Monday, August 6, 2012

Lee Chong Wei Oh Lee Chong Wei

SUSUPAN PETANG

Sewaktu singgah di rumah anak di Putrajaya sekembali dari Kelantan untuk menghadiri upacara perkebumian seorang sepupu yang meninggal Subuh semalam sempat juga saya menyilau mata ke skin tv yang sedang menayangkan siaran langsung perlawanan bandminton antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan dari China. Semua anak-anak termasuk menantu saya menyokong Chong Wei atas semangat kenegerawaan dan simpati kepada Malaysia yang kosong mendapat emas.

Lee Chong Wei diganggu?
Saya tidak pasti apakah cucu saya Muhammad Khalif Ummar yang kini sedang kepenatan dan rajin berlaih merangkak dan cuba bangun sendiri juga bersama mereka yang lain? Rakan saya dan isteri dan anaknya juga yang ada sama bersorak setiap kali Chong Wei berjaya menambah mata.

Berlainan dengan saya. Saya agak pesimis sedikit terhadap apa yang ada. Terus teranag saya kata, saya tidak mesra dengan kemenangan bakal dicatat Chong Wei malam tadi. Bukan saya dengki kerana dia akan mendapat jongkong emas bernilai RM4 juta, tetapi ada sebab-sebab tertentu yang tidak wajar saya kata sekiranya dia menang.

Dari awal-awal lagi atau tepatnya sejak penampilan pemain ini dalam dunia badminton dan meneliti perkembangan dan kemenangannya, menjadikan saya tertanya-tanya. Dia selalu menang kalau bermain secara individu tetapi permainan berpasukan untuk negara dia sering kalah. Mungkin ini nasib dan takdir, dan kejaguhannya tidak boleh membantu membakar semangat rakan-rakan lain demi negara. Mungkin itu anggapan saya ini salah.

Berkaitan dengan perlawanan semalam, saya tidak senang kalau dia menang kerana kemenangan itu akan dipolitikkan. Ini bukan Chong Wei yang salah tetapi manusia politik yang berada di sekelilingnya menjadi penoda kepada niat sucinya dan profelismenya sebagai seorang atlit. Sudah pasti kalau Chong Wei menang semalam dia akan dijadikan modal dalam dunia politik. Berani saya katakan tentu wajah dan aksinya akan ada di dalam manifesto parti politik yang Chong Wei mangangkat jongkong emas atau berpelukan dengan Rosmah Mansor.

Ini pasti akan terjadi. Justeru kerana meramalkan kejahatan politik yang bakal dilakukan ke atas beliau inilah maka saya senang bila Malaysia tidak akan mendapat pingat emas. Bagi saya adalah keji kalau kejayaan seseornag untuk negara kemudian diambil kesempatan oleh partri politik untuk membuktikan kejayaan seseorang itu kononnya disebabkan mereka.

Pemisahan antara parti dengan kerajaan tidak berlaku di Malaysia. Kejayaan individu di dalam negara ini sering diagungkan sebagai kejayaan parti politik. Bagi saya sikap mengeksploitasi kejayaan individu atau negara ini sebagai kejayaan parti politik adalah salah dan sesuatu yang keji serta perlu dihindarkan. Dari sinilah baru sukan dapat dijadikan alat perpaduan dan kekuatan negara.

Begitu juga saya lihat pemburuan pingat dilakukan Chong Wei itu sebenarnya sudah dinodai dengan tawaran jongkong emas. Di dalam minda Chong Wei yang terdampar bukan lagi pingat emas tetapi jongkong emas. Kerana secara relatifnya nilai jongkong dengan pingat itu jauh berbeza. Melainkan seseoranag itu tulen bersemangat negarawan... dia akan meletakkan pingat dan nama negara lebih dari segala-galanya dalam dirinya.

Bahkah ganjaran atas kejayaan itu kelak dia akan kembalikan kepada negara. Apakah kalau Chong Wei menang diberi jongkong emas, dia akan kembalikan wang itu kepada negara untuk memajukan dunia sukan? Chong Wei boleh jawab dan sekiranya tidak, ini bermakna ganjaran itu adalah untuknya maka kalau dia berjuang ketika itu bukan lagi untuk maruah negara tetapi untuk dirinya.

Penawaran untuk memberi jongkong emas oleh syarikat berkenaan...atau lain-laina tawaran dalam situasi begitu kepada saya adalah pembunuh semangat dan jiwa negara yang ada kepada Choing Wei. Tawaran demikian juga sedikit sebanyak menganggu minda dan konsentrak Chong Wei untuk meraih kejayaan. Natijahnya dia seakan hilang fokus dan menangis sebelum bola terakhir jatuh ke gelanggangnya.

Apapun tahniah juga buat Chong Wei setidak-tidaknya perlawanan malam tadi mengingatkaqn kepada sesetengah dunia bahawa negara bernama Malaysia wujud di dunia ini. Chong Wei adalah duta besar Malaysia ke dunia sukan.  [wm.kl.3:32 pm 06/08/12]

No comments: