Sunday, August 5, 2012

Sumbangan Untuk LRRK Telah Selamat Diserahkan

SUKA DAN DUKACITA

Alhamdulilah malam tadi sempena 16 Ramdhan 1433 saya telah selamat menyerahkan wang sumbangan penjengok blog MT dan juga rakan Fb yang dikutip menerusi media maya ini kepada MB Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjumlah RM27,024.00. Wang itu jauh dari cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 km dari KB - KK yang bernilai RM1.8 billion. Namun simbol di sebalik sumbangan itu menjelaskan  betapa tinggi dan ikhlasnya para penyumbang untuk melihat terbentangnya sebuah lebuh raya di negeri Kelantan yang kini merupakan sesuatu yang mendesak.

Adalah diharap dengan wang itu ia menjadi benih dan denak untuk mencukupkan RM1.8 billion kemnudian akan terpandanglah sebuah lebuh raya indah dan penuh sentimental value.

Saya menyerahkan moke-up chek bernilai RM27,024.00
Saya tidak akan habis-habis atau alpa untuk mengucapkan terima kasih banyak kepada penyumbang. Saya terharu dengan sokongan dan simpati yang diberikan. Ketika saya menyerahkan moke-up chek air mata saya menitis kesebakan dan bangga. Sedih kerana kerajaan Kelantan terpaksa mengutip derma dan mengharap simpati dari rakyat untuk menyenangkan rakyat.

Sementara bangga kerana saya dan para rakan dan penjengok walaupun nilainya tidak seberapa tetapi berkesempatan juga untuk berbudi dan berjasa kepada negeri tempat tumpah darah. Blog saya adalah menjadi blog sulung yang berbuat demikian dengan jumlah kutip di luar jangkaan.

Semasa menyerahkan moke-up check Saya sebut kepada Tok Guru; inilah sumbangan dari pembaca blog Merah Tinta dan rakan Fb ana... ia tidak banyak tetapi cukup untuk membeli cangkul baru, kereta sorong baru, sikul baru bagai mengganti peralatan itu yang diberikan oleh sebuah Ngo Jebun di Kota Bharu dengan niat untuk memperli dan memperlekehkan usaha itu.

Hati saya begitu tersentuh dan luka serta geram apabila Tok Guru menyebut bagaimana ada orang mengejek dengan cadangan itu dengan menceritakan ada orang menghantar cangkul, kereta sorong dan siku buruk dan sopek. ******* catatan ini saya akan sambung, baru sekejap tadi menerima berita dukacita abang sepupu di kampung telah kembali ke rahmatullah. Sekejap lagi saya dan isteri akan bergegas ke aiport. [wm.kl.6:04 am 05/08/12]

No comments: