ANALISA
Saya kerap mengikuti
penulisan berbentuk analisa penuh statistik dihasilkan oleh Wan Nik Wan Yussof.
Analisa bersifat akademik dan ilmiah itu menarik boleh merangsang minda. Mereka
yang ingin membuat master atau Phd dalam dunia politik khususnya di Kelantan
jangan ketinggalan mengikuti tulisan dan mendalami analisa Wan Nik yang rajin
ini.
Wan Nik Wan Yusoof |
Wan Nik pernah menjadi ahli parlimen Bachok sepenggal sebelum kalah kepada Awang Adek Hussein tahun 2004.
Tidak dinafikan
tulisan berupa analisa, yang banyak homework
dan rujukan itu baik dan penting. Ia boleh memberi kesegaran dan pencerahan
politik. Orang Pas khasnya dan orang Umno juga dapat menilai realiti politik
yang dihuraikan Wan Nik. Di Kelantan jarang muncul penulis atau penganalisa
seperti Wan Nik.
Penulisan akademik
tidak akan bias kerana ia penuh
dengan disiplin dan beretika. Ia juga sarat dengan fakta dan hujah-hujah
konkrit. Atas sifat itu tulisan Wan Nik cukup adil saksama dan dapat dimanfaatkan
oleh semua pihak yang inginkannya.
Keadaan inilah
menyebabkan saya ingin bertanya, siapakah sebenarnya Wan Nik dalam konteks
penulisan dan analisanya? Apakah dia sebagai calon Phd atau pun dia seorang
Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan? Di mana Wan Nik berdiri di antara dua
perbatasan ini? Kerana kalau hendak dikatakan dia menulis sebagai pengarah dan
tulisan itu disiarkan merata adalah kurang manis rasanya. Ada maklumat-maklumat
tertentu dalam tulisan itu boleh digunapakai oleh pihak lawan partinya.
Tugas beliau
seperti terserlah hari ini dengan menampilkan kajian dan anlisa akdemik juga
tidak bertepatan dan tidak memberi banyak keuntungan kepada Pas. Bahkan ia dilihat
kontras dengan kedudukannya sebagai Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan.
Bagi saya apa yang
beliau bersama teamnya lakukan, ialah memikir strategi untuk
mengatasi Umno, membalas perang saraf dan provokasi yang dilakukan Umno. Mencari
idea bagaimana hendak membangkitkan semangat dan sokongan rakyat kepada Pas. Setakat
ini maaf katalah saya tidak nampak apakah strategi khusus dan istimewa yang
telah dicanangkan oleh Wan Nik bersama JPN.
Memang strategi
rahsia dan tersembunyi. Tetapi dari tindakan atau pun cara Pas bertindak boleh
dilihat sama ada ia bergerak berlandaskan strategi atau pun secara sembrono
mengikut terlintas di kepala. Misalnya apa disebut Wan Nik dalam sebuah
tulisannya, yang bertanya apakah berlaku ‘olokan’ terhadap sokongan rakyat
kepada Pas dalam PRU 13 seharusnya ditangani dengan penuh strategi dan
tektikal. Wan Nik tidak cukup hanya membayangkan akan berlaku olakan –
perubahan sokongan itu tanpa ada menggariskan strategi atau kaedah
mengatasinya.
Umpama olokan di
lautan bagi menyekatnya dari membaham dan menghakis pasir pantai ia memerlukan
sebuah benteng atau tembak. Soalnya apakah Pas membina benteng bagi menghadapi
kemungkinan olokan itu? Tidak ada guna kita memberi pandangan ia berlaku tetapi tidak berikhtiar mengatasinya?
Banyak masalah dan
isu di Kelantan hari ini yang tidak ditangani, atau nampak ia ditangani secara
berjurus. Isu air, tanah, kegagalan syarikat milik kerajaan negeri, kelemahan
program sosial, isu alam sekitar dan sebagainya begitu ketara. Saya nampak tidak ada strategi
untuk mengatasi semua ini.
Isu ini akan
memberi penyakit kepada Pas. Ia akan difokus oleh Umno. Tetapi apakah Pas
khususnya JPN mempunyai strategi untuk mematahkan isu-isu ini? Apakah plan yang
dilakar olej JPN. Apa yang ternampak JPN hanya berperanan setakat menyusun
pegawai pilihan raya, memperkemaskan daftar pengundi, mengatur calon tetapi tidak mengaturkan
strategi mempertahankan Kelantan secara serius dan menyeluruh.
Untuk menahan
serangan UBN menggunakan ceramah tidak akan banyak membawa keberhasilannya.
Keadaah itu sudah lapok dan tidak begitu berkesan lagi. Yang penting selain
bertahan Pas juga perlu menyerang. Walaupun Pas kini sudah jadi kerajaan, namun
semangat pembangkang yang kuat menyerang, berani dan mampan perlu diteruskan. Serangan-serangan
dan propaganda dilakukan Umno perlu cepat dilakukan dengan tangkas.
Perkara perlu
disedari untuk menjamin kemenangan rakyat harus diikat dengan satu kedudukan
dan rasa selesa. Rakyat perlu diberikan keyakinan untuk terus menyokong Pas.
Rakyat mahukan benifit dari undi mereka. Tanpa ada rasa selesa dan keyakinan itu rakyat tidak akan mudah untuk
menyokong.
Kebangkitan
anak-anak muda adalah merupakan pemangkin kepada kelangsungan Pas
mempertahankan kerajaan. Hari ini orang muda sudah mewakili lebih 40 peratus
keseluruhan pengundi di Kelantan. Apakah keselesaan yang Pas berikan kepada
golongan muda. Apakah strategi yang dipersiapkan untuk membangkit anak muda
menyokong Pas? Dan paling penting apakah agenda untuk mereka jadikan asas menyokong Pas.
Naluri anak muda
mahukan perubahan dan pembaharuan. Selebihnya mereka mahu diri dan kehidupan
mereka selamat dan masa depan terjamin. Mengenai ini apakah yang JPN Kelantan
lakukan. Apakah isu yang ditonjolkan untuk memancing anak-anak muda ini? Saya
rasa tidak ketara sangat mengenai hal ini berbanding Umno menerusi dasar belia dan orang mudanya.
Mungkin orang Pas
yang tidak mahu mengakui kelemahan akan mengatakan bola sepak adalah salah satu
fenomena yang merangsang anak muda untuk bangkit bersama mereka. Pas perlu
faham yang membawa semangat bola ini siapa, Umno atau Pas? Saya tengok Pas
hanya menumpang kejayaan Annuar Musa dalam memperdagangan bola sepak untuk
politiknya saja. Bola sepak bukan strategi utama Pas tetapi ia adalah tenggekkan atas kejayaan tokoh Umno.
Berbalik kepada
Wan Nik tadi berdasarkan kepada penjelmaan tulisan-tulisan ilmiahnya, kalau
beliau tidak mampu untuk mencari idea dan mereka isu untuk membangkitkan
semangat rakyat Kelantan dan orang muda menyokong Pas, baik ranya beliau
swastakan sahaja jawatan kepada orang lain yang lebih mampu. Beliau boleh kekal
sebagai memberi input fakta dan figure tetapi gerakan-gerakan bawah tanah,
psywar dilakukan oleh orang lain. Sebab itu saya mencadangkan selain dari JPN,
PKS perlu diadakan sebuah lagi badan yang bertindak menjadi roh pemberi idea
kepada kedua-dua institusi ini.
Dalam hal ini baik Wan Nik atau JPN jangan menafikan keupayaan dan kejelingasan idea pemimpin tertentu yang terserlah kebolehan dan kemampuan mereka mengolakan isu untuk Pas. [wm.kl.2:28 pm 08/08/12]
No comments:
Post a Comment