CATATAN AIDIFITRI (3)
Mulanya saya tidak mahu menyambung catatan kembara Aidifitri 1433 cukuplah setakat dua siri saja. Kesibukan yang membelenggu diri menjadikan saya ignore sahaja bahan seterusnya. Tetapi setelah meneliti tentatif program kembara Aidifitri Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim bersama pimpinan ke beberapa buah negeri pada 31 Ogos hingga 2 September ini menyebabkan saya terbuka hati untuk menulis siri ketiga dan akhir ini.
Ini semua kerana dalam kembara bersama bas dua tingkat itu yang saya kira pertama kali dilakukan mana-mana pemimpin politik ia agak menarik. Selama ini yang menggembara dengan bas dua tingkat sambil memberi kuliyyah dan butir-butir pengeras semangat jihad (indoktrinasi) kepada anak-anak buahnya hanya bekas jemaah Darul Arqam.
Sebuah tasik di Bukit Besi katanya sudah lama ditakluki bendera Umno. |
Sebelum ini Anwar telah melakukan pendekatan atau mengubah cara persembahan pidatonya di pentas. Beliau tidak lagi statik di atas pentas depan restrom tetapi bergerak ke serata pentas. Stail teater yang bergerak memenuhi pentas telah diparaktikan oleh Anwar dan ia ternyata memukaukan pendengar.
Program jelajah dengan bas sempena Aidifitri itu Anwar akan bertolak dari KL pada jam 10:00 pagi bermula di ibu pejabat parti PKR di Damansara. Dia akan mula bergerak selepas mengadakan sidang akhbar khas di pejabat PKR.
Perjalanan itu akan menelusuri Pahang, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah. Di Pahang rombongannya akan singgah di beberapa tempat di negeri berkenaan sambil berjumpa dengan orang ramai. Meneliti ini apa menjadi kemusykilan kepada saya ialah kenapa kembara Aidifitri itu tidak melibatkan negeri Terengganu?
Saya merasakan peninggalan Terengganu ini ia menjadi kontra dengan perjalanan Aidifitri saya tahun ini yang mengambil jalan pulang menerusi Terengganu.
Disebabkan pengembaraan Anwar itu meninggalkan Terengganulah maka saya menyambung catatan ini. Kebetulan saya melalui Terengganu dan mata dapat menyambar saujana pemandangan di negeri berkenaan rasanya perlu kalau membuat sedikit laporan untuk peringatan dan perhatian umum. Mudah-mudahan dengan apa yang saya cuba catatan ini ia memberi makluman dan pengetahuan politik kepada PKR dan Pas.
Hari itu saya memasuki Terengganu menerusi Pasir Puteh melalui Jertih, Besut dan Setiu. Dalam kawasan ini terdapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri. Pemandangan di sini begitu kontras dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan di Kelantan termasuk di Pasir Puteh. Dari segi semangat dan keghairahan pembangkang di Terengganu jauh bezanya dengan semangat dan keghairahan pembangkang di Kelantan. Pembangkang (UBN) di Kelantan lebih bersemangat.
Bermula di Jertih lagi membawa ke Permaisuri (Setiu) serta kawasan-kawasan di sepanjang jalan pantai hingga ke simpang memasuki lebuh raya Gemuruh dipenuhi bendera UBN. Di mana-mana sahaja bendera BN dicocok dan berkibar megah. Bendera Pas ternyata begitu kurang sekali dan kalau ada pun tahap ketinggiannya tidak mencabar ketinggian bendera BN. Apa lagi bendera PKR hampiri sama sekali tidak kelihatan. Pemandangan ini nampak sekali pembangkang di Terengganu seolah-olah dalam keadaan terhimpit tertekan. Semacam pembangkang di Terengganu masih belum wake-up.
Paling menyedihkan ialah di Permaisuri langsung tidak kedapatan bendera PKR. Hampir semua bandar Permaisuri ditakluki dengan bendera BN. Ini jelas menunjukkan BN telah menguasai kawasan berkenaan. Kalaulah saya tahu keadaan itu mungkin saya tidak akan mengambil jalan untuk pulang kerana ia boleh meletihkan. Perjalanan yang panaromanya tidak dipenuhi bendera politik tidak sekata menjadikan badan mudah letih.
Sepanjang perjalanan selepas meninggalkan Permaisuri dan Setiau tercari-cari sebab musabab kenapa keadaan berlaku demikian. Di manakah salahnya. Apakah pembangkang di Terengganu belum bangun dan tidak merasa wap pilihan raya yang semakin dekat? Apabila teringat kepada apa disebutkan seorang kawan baru saya insaf dan mengerti. Bahawa Pakatan Rakyat di Terengganu ada masalah. Pas dan PKR tidak sekata dan mendapat formula baik untuk menyerang BN di negeri berkenaan dalam pembahagian kerusi.
Masalah pembahagian kerusi di Ternegganu masih belum selesai. Pas dikatakan tidak cuba menunjukkan sikap setiakawan yang baik dengan PKR. Sebelum ini PKR diberi dua kerusi parlimen dan empat state tetapi kerusi itu juga cuba ditarik balik atau membuat pertukaran yang tidak begitu menyenangkan PKR. Kerusi Parlimen Setiau ditawarkan kepada Pas dengan menarik balik kerusi Dungun yang sebelum ini ditandingi PKR. Kedua pihak seakan mahu membiarkan Setiu begitu saja tanpa sepakat memberi cabaran kepada UBN.
Walaupun Pas menawarkan satu kerusi Dun - Bukit Besi sekiranya Pas sedia menerima Setiau tetapi tawaran itu kurang disetujui PKR yang masih mahukan kerusi asal mereka parlimen Dungun. Sebenarnya punca dan permasalahan kecil saja tetapi disebabkan kedua pihak tidak mencapai persefahaman maka ia memberi kesan kepada kerancakan kempen termasuk kibar bendera di Terengganu.
Gara-gara itu jugalah Anwar Ibrahim sendiri dikatakan kurang berminat untuk memasuki Terengganu apa lagi ada beberapa program dihadirinya disabotaj tidak mendapat sambutan Pas Terengganu sepenuhnya. Pernah terjadi lokasi yang hendak didatangi Anwar ditutup dan tindakan ini menggambarkan hubungan Pas - PKR Terengganu tidak begitu lendik. Mislanya di Dungun satu program ceramah PKR melibatkan Anwar sendiri mendapat kerjasama Pas sepenuhnya dan keadaan ini memalukan.
Sebenarnya diakui kedudukan Pas di Terengganu lebih kuat dari PKR malahan parti itu pernah membentuk kerajaan sebanyak dua kali. Bagaimana pun kekuatan itu tidak wajar dijadikan asas atau alasan untuk Pas memonopoli kerusi atau pun tidak mengejapkan kerjasama dengan PKR. Mungkin PKR Terengganu relatif hanya seperti penyu kelemasan tetapi Pas tidak boleh 'menohok' - lemnpar begitu saja akan pengaruh dan juga aura peribadi Anwar Ibrahim.
Politik yang bijak ialah politik yang mengambil apa saja oportuniti yang ada termasuk menggunakan sisa-sisa pengaruh sesiapa saja untuk menang. Apabila mengenangkan situasi inilah menyebabkan baru saya faham kenapa Anwar tidak ikut memilih Terengganu untuk dijelajahi sempena Aidifitri ini. Eloklah kalau Pas Terengannu mengambil kira atau pun membuat perhitungan semula sifir politiknya kalau parti itu benar-benar ingin 'mengigat' penyau di lautan China Selatan.
Saya sangat bimbang kalau masalah ini tidak dapat diatasi peluang yang cerah di Terengganu akan menjadi peluang yang kelabu. [wm.kl.9:37 am 30/08/12]
No comments:
Post a Comment