua. Kenapa hendak mempersulitkan sesuatu yang mudah. Mengenai hak dan bahagian negeri Kelantan dan mana-mana negeri yang terbabit dengan pengeluaran minyak sudah dijelasnyatakan dalam akta petroleum 1975 yang ditandatangani itu.
Jawatankuasa itu dilihat lebih kepada "red tape" untuk melengah-lengahkan sahaja pemberian itu dan ada juga kemungkin rakyat Kelantan tidak mendapat sepenuh apabila jawatankuasa dibentuk itu bias kepada Umno. [wm.kl.3.29 pm 04/08/12]
No comments:
Post a Comment